________
Keadaan yang masih riuh-rendah dengan suara pelajar Dongjin Highschool walaupun jam sudah menunjukkan angka 7 malam .
Satu lumrah bagi para remaja yang dilahirkan di negara ini kerana perlu menghadiri sekolah daripada pagi sehingga tengah malam .
Tidak terkecuali Jeon Jungkook yang merupakan anak kepada seorang yang berpengaruh di Korea Selatan .
Mahu tidak mahu , dia tetap perlu menjalani hidup seperti remaja lain juga ." woi kook , kau ni memang hot nerd tau dak ?"
" dah apa pasal pulak aku hot nerd nyah ?"
Terangkat kepala Jungkook yang sedang ralit menyiapkan tugasan yang diberikan guru mereka di dalam bilik prep .
Ha jangan memain . Kat Korea ni kalau tak duduk asrama pun ada bilik prep tau . Kekadang sampai jam 12 malam masih ada lagi sebilangan pelajar yang berada di situ terutamanya bila menjelang musim peperiksaan .
" ala buat tak tahu pulak ya ? pakej punyala cukup lengkap macam ni ."
Jungkook berdecit mendengar omongan rakannya, Son Jihyun .
" pape jela kau nak cakap ."
Dia bukannya malas nak layan .
Tapi dia penat nak dengar semua pujian yang keluar dari mulut orang sekelilingnya.
Mungkin di luaran dia nampak megah dengan namanya yang sering disebut sebut .
Namun , dalam hati dia saja yang tahu
there is no man in the world willingly to satisfy others desire just to look perfect .
______________
Ding-dong..
" selamat datang."
Kedatangan Hwasung di kedai serbaneka disambut mesra oleh pekerja .
Saja singgah 6-12 kejap sebelum balik rumah .
Lagipun Pakcik Jun dah tertipu olehnya .'Eh , pakcik takyah ambil Sung dekat sekolah nanti sebab Sung ingat nak singgah akedemi dulu .nak siapkan assignment yang cikgu bagi .'
Tersengih Hwasung bila teringat apa yang dia beritahu driver persendirian nya pagi tadi ." oi budak , beer takde ?"
" eh , abang ni kan dah lama minum benda benda gitu . dah kenapa pulak nak tanya saya ? takkanla abang tak pernah beli beer dekat sini ?"
Hwasung yang pada ketika itu ingin membuka pintu peti ais berpaling kepala apabila mendengar suara seorang lelaki dan pekerja tadi berbicara .
A maklumla . Bila dengar apa apa je terus nak menyibok kan ?
" ala kau ni . aku tanya benda simple je pun . takyah la bitter sangat ."
" maaf bang . beer ada je dalam peti ais sama dengan soju."
Terperit-perit mata Hwasung melihat lelaki yang berpakaian seolah olah idol yang keluar senyap senyap .
" tapi kenapa suara dia macam pernah dengar eh ?"
Hwasung perasan lelaki tadi mendekatinya yang masih tercegat di hadapan peti ais yang menempatkan pelbagai minuman .
Lelaki itu yang tadi berjalan dengan laju menghentikan langkah apabila matanya bertembung dengan Hwasung yang masih kaku dan pelik .
" ehm ehm--"
" oh , awak nak ambil air dalam peti . aa kejap ."
Laju sahaja lelaki itu mengambil sebotol beer dan berlalu pergi .
" oh crap . nasib dia tak cam aku kalau tak , confem kena reject lepas tahu aku dah minum benda ni even still underage ".
Sikit pun Hwasung tak perasan lelaki yang berpakaian serba hitam dan dilengkapi mask itu tadi adalah Kim Taehyung .
_________
" ha Jungkook . Lewat kamu balik malam ni ?"
Jungkook yang baru sahaja menutup pintu rumahnya diterpa dengan soalan oleh ibunya yang berada di ruang tamu .
" erm . Kook baru balik sebab tadi Kook singgah akedemi dengan Gon ."
" ehm. Okayla kalau macamtu . Omma cuma risau takut kamu pergi merayau tempat lain je sampai jam 11 baru nampak batang hidung."
Puan Jeon bukannya tak percaya anaknya yang seorang tu keluar menimba ilmu cuma budak lelaki zamn sekarangni bukannya boleh percaya sangat .
" kalau macam tu kook masuk bilik dulula nak mandi ."
Baru saja Jungkook ingin melangkah ke tangga , Puan Jeon memanggilnya semula .
" kamu tak nak makan dulu ? Acik Somi masak lebih tadi untuk kamu ."
" takpela omma . Esok je la kook makan okay ?"
" ya la . Lepas mandi tu terus tidur . Dah cukup dah menghadap buku ."
Jungkook hanya senyum dan berlalu naik ke biliknya .
_________
" kan best kalau semua orang di sekeliling sayang kan ?"
" pergi mana mana pun orang sanjung nama ."
" tch , tapi benda tu takkan selamanya kekal Jeon . Kau tengoklah apa yang jadi dengan aku sekarang . "
Suasana tengah malam di tepi Han River pada waktu malam selalunya dipenuhi dengan orang ramai tetapi hanya hujung minggu .
Kim Taehyung yang duduk di atas motorbike nya sambil meneguk sebotol beer yang dibeli di 6-12 tadi sambil melayan perasaan yang sering mengganggu emosi nya .
" huh , berani betul Hwasung tu keluar tengah-tengah malam sesorang dengan pakai baju sekolah macamtu ."
Tiba tiba dia teringat momen dia bertembung dengan Hwasung di 6-12 .
" Hwasung -ah, kau tak pernah penat kan jadi cantik dan selalu tarik hati aku dekat dengan kau ."
saya noob lagi support la ya ehehhe 👉👈
YOU ARE READING
[OH] 𝐓𝐈𝐌𝐄 | 전
Fanfiction"nampaknya jodoh kita berdua memang kuat kan?" " ini bukannya jodoh . Ini bodoh . " Check the blurb out ;) start : 15 May 2020 end : Inspired by a podcast channel - k.a.t a on spotify . cover by : @taeeulgguk aka me 𝐄𝐧𝐣𝐨𝐲 ;) improvising