DSMD 1

7.9K 170 7
                                    

umur aku 17 tahun. Genap 17 tahun pada 27 januari 2020. Haha tak sangka tahun nie dah 2020 kan. ok lupa nak kenalkan diri aku. Aku veronica vie ilara. Panjang kan tapi itulah kenyataannya.

Hari nie sebenarnya aku datang lambat ke sekolah.Alasan? ala macam tak biasa bagi alasan student highschool. Alasan aku semestinya bangun lambat. Sebab kenapa bangun lambat? sebab semalam aku baca novel hingga ke subuh.

kalau di ikutkan hati aku yang malas nie memang aku dah lama bukak kilang taik mata kat rumah.Tetapi memandangkan sekarang ada kelas geo dan sastera so aku gagahkan juga diri aku yang pemalas nie.

kenapa geo ngan sastera? bukan fizik, bukan bio,bukan addM? sebab aku tak minat sains dan nombor. Aku lebih kepada fakta dan kata kata cewahhh..

Dah lama sangat aku bercakap macam orang gila nie. Sampai tak sedar jam dah pukul 8.45! haha relax jadual waktu mula pukul 7.00..Ehhh jap.. 8.45...Omg! aku dah lambat.

Aku pecut 100 m. Aku dah ketinggalan subject matematik wehhh.

Aku dah tak kesah pakaian jenis apa yang aku sedang pakai sekarang nie. yang penting aku sampai kat depan pagar utama sekolah dengan kadar yang segera.

sampai je kat depan pagar sekola. Aku berhenti sekejap nak stabil kan pernafasan aku. Gila tak hampir pengsan. Aku lari guna baju kurung do. kau rasa?

"ilara lambat lagi" pakcik firman berdiri di hadapan aku.

Apa yang mampu aku lakukan adalah memberi sengihan terpaksa.

Ilara? haha hanya pakcik firman je yang panggil aku dengan nama ilara. Bila aku tanya kenapa dia just jawab macam nie

"cantik je nama ilara" hah.. Macam tu lah lebih kurang

Sedangkan kawan kawan aku semua memanggil aku vie.

"dah masuk cepat kamu dah lambat sejam nie" kata pakcik firman.

Aku hanya mengangguk dan melangkah masuk. tiba tiba aku rasa kaki aku lembik.

Ini yang aku tak suka nie. Aura malas aku dah datang. saat nie la aku mula terfikir kenapa aku datang sekola kan lebih bagus aku sambung je tidur tadi dah alang alangkan.

Haih... Apa lah nak jadi kat aku nie.

Sampai di depan kelas aku. Kaki berhenti melangkah. Jap kenapa ehh kelas aku bising semacam. Takde guru ke?

Aku jenguk kepala sikit. Dan tekaan aku tepat memang tak ada guru. Aku masuk  kelas dengan selambah. Izati dah merenung aku dari jauh.

Ehh kesah pula aku.

"kau asal lambat" soal izati serius. Kenapa nak serius bagai pun aku tak tahu.

"macam biasalah" malas je aku jawab. Haih aku masih mood tidur nie. Alahaii.

"kau nie novel dengan kau tak perna berpisah kan" izati menggelang kepala.

Bengang la tu dengan aku haha but who care?

"class stand up!" laung Rick tiba tiba. fuhh nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak...Tak tahu la aku duduk kat wad berapa sekarang

"vie! dah sampai mana?" suara cikgu Caroll buat aku tersentak dari lamunan. haha hambik kau vie. Termenung lagi.

aku tanyang sengih kat cikgu cantik depan Sana. Ala takan nak gelak kot. tak pasal pasal dia sound aku. Tak nak aku.. Dah la setiap perkataan yang keluar dari mulut dia buat aku nak nangis.menusuk kalbu bruhhh.

Ehh jap tadi bukan rick bagi salam english language ke? kenapa cikgu Caroll yang masuk?.

Aku pandang izati kat depan aku. dia pandang aku balik dan buat muka tak tahu.

************

Kring!!!

tepat jam 10.00 pagi student Semekap akan berehat selama 20 minit.

Sekejap je kan.

Kenapa 20 minit je jangan tanya aku sebab aku pun tak tahu jawapan nya.

Bukan niat aku tak ambil tahu tapi masalah nya di sini aku malas nak ambil tahu. Hah itu la aku ..Seorang yang sangat la pemalas.

tapi semekap pulang sekolah awal.

Tepat jam 1.20 petang semekap dah blah balik rumah masing masing. Kecuali hari Rabu dangan hari jumaat.

antara semua hari aku paling suka hari jumaat. Kerana apa.. Sebab waktu pulang semekap tepat jam 11.20

Tapi kalau korang  nak tahu hari apa yang aku paling tak suka adalah hati rabu dan hari isnin

pertama, sebab hari isnin aku masih mood cuti
Kedua, hari isnin banyak subject dan semestinya banyak buku nak bawa
Ketiga, Sebab hari rabu ada perhimpunan rasmi
Keempat, sebab hari rabu ada kokum
Dan kelima hari rabu semekap pulang sekolah tepat jam 4.00 petang!

Okey..Stop Membebel. Aku dah lapar nie. Aku nak pergi kantin jap.

Si izati tu pun dah tinggal kan aku. Sampai hati..Tapi aku kisah apa.. Dah biasa alone. sehinggakan aku dah terbiasa tanpa orang di sekeliling aku.

Pelik? yup tapi itu la yang aku rasa.

sampai sahaja di kantin aku nampak izati dari jauh Sedang melambai ke arah aku. alu Tak fikir banyak

Terus jalan pergi tempat dia.

"wehh pasukan hoki sekolah kita juara peringkat negeri kan" soal DD. Aku diam. Malas la nak buka mulut

Walaupun hoki tu sukan kegemaran aku tapi aku malas nak membawang kat kantin. Lebih baik aku makan makanan yang izati bagi nie lagi berfaedah.

"yups. Kau tahu tak penjaring terbaik siapa? of couse la kuzo" izati dah mula dah..

Kuzo? siapa tu...Hmmm aku pun tak tahu.

Aku pandang DD yang baru nak buka mulut.

DD sebenarnya nama dia nie Dediliana tapi kitorang panggil dia DD.

"wehh vie kau tahu tak hotstuff kat sekolah kita nie. Semalam aku terserempak dengan dia kat mall" bersungguh DD bercerita

Sedangkan aku. Tengah menikmati makanan daripada mendengar cerita dia. Haha jahat kan aku.

"so" soal aku sambil menguyah.Huh perangai.

"cool beb cool!" hampir teriak DD.Bahu aku pun dah menjadi mangsa tamparan dia kau rasa.

Nasib la dapat kawan macam nie

"wehhh korang dok cerita pasal hotstuff nie hampir setiap hari aku dengar. hot sangat ke" soal aku selamba.

Hotstuff? terkenal sangat ke?

Dah nama Hotstuff vie confirm la terkenal. Tapi kan kalau terkenal kenapa aku tak kenal? kenapa aku tak perna nampak dia selama 4 tahun aku sekolah kat semekap. nama pun aku tak tahu.

kalau la dia tu Hotstuff sangat dah lama aku kenal dia, tahu nama dia.

Tapi aku tak kenal pun siapa hotstuff idaman semekap ni.

Hotstuff ke?

Izati dan DD dah pandang aku tak percaya.

Aku angkat kening

"serius la kau tak kenal? kau tak tahu" soalan bijak pandai dari DD

"wahai sahabat kalau la aku tahu tak adanya aku nak tanya korang" kata aku geram.

roti bun aku sumbat masuk mulut izati yang ternganga tak percaya.

"hebat nya kamu" DD dah start gila.

Aku angkat bahu tengok reaksi izati ngan DD.

Macam beruk. HahA

sebelum tu sila follow yerr😘😘
https://www.instagram.com/pryessy_/


bersambung💁

Amacam ok tak.

Maaf arr kalau banyak typo

Hehe jangan lupa vote

@mpryess

Dia Si Muka DinginWhere stories live. Discover now