Lissa kini sedang melakukan perang dingin tapi manja sikit dengan si suami, kek chocolate buatan ibu kesayangan nya habis di makan oleh suaminya. Kini dia dan myka duduk di rumah sendiri
Flashback...
"Awak makan apa tu? " tanya lissa
Myka berpaling kebelakang bila mendengar suara lissa, membutang mata lissa bila melihat si suaminya sedang sedap makan kek yang disimpannya
"Awak makan kek ni? " tanya lissa
"Emmm" balas myka
"Semua? " tanya dia lagi
"Emmm" balas myka
Mata lissa sudah bertakung dengan air matanya, hanya tunggu nak menitis sahaja. Mykail yang melihat wajah lissa bagaikan nak menangis cuba untuk menenangkan lissa
"Ehhhh kenapa nangis ni? " tanya myka
"Awak tahu tak kek tu saya punya, kalau awak nak awak kena mintak saya dulu tak pun makan lah sikit je" kata lissa
"Lah kek je pun" kata myka
"Itu kek ibu buat tau, tak sama dengan orang lain... kenapa awak ni" marah lissa
Belum sempat myka nak berkata lissa dah meninggalkan myka di dapur rumahnya, semenjak dari kejadian itu lissa tidur di bilik tamu. Namun tanggungjawab dia sebagai isteri tetap dia laksanakan
End Flashback....
Lamunan lissa terhenti bila mendengar bunyi kereta myka di halaman rumah, pintu utama dibuka muncullah susuk tubuh yang dia rindui... ehh ye ke
"Awak dah balik? Nak makan tak? Kalau nak saya panaskan lauk? Awak nak mandi dulu atau nak makan dulu? " tanya lissa pantas
"Satu-satu lah, first yes aku dah balik, second aku nak makan cake ni dengan kau" kata myka lalu menunjukkan cake chocolate
Lissa yang melihat sedikit teruja, tak meyangka si suami membawa balik cake kesukaannya pulang
"Suka? " tanya myka
Dengan pantas lissa mengangguk, kotak cake tersebut dibuka.
"Mana awak beli? " tanya lissa
"Beli apa nya, aku mintak ibu ajarkan aku buat" kata myka
"Awak belajar dengan ibu? " tanya lissa sedikit terkejut
"Emmm, tengok ni sakit tau tangan kota ni" kata myka sedikit manja
Lissa melihat jari myka yang berbalut mungkin akibat cedera masa membuat cake, sungguh dia terharu dengan tindakan suaminya untuk memujuk dirinya
"Thanks awk" kata lissa lalu mencium pipi suami nya