▪︎▪︎▪︎
Suasana di dalam dewan besar itu sangat sunyi . Hanya bunyi yang terhasil daripada pendingin hawa saja yang kedengaran . Tidak ramai pelajar yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Hanya dua orang pelajar dari setiap negeri terpilih untuk menjadi peserta bertuah .
Naik melonjak nama Dongshin Highschool apabila dua orang pelajar dari sekolah itu terpilih untuk mewakili Seoul . Membuatkan semua orang tertanya - tanya bagaimana kedua - dua wakil pelajar bagi mewakili negeri masing - masing yang datang dari sekolah yang berlainan daerah . Tetapi kedua- dua pelajar tersebut datang dari satu sekolah yang sama .
Pelik .
" Baiklah para peserta , anda semua hanya tinggal tiga puluh minit lagi ". bunyi suara seorang pengawas yang bertugas untuk mengawasi dewan bergema kuat tanpa perlu memggunakan mikrofon .
Jungkook yang ralit menulis mengangkat kepala dengan cemas apabila mendengar bahawa dia hanya tinggal tiga puluh minit saja lagi .
Nafas semakin kencang , tubuh mengeluarkan peluh dingin .
Pada masa yang sama , Taehyung yang telah selesai menulis melipat kedua lengannya sebagai bantal untuk dia tidur dalam dewan yang sejuk ini . Dia seorang saja yang selesai , peserta lain masing - masing bergelut dengan kecemasan untuk menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan .
▪︎▪︎▪︎
" Aku risau kalau ada yang pecah tembelang nanti. Naya kita satu sekolah kena tindakan disiplin ."
" Ay sonsaeng-nim ! Jangan risau sangatla . Saya boleh jamin kita semua takkan kena tindakan apa apa . Ha , apa guna orang tua tu kalau dia tak tolong kita kan ? Dia yang suruh kita cikgu-cikgu bersengkongkol untuk buat kerja ni ."
Shin Saem yang kebetulan baru hendak melangkah keluar dari kubikel tandas terdengar perbualan hangat oleh suara yang sangat dia kenal . Memang dia masih lagi guru baru di Shindong Highschool tetapi dia cam sangat suara tu .
" Dia bayar kita boek punya biar anak dia tu dapat masuk pertandingan ni juga . Apa orang puteh kata ? By hook or by crook ha !" hilaian tawa berunsur kejahatan kedengaran pada setiap akhir ayat .
" Sampai sanggup bayar kita supaya tak payah buat sesi pemilihan semata - mata nak pastikan anak dia tu dapat masuk ."
Shin Saem mengetap bibir apabila mendengar guru - guru yang sedang berbual di luar ada sebut "nak pastikan anak dia dapat masuk" . Tapi siapa dia tu? Antara Kim Taehyung atau Jeon Jungkook saja .
▪︎▪︎▪︎
Matahari sudah tegak di kepala menandakan masa untuk menyiapkan tugasan telah tamat . Hwasung berada di bawah khemah yang disediakan pihak penganjur khas untuk ahli keluarga dan sebagainya duduk sementara pertandingan tamat .
YOU ARE READING
[OH] 𝐓𝐈𝐌𝐄 | 전
Fanfiction"nampaknya jodoh kita berdua memang kuat kan?" " ini bukannya jodoh . Ini bodoh . " Check the blurb out ;) start : 15 May 2020 end : Inspired by a podcast channel - k.a.t a on spotify . cover by : @taeeulgguk aka me 𝐄𝐧𝐣𝐨𝐲 ;) improvising