DSMD 10

2.4K 137 5
                                    


Hutan. Ya aku sekarang nie kat hutan.Mira kat belakang aku nie asyik tarik tarik baju aku. Aku pun tak tahu kenapa nak tarik bagai.

Aku bukan nak cakap menyusahkan atau apa. Aku faham sangat rasa takut tu macam mana sebab aku pun takut.

dah lebih 4 jam kitorang kat dalam hutan ni. Langsung tak ada petunjuk jalan keluar. Korang bayangkan ehh kitorang start tadi jam 2 lebih gitu sekarang dah menunjukkan angkah 7.

Hari pun dah nak gelap. tapi kami langsung tak jumpa jalan keluar. Semua benda yang di beritahu semasa taklimat tadi untuk dibawa pulang ke tapak perkhemahan pun dah kitorang jumpa. Tapi sekarang satu je yang tak jumpa

Jalan keluar!

"vie aku takut..Dah gelap sangat ni"  mira berbisik di belakang aku.

Apa yang patut aku jawab kalau aku pun tak tahu nak buat apa. Aku tak tahu. Kitorang bingung!

"kita stop dulu kat sini" ken di hadapan memberi arahan.

Aku duduk mencangkung di sebelah izkandar. Mira di sebelah di belakang aku tadi berdiri di sebelah airul.

"kenapa eh aku rasa kita dah lalu tempat ni lebih dua kali" saiful garu kepala. dia yang berdiri di sebelah ken menayang wajah keliru.

Aku diam. Ya tak ya juga. Aku pun sebenarnya perasan cuma. Aku rasa..

Macam..

Buk!

"arggggg!!!!" mira menjerit nyaring lalu bertindak memeluk airul di sebelahnya.

Aku yang terkejut dengan suara mira tadi terus terduduk.

Fuhh gila tak nyaring suara dia.gadis sangat.

"apa benda tu wehh" bergetar suara mira. Lengan airul di peluk kemas.

"shuhhhh" saiful fokus. Matanya meliar memandang sekeliling.

Gelap

Sangat gelap hanya di terangi dengan cahaya lampu suluh milik izkandar.

Nasib izkandar bawa benda berguna tu. Kalau tak..

Bergelap la kitorang.

suasana yang tadi sedikit kelam kabut bertukar sunyi.

Masing masing mendiamkan diri.

Buk!

"hgrmmm" mira menekup mulutnya agar tidak terjerit kuat.

automatik aku menarik hujung jaket izkandar.

jujur aku kata. Aku takut.

Aku tak takut hantu serius aku tak takut

Apa yang aku takut sekarang ni ada orang.

Orang yang mungkin gila

Atau pendatang tanpa izin

Atau pembunuh

Penculik

Dan seangkatan dengannya

aku takut sebab aku tahu manusia lebih kejam daripada hantu.

"aku rasa ada yang nak mainkan kita" tiba tiba ken bersuara. Suaranya mendatar. Mata masih lagi memandang sekeliling.

aku memandang ken. Maksud ken.

"mean" kata saiful.

ken tidak menjawab. aku nampak dia ambil sebatang kayu kemudian di ukir satu bulatan besar mengelilingi kami semua

"masuk dalam nie jangan ada yang keluar dari garis ni" arah ken.

Aku akur lalu berdiri dan duduk di dalam bulatan Yang ken ukir tadi.

Dia Si Muka DinginWhere stories live. Discover now