Hari yang papa tak suka ni tiba. Hari kamu menjadi milik orang. Hari kamu tinggalkan rumah kamu untuk mulakan hidup kamu. Hari kamu tak lagi menjadi puteri kecil papa dan mama. Hari kamu berjanji untuk meluangkan sisa hidup kamu bersama seorang lelaki yang kamu cintai.
Hari papa kamu menangis di dalam hati sebab papa taknak lepaskan kamu.
Papa sedar, kamu perlu membesar. Kamu sudah dewasa, kamu pun semakin cantik.
Bila papa buka pintu bilik kamu untuk bawa kamu masuk ke kereta dan pergi ke lokasi perkahwinan kamu, papa terpegun dengan keindahan serta kecantikan puteri sulung papa ni. Puteri papa yang dulunya kasar dan kaki buli. Puteri papa yang menyebut perkataan 'papa' bila kamu mula bercakap. Puteri papa yang papa dan mama jaga sejak kamu berada dalam kandungan mama lagi. Puteri papa yang sentiasa bersama dengan adik kamu. Puteri papa yang selalu masak untuk papa, mama dan adik kamu. Puteri papa yang masih kecil di mata papa, kini menjadi seorang wanita dewasa yang bergelar isteri orang.
Papa menangis bila papa tulis ni. Papa rindu masa lalu. Papa rindu puteri kecil papa.
Tapi papa cuma nak kamu bahagia. Papa sanggup buat apa saja asalkan senyuman dan tawa di bibir kamu sentiasa mekar di bibir kamu.
Terima kasih buat mama kamu dan juga isteri kesayanganku, Yoon Chaeran, kerana sentiasa menemaniku dan mengingatkan yang aku yang walau dalam apa keadaan sekalipun, kebahagian anak adalah yang utama.
Untuk Steve, jaga puteri ku dengan elok. Jangan lukakan hati dia atau kau tak akan jumpa anakku lagi. Bahagiakan dia, bina hidup baru yang sungguh bermakna buat dirinya. Jangan tinggalkan dia dan sentiasa mencintainya. Papa sayang kamu juga , menantuku.
Akhir sekali, untuk Yeonhee, malaikat kecilku, walau apa pun yang terjadi, walau kamu sudah menjadi seorang nenek kepada cicit papa, kamu sentiasa dan selamanya akan menjadi puteri kecil papa.
For now, goodbye my princess.

YOU ARE READING
[C] Princess ➳ Taehyung BTS
Storie brevi❝ Setiap anak perempuan merupakan seorang puteri. ❞ a Kim Taehyung short story, ━ picture used in the cover does not belong to me, credits to the rightful owner. by ENXHANTED- .