Seonghwa memegang beberapa plastik yang berisi barang dapur.Tangannya penuh memegang semua barang itu.
Dia berjalan cepat kerana takut eommanya menunggu lama.Dia terus melintas kerana tiada kereta yang lalu disitu.
Tanpa disedari oleh seonghwa, sebuah kereta meluncur laju dari arah depannya.
PINN! PIN! PIN!
Hon kereta ditekan dengan refleksnya kepala seonghwa menoleh dan dia hanya membeku melihat kereta tersebut.Barang-barang dapur masih lagi dipegang kemas oleh seonghwa.
Dan dia terus menutup matanya.Serasa badannya terlempar ke sesuatu tempat, tangannya ringan seperti tiada apapun barang digenggaman telapak tangannya.
Matanya dibuka.Dia berada ditepi jalan sedang memegang barang-barang dapur yang dibeli tadi.Tidak jauh dari tempatnya berdiri ada sebuah kemalangan berlaku.Ramai orang berkerumun melihat mangsa yang terlibat.
Seonghwa pula hanya melihat dari jauh.Dia mula teringat bahawa mesti eommanya menunggu lama kepulangannya terus dia tergesa-gesa berlari pulang ke rumah.
Disudut hatinya,dia berasa hairan kerana tadi dia rasa kemungkinan kereta itu telah melanggarnya namun sedar-sedar sahaja dia hanya berdiri ditepi jalan sahaja.
Siapa yang terlibat dalam kemalangan itu? Mungkin orang awam yang sedang berjalan di situ....
Siapa tahu?
Enjoy❤
YOU ARE READING
I'm Sorry~Park Seonghwa ✔
Fanfic"Eomma, Hwa pergi dulu ya? Maafkan hwa sebab tak dapat jadi anak yang baik untuk eomma..." ☆COMPLETE☆