seminggu telah berlalu, kini lissa bersama dengan myka untuk membeli barang hantaran mereka
"kau nak beli apa" tanya myka tegas
"emmm saya punya barang dah siap, ni saya cuma teman awak beli barang je mama kata ada barang yang belum dibeli" kata lissa
"emm jom" kata myka
lissa mengikuti langkah myka lalu membeli barangan yang disenaraikan oleh mama, myka yang melihat lissa mengangkat barang terus bersuara
"berat tak" tnya myka tegang
"bolehlah"balas lissa
myka mengambil baragan tersebut, lalu memberikan kepada bodyguard nya untuk disimpan dikereta, maklumlah orang ternama
"jom" kata myka
"pergi mana" pelik lissa
"makan" kata myka sepatah
lissa hanya mengikuti langkah myka, sehingga mereka tiba dibuah restaurant mahal lissa menarik tangan myka lembut, myka memandang kearah lissa
"awak, kita makan tempat lain kat sini mahal lah" kata lissa
"aku lapar, aku nak makan sini" kata myka
myka dengan selamba menarik tangan lissa masuk ke restaurant tersebut untuk makan
"kau nak apa" tnya myka
"tak kisah ikut awak je" kata lissa lembut
"kalau cam tu bagi aku spaghetti carbonara dua, jus apple satu dan cappuccino satu" kata myka
pelayang tersebut berlalu bila menu diterima, myka memandang kearah lissa lebih tepat lagi memandang tepat ke mata lissa
"kenapa awak pandang saya macam tu" tanya lissa
"kenapa kau terima" kata myka
"haa, saya tak paham" balas lissa
"kenapa kau terima nak kawin dengan aku, sedangkan aku tak kenal siapa kau dan kau tak kenal siapa aku" kata myka
lissa hanya tersenyum lalu dia memandang tepat kearah mata myka
"kita boleh kenal antara satu sama lain bila lepas kawin, saya setuju sebab saya tahu pilihan yang mama saya berikan kepada saya adalah yang tebaik. dan saya akan cuba untuk bahagiakan awak dan family kita" kata lissa sambil tersenyum manis
myka terus memandang kearah lain, mungkin malu untuk memandang tepat kearah lissa. makanan tiba dimeja mereka belum sempat mereka menjamu selera iphone myka berbunyi menandakan panghilan masuk
"hello" kata myka
"......."
"kau tunggu situ aku datang" kata myka
selepas menjawab panggilan tersebut, myka terus memandang wajah lissa
"aku kena pergi, kau kalau dah siap makan tunggu sini nanti aku ambik" kata myka
belum sempat myka berlalu pergi, lissa menahan tangan myka lembut, myka memandang kearah lissa
"awak taknak jamah dulu, sikit pun jadi sebab tadi awak kata awak lapar. nanti kalau lambat makan sakit pulak" kata lissa
myka menjamah sedikit spaghetti tersebut, lalu mengeluarkan duit untuk pembayaran nanti... myka berlalu pergi meninggalkan lissa
"emmm dia ada keja kut, apa aku nak buat ekk haa call diaorng lah teman aku" kata lissa
lissa mengambil phone lalu mendail no seseorang, 15 minutes menunggu akhirnya orang yang dinanti telah pun tiba
"lissa!! " panggil seseorang