HANIA Kevin memandu laju kereta menuju ke gedung lama di Bukit Bintang dengan perasaan yang bercampur-baur. "Ya Allah ya Tuhanku, Kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu pada waktu ini... berikanlah aku kekuatan untuk mengharunginya... Aku tau, hanya kepadamu sajalah aku dapat memohon sebarang hajat dan pertolongan... Ya Allah, pertemukan lah Farah Khan dalam keadaan baik, Jagalah dia ya Allah dari ancam bahaya. Permudahkanlah urusanku ya Allah... Mudahkanlah, dan permudahkanlah semudah-mudahnya... Amin Ya Rabbal Alamin" Doanya didalam hati.Lalu dia mengeluarkan telefon kecil miliknya lalu dial '999' iaitu balai polis untuk mendapatkan bantuan serta menceritakan ugutan yang didapat oleh call sekejap tadi.
"HELLO polis, saya perlukan bantuan!
Sejam kemudian
"SAYA POLIS!"
"Shit, perempuan sial itu dah call polis! Zack kau ambil kunci kereta aku, dan korang berdua Jak dan Roy kau awasi Polis. Aku nak keluar bawa Farah pergi dari sini!" Elviana mempapah Farah keluar dari pintu belakang gedung itu.
Aku takkan lepaskan Farah macam itu saja.
FARAH tersedar daripada pengsan dan mendapati dirinya berada di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak laju. Dia menoleh ke arah gadis yang memandu. Menyedari keadaannya yang sudah mula sedar, gadis itu memandang ke arahnya.
"Farah, kan aku dah cakap pada kau dulu, kalau aku tak dapat memiliki kau jangan haraplah orang lain boleh dapat kau!" Jerkah Elviana Wong.
Dalam keadaan kereta yang dipandu laju, mustahil dia dapat melompat keluar dari kenderaan itu tanpa mencederakan dirinya. Gadis disisinya pula memandu dalam keadaan mabuk. Beberapa tin minuman keras tertulis Champagne kelihatan di hujung kaki.
"Tolong lepaskan aku, El." Rayunya.
"Lepaskan kau? Mintak maaf ajelah! Bodohlah kalau aku lepaskan kau, Farah. Aku rela tengok kau mati daripada kau terlepas di tangan orang lain. Kau faham tak?" Tingkah Elviana itu sebelum ketawa besar.
"please lepaskan aku"rayunya lagi.
Elviana langsung tidak mempedulikannya. Fikiranya khayal dipengaruhi alkohol. Ketika dia cuba memotong lori balak yang bergerak perlahan di depannya, sebuah kereta tiba2 muncul dari arah bertentangan. Elviana tergelak besar ketika lampu kereta itu menyuluh mukanya.
Farah pula hanya mampu menjerit ketika kereta yang dinaikinya hilang arah sebelum terbalik beberapa kali di atas jalan raya.FARAH Khan rasa tubuhnya melayang-layang tanpa arah bagaikan dedaunan kering yang ditiup angin kencang. Kemudian, dia terdampar si sebuah kawasan yang berkabus. Dalam keadaan keliru, kawasan berkabus itu disusurinya juga. Lama rasanya dia berjalan sehingga kakinya menjadi lenguh.
Kabus yang tadinya tebal, mula menipis. Dan kemudian, hilang terus daripada penglihatannya. Dia terkejut apabila mendapati dirinya sedang berdiri di celah2 batu nisan yang berceracak. Suasana ketika itu amat hening. Tiupan angin juga bagaikan terhenti.
Sayup2 telinganya terdengar bunyi buruk gagak. Menurut kata orang tua2 kalau bunyi gagak maknanya ada orang akan meninggal dunia. Entah iya entah tidak!Dia tidak boleh berlama2 di situ. Langkah harus diteruskan. Ketika dia hendak langkah meninggalkan kawasan itu, tiba2 dia terasa kakinya bagaikan ditarik seseorang. Ketika memandang ke bawah, dia terkejut besar melihat Elviana dalam keadaan berlumuran darah sedang meminta tolong ke arahnya.
Dia terjaga dari komanya dalam keadaan berpeluh-peluh.
"Doctor, nurse! Farah dah sedar!" Jerit girlfriend dia.MUJURLAH Farah hanya mengalami kecederaan tidak parah walaupun koma selama 2hari. Dia mengalami patah tangan kanan serta sakit sedikit di dadanya. Elviana yang tidak memakai tali pinggang keledar ketika kemalangan itu berlaku, telah tercampak keluar dari keretanya. Dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Farah terselamat kerana kebetulan Elviana telah memakaikannya tali pinggang keledar ketika menculiknya. #untunglah kau Farah wlpum dia marah dekat kau dia still pakaikan tali pinggang tau. Jealous aku sebgai author tau.
Semua ahli keluarganya berkumpul di hospital. Mereka mengucap syukur ke hadrat ILAHI kerana Farah terselamat dalam kemalangan tersebut.
Walaupun masih terkejut dengan accident yang menimpa dirinya, tetap gembira kerana dia masih mampu menatap wajah orang2 yang disayanginya. Wajah papa,mama, serta Raka adik kandungnya, dipandangnya silih berganti.
Kemudian, dia menantap pula gadis ditepi sisi kanannya yang sangat menyayanginya, iaitu Hania Kevin. Selepas itu muncul pula Adeela, Annessa, Michelle serta teman2 kolejnya yang datang melawatnya di katil hospital.Terima kasih, ALLAH. Terima kasih kerana KAU telah menyelamatkanku. Terima kasih jugak kerana KAU menitipkan rasa kasih di hati mereka untuk menyayangiku. Aku mengucap syukur yang tak terhingga pada-MU,ya ALLAH, di atas segala nikmat yang KAU beri padamu selama ini.
Dia cukup pasti, tiada lagi derita selepas ini. Yang menanti, hanya bahagia!
Dan, air mata gembira pun melurut malas di pipinya.Please share,vote and comments

ANDA SEDANG MEMBACA
Stay!
Random" Semakin dalam cinta ni, semakin sakit yg aku rasakan " Farah " I want you but i cant. sorry " Hania I wanna STAY with you... forever Apakah kesudahannya adakah Farah akan menjadi milik Hania or not? #smpaiskrngtiadaorgblhgantiUHaniaKevin😔❤️🩹