BAB 1 : ASRAMA!

15 2 0
                                    

Kringggg!!
Deringan bunyi jam locengku berbunyi di awal pagi mengalahkan bunyi jeritan ayam jantan. Harinya telah pun tiba. Oh sebelum itu moleklah aku perkenalkan dahulu diriku. Nama diberi oleh kedua ibu bapa tercintaku ialah Khairul Azeem bin Azman Shah. Cantik kan nama ku. Biasalah seperti tuannya hahaha.Aku dilahirkan pada tanggal 21 Oktober 2004. Aku merupakan anak emas ibu bapa aku kerana aku merupakan anak tunggal. Aku baru sahaja menamatkan pelajaran ku pada alam sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Putra , Jitra.

Tanpa berlengah lagi aku terpaksa bangun dari lenaku yang nyenyak dibuai mimpi indah.Aku terus menggapai tuala mandiku untuk bersegera ke kamar mandi dan bersiap siap. " Azeem, lepaih mandi nanti mai dapoq makan nasi abah hang beli ni" kata ibuku dengan loghat kedahnya yang pekat itu.Aku menyahut perlahan maklumlah baru bangun tidur "ya ibu".

Setelah menghabiskan masa selama 15 minit di kamar mandi, aku segera keluar lalu bersiap siap. Lalu aku terus menuju ke dapur untuk menjamu selera. Abah aku belikan makanan kegemaranku iaitu Nasi kandar lauk ayam goreng dan telur masin. Beberapa ketika kemudian baru aku teringat akan sesuatu.
Hari ini merupakan hari pertamaku menjejakkan kaki di sekolah menengah. Tambahan pula, sekolah yang akan aku daftar masuk itu adalah sekolah berasrama penuh di Jitra, Kedah. Keputusan UPSR Yang Aku perolehi adalah 5A 1B. Dah la Sains aku B, terpaksa masuk sekolah menengah sains pulak tu. "Azeem! Hang dok temenung apa lagi tu.. Makan la cepat.. Satgi sejuk.. Lagipun dah sayuk ni.. Satgi pak hang ada meeting pulak" leter ibuku. Tanpaku sedar aku. Sudah. termenung selama 5 minit.
Tanpa membuang lebih banyak masa, aku terus makan dengan segera.

"Azeem , lekaih pak hang dok lam reta dah nu" leter mak aku.Untuk pengetahuan semua mak aku ni memang mulut laser sikit. "Ya mak, sabaq sat orang baru nak keluaq rumah ni" kataku. Aku selalu membahasakan diriku sebagai "orang" jika berbual dengan ibu bapaku. "Vroom.. vroom" Bunyi kereta Proton Iswara bapaku berbunyi sebaik sahaja kami memulakan perjalanan. Jarah dari rumah aku untuk ke sekolah baruku ialah tidak terlalu jauh iaitu lebih kurang 20 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Pada mulanya aku berasa gembira untuk ke sekolah baharu dan bekenalan dengan rakan rakan baru,tetapi ketika dalam perjalanan, aku terasa berat dan sayu untuk meninggalkan ibu bapaku.

"Ok kita dah sampai " seru bapa kesayanganku. "Alamak macam mana ni" kata bapaku. "kenapa abah". "Asrama penuh macam mana nak masuk, kan dah penuh..hahaha" bapaku berjenaka. Bapaku membuat jenaka yang telah lama lapuk, mungkin telah dicipta pada zaman beliau kecil dan bersekolah lagi, namun aku masih tertawa kecil demi menjaga perasaan beliau . Selepas habis sesi pendaftaran, tiba masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapaku. Kelihatan mata mereka berkaca kerana aku tahu di sudut hati mereka, mereka terlalu sayangkanku dan tidak sanggup menghantarku ke sekolah berasrama penuh. Tetapi , semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk masa depan anak-anaknya. Aku bersalam salaman dan mencium tangan kedua ibu bapaku sebelum melafazkan ucapan selamat tinggal.
Aku pun tenang melihat kereta Proton Iswara bapaku itu semakin lama semakin jauh dari pandanganku.

Fikiranku melayang. Saat kulihat ruang asrama yang amat luas, boleh dikatakan kebesarannya adalah 5 kali ganda dari kebesaran rumahku.Tiba tiba terdengar suara yang menegurku.
"Hai, saya Amirul"
"Er.. hai?"
Aku membalas dengan rasa janggal. Rupanya dia juga merupakan murid Tingkatan satu yang baru mendaftar masuk ke sekolah ini juga,tetapi jauh lebih mesra dan kelihatan seperti dia sudah biasa dengan asrama.
"awak tak sedih ke datang asrama ni?" kataku
"tak, sebab saya dulu pun sekolah asrama"
Jelasnya lagi, dia dahulu bersekolah di sekolah pondok. Budak alim ni, selorohku dalam hati. Kami pun memperkenalkan diri dan dia menyuruh aku memanggilnya dengan nama panggilan, Manaf. Yang lebih bertuahnya lagi, takdir tuhan telah menetapkan kami di dalam satu kamar yang sama.

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Semua pelajar diwajibkan menutup semua lampu didalam dorm dan segera tidur. Boleh dikatakan semua pelajar tingkatan satu telah enak dibuai mimpi ketika ini. Tiba-tiba, terdengar suara yang kuat menjerit
"roll call, roll call!"
Manaf terjaga lalu mengajakku untuk ke dorm sebelah. Aku ikut sahaja walaupun berasa hairan. Rupanya "roll call" itu adalah seruan untuk menyuruh semua ahli rumah untuk berkumpul.
Kami disoal siasat one by one. Habis segala soalan ditanya oleh pelajar senior. Antaranya ialah, nama apa? Rumah kat mana? Upsr brapa A?. Kata Manaf ini perkara biasa yang dilakukan oleh senior jika ada pelajar yang baru mendaftar masuk. Namun, seorang pelajar telah menarik minatku.
"Betul ke kau ni kacukan Korea?" tanya senior.
" Ya"
Rupanya terdapat half-breed dalam batch aku ni. Nama pelajar itu ialah Kim Ae Jae bin Kim Hal Mi. Emaknya orang korea manakala ayahnya orang Jitra.
"Hai awak ni orang Korea ke?" tanyaku
"Ya kinda, aku tinggal di Korea sehingga umur aku 10 Tahun"
Lamanya. Itulah perkara pertama di dalam mindaku. Tetapi aku juga berasa terpegun kerana kefasihannya bertutur Bahasa Melayu meskipun baru menetap di Malaysia selama 2 tahun. Dahla muka korea, konfem ramai peminat ni.
"Nak jadi kawan? " dia mengofferku
"Er..nak?" jawabku pelahan.
"Nama aku Kim Ae Jae, boleh panggil AJ"
"Aku Azeem"
Itulah permulaan aku bersahabat dengan seorang lagi budak batch aku, AJ.

Minggu demi minggu telah berlalu. Kini tibalah malam penutup bagi bulan silaturahim tingkatan1. Semua pelajar tingkatan 1 diwajibkan melakukan persembahan pada malam ini.
Aku, Manaf dan AJ melakukan persembahan bersama sama al maklumlah kami bertiga telah menjadi rapat.Persembahan kami mendapat sambutan meriah kerana persembahan yang kami lakukan amat menarik,lagi lagi dari pelajar wanita. Yalah, siapalah yang tak terpegun melihat lelaki "korea" menari dan menyanyi diatas pentas. Aku dan Manaf hanya sekadar menari. Tumpuan semua hanyalah keatas AJ. Selepas beberapa jam berlalu, maka tamatlah

Belum tamat bab 1
Nantikan

SORRY TAK SEMPAT BUAT LAGI
MUSIM EXAM

PIQUEHEM Where stories live. Discover now