B A B | 1

34 4 0
                                    

Bismillah..

Allah sebaik-baik perancang.
Ada sebab kenapa Allah uji kita. Allah mahu tengok hamba-Nya adakah mereka akan mencari-Nya atau sebaliknya sewaktu mereka sedang susah. Allah ingin melihat hamba-Nya menempuhi ujian dengan penuh kesabaran tanpa mengeluh sedikit pun dan berterusan meminta pertolongan daripada DIA.

Hari pertama persekolahan Ain bangun dengan semangat yang membara.

Solat subuh didirikan sebaik sahaja azan berkumadang.

Selesai menunaikan solat Subuh, dia bersiap untuk ke sekolah.

Kasut hitam dicapai lalu dipakainya dengan cepat.

Dia tidak mahu terlambat ke sekolah pada hari pertama setelah bercuti sebulan lebih.

Tahun ini dia berumur 17 tahun dan akan menghadapi ujian yang akan menentukan masa depannya iaitu Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).

Dia membesar dengan baik. Seorang gadis yang memiliki rupa yang cantik. Alis lentik matanya sangat cantik sekali.

"Eh Ain. Awalnya. Tak nak sarapan dengan Mak Nah dulu ke?" Mak Nah yang baru pulang dari surau menegur Ain yang kelam kabut itu.

Dia tergelak perlahan.

"Hehe. Saja nak pergi awal. Takut lambat nanti. Ain tak boleh makan pagi. Nanti perut memulas."

"Oooo. Tak apalah kalau macam tu. Nah duit." Mak Nah menghulurkan dua keping not RM5.

Ain menggeleng. Tangan Mak Nah ditolak perlahan.

"Tak apa Mak Nah. Duit simpanan Ain ada lagi. Mak Nah tak payahlah susah-susah."

"Mak Nah kata ambil." mukanya sengaja diseriuskan.

"Erm terima kasih Mak Nah." tangan tua wanita tersebut dicium lembut.

Tangan itulah yang banyak membantunya. Tangan itulah yang banyak memujuknya ketika dia sedang bersedih.

Dia sudah menganggap Mak Nah seperti ibunya sendiri. Dia membesar di depan mata Mak Nah.

"Sama-sama. Dah, pergi sekolah sana. Nanti lambat." 

Ain menggangguk. Basikal dikayuh dengan penuh berhati-hati menuju ke SMK Wawasan Jaya.

Pintu pagar sekolah dilaluinya. Dia memberi senyuman kepada guru yang ditugaskan menjaga pagar pada lagi itu. Basikal dituntun ke garaj basikal.

Kelas 5 Perniagaan dituju. Dia agak berminat dengan aliran perniagaan berbanding dengan aliran sains walaupun dia layak untuk berada di kelas sains.

"Hai Ain! Wehhhh, aku rindu kauuuu!" Ain yang baru ingin melangkah ke dalam kelas terus terbantut.

Dia terkejut.

Takdir[H]Where stories live. Discover now