_____________
-author pov
Tali kasut diikat kemas dan rapi sebelum memanaskan badan .Kelihatan tidak terlalu ramai orang di taman rekreasi yang berada di persekitaran Sungai Han .
Mungkin terlalu awal untuk dipenuhi manusia .
Hwasung kelihatan sudah bersedia untuk memulakan larian pagi nya .
Pada hari sekolah , dia tidak berkesempatan untuk menghirup udara pagi yang segar semasa melakukan larian .
Untung dek badan , walaupun tak dapat turun ke taman rekreasi , dia tetap dapat bersenam dan kekal aktif di rumah kerana alatan gym yang lengkap .
" huh , tiba -tiba pulak lapar "
Hwasung menghentikan lariannya seketika untuk mengambil nafas .
Mata melilau ke persekitaran taman itu .
Sudah ramai orang yang membanjiri taman itu .
" cik muda , kalau cik muda dah penat ke nak makan ke nak minum ke nak balik rumah ke nak-- "
" apa ? ke apa lagi ? "
Terhenti percakapan pembantu peribadinya apabila Hwasung berkata demikian .
" awak ni . kan saya dah cakap , tak perlu pun ikut saya sekali masa lari . tengok ? dah semput . saya tak apalah sebab saya memang ratu lari . "
" eo ?"
Tercengang pembantu peribadinya .
Amboi sekali dengan muka agasnya .
" lain kali , tak payah pun teman saya dekat taman ni sampai habis lari . buat penat awak je . it's your cik muda order . Now , go ."
Pembantu peribadinya yang bernama Jung Minhwa hanya akur dan berlalu pergi .
Oleh kerana dia juga turut lari sekaki dengan Hwasung , habis lencun baju nya .
Kalau memang baju bersukan tak apa , ini diapakainya baju kemeja .
Sebaik sahaja Minhwa berlalu pergi ke kawasan parkir kereta . Hwasung bercadang untuk berehat seketika di bawah pokok besar yang teduh .
Walaupun masih pagi dan musim luruh , sinaran matahari tu boleh buat silau mata . Tambah pula badan dia yang dah basah lencun dengan peluh .
YOU ARE READING
[OH] 𝐓𝐈𝐌𝐄 | 전
Fanfiction"nampaknya jodoh kita berdua memang kuat kan?" " ini bukannya jodoh . Ini bodoh . " Check the blurb out ;) start : 15 May 2020 end : Inspired by a podcast channel - k.a.t a on spotify . cover by : @taeeulgguk aka me 𝐄𝐧𝐣𝐨𝐲 ;) improvising