Lissa melipat pakaian nya kedalam beg bajunya, setelah selesai. Dia melangkah menuju ke bilik anak-anaknya untuk mengemas pakaian anaknya pula
Sedang dia melipat pakaian, anak-anaknya masuk kedal bilik tersebut
"Mummy" panggil rayyan
"Ye sayang" balas lissa
" Mummy asa, daddy atan telima tami tak" tanya rayyan
Aryan yang berada disebelahnya hanya mengangguk, lissa memandang wajah anaknya itu
"Sayang, daddy kamu dah lama menantikan kelahiran kamu berdua, tak akan dia tak terima kamu" kata lissa
"Tami tak nak daddy arah ami anti" kata aryan pula
"Kenapa daddy nak marah kamu" tanya lissa
"Ami kan akal" kata aryan
Tergelak lissa mendengar kata anaknya itu
"Jadi kamu berdua risaukan sangat sebab ni" tanya lissa memandang anaknya
Kedua anaknya mengangguk sahaja, makin kuat gelak lissa melihat reaksi anaknya itu
"Mummy nape telakkan titew" marah rayyan
"Kalau nak tahu perangai daddy kamu lagi nakal dari kamu berdua tau" kata lissa
Kedua anaknya itu terus tersenyum manis, lissa kembali mengemas pakaian anaknya. Tak lama selepas itu, mereka bersiap untuk pulang ke rumahnya semua
"Kau jaga diri baik-baik, ingat kotak sentiasa ada untuk kau" kata bella
"Ye, aku akan jaga diri aku" balas lissa
"Rayyan, aryan jaga mummy kamu tu. Kalau dia buat hal marah je" kata kirana
"Oiii, jangan nak ajar anak aku yang bukan-bukan" kata lissa kepada kirana
Kirana hanya tersenyum sahaja, lalu dia memandang tepat kearah mata lissa
"Kalau ada masalah hubungi kami" kata kirana
Lissa hanya mengangguk lalu masuk kedalam perut kereta, hampir 3 jam perjalan mereka. Kini mereka tiba di perkarangan rumah banglo yang berdiri megah
"Mummy umah tape ni" tanya aryan
"Ini rumah tok mama kau" kata lissa
"Oooo" balas si kembar
Setelah tiba dihadapan pintu rumah, lissa menarik nafas dahulu sebelum memberikan salam
"Assalammualaikum" kata lissa
"Waalaikumsalam" jawab seseorang
Suara yang menjawab salamnya itu membuatkan jantungnya berdegup kencang, pintu rumah dibukannya kelihatan seorang lelaki yang amat dia rindui
"Lissa" kata lelaki itu
"Assalammualaikum abang" kata lissa yang menahan air matanya menitis
"Sayang.... sayang pergi mana abang rindu kan sayang" kata myka
"Ehem..."
Myka memandang kebawah kelihatan dua orang anak kembar sedang berdiri dihadapan nya
"Ini...." kata myka memandang wajah lissa
Lissa mengangguk sahaja
"Rayya, aryan anak abang" kata my
"Ye abang, anak-anak mummy salam daddy" kata lissa
Anaknya menturuti kata mummy nya itu, tangan kasar myka disalamnya. Tanpa banyak halangan myka terus memeluk tubuh kecil anaknya itu
"Myka, siapa tu sayang" kata seorang perempuan