팙 : 4

2.6K 297 35
                                    

❝ Reyhaa Suweg ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Reyhaa Suweg

Aku sedang mencari kelibat seungkwan di sekitar cafeteria university dengan berhati hati. Tak mahulah nanti aku tersilap orang, buat malu je.

Lama aku mencari, akhirnya aku jumpa juga seungkwan yang sedang asyik bersembang dengan seseorang di corong telefon.

Aku pergi kearahnya lalu mengambil tempat duduk di hadapannya dengan tenang.

" iya mama, nanti seungkwan belikan— boleh tak mama berhenti membebel? " , seungkwan jelas disitu sedang berurusan dengan ibunya.

" ha iye!! Bye!! " , seungkwan meletakkan panggilan telefonnya lalu dia mengambil nafas dan tersenyum ceria memandang aku.

" yo reyhaa, kenapa lama sangat? Kesian aku tunggu dekat sini sensorang " , kata seungkwan lalu dia mencebik kegedikkan.

" aku singgah kedai boba yang dekat petron tu sekejap, jumpa kawan kawan housemate aku— " , balas aku.

" hm engko memang, dengan dorang dah jumpe pagi petang siang malam pun still kau nak utamakan dorang je— aku? Kau biar je kat tepi em em " , ujar seungkwan seperti cemburu.

" hm ni kalau tangan aku sampai cepuk bibir kau mencebik tu, sedap jugak ni " , balas aku geram dengan perangai mengadanya.

" hehe yelah sorry! Aku saje je nak manja manja hikhok, okeh kau dah makan ke belum? " , soal seungkwan sambil membuka plastik bungkusan hitam yang terkandung makanan itu.

" belumlah, dah kata kau nak bawakkan aku makanan kan harini? Aku pun tak makanlah apa apa lagi. " , balas aku.

" dah tu kau pergi kedai boba tu buat apa? Usya abang kacak kook? " , soal seungkwan lalu dia terkekeh gelak mengusik.

" 'abang kacak kook' yang kau cakapkan tu pun aku tak kenal mana satu, kalau taehyung oppa tu iye lah aku kenal " , balas aku lalu menyedut susu pisang yang dihulur seungkwan.

" kau kenal taehyung hyung? But how can? " , soal seungkwan ingin tahu.

" dia jiran aku dulu, sekarang pun samalah— rumah mak dia sebelah rumah mak aku je, memang selalu jumpa dulu, dari kecik lagi dah berkawan " , balas aku lalu meletakkan susu pisang yang aku baru sedut suku itu ke tepi.

" la maknanya dah lama sangat lah kau kenal taehyung hyung? Aku tengok kau macam tak tegur je dia kalau jumpe dia dekat kedai boba tu " , kata seungkwan lalu dia menghulurkan aku satu cup ramen pedas.

" tegurlah, tapi macam tak tunjuk ah— sebab di yang tak bagi sangat. Katanya, nanti pelanggan perempuan kedai tempat yang dia kerja tu datang cari aku sebab nak tahu pasal dia lebih mendalam tak pun mintak nombor telefon " , balas aku sambil membuka penutup cup ramen pedas.

" ceh caringnya dia! Korang ni macam ada apa apa je " , kata seungkwan mengusik.

" apa apa, apanya? Dia anggap aku tak lebih dari seorang adik okay? Samalah aku pun, anggap dia as abang je memandangkan kiteorang berdua ni anak tunggal takde adik beradik. Takde punlah rasa suka suka cinta cintun ni ek " , balas aku pantas. Seungkwan ni bukan boleh, suka sangat buat gosip hangat yang kita belum tahu betul.

Tengok muka pun dah tahu abang bawang berkulat busuk, manada ada belas kasihan ini orang.

" eh dahlah jom makan cepat! Kejap lagi lambat masuk kelas, bising pulak professor tu " , kata aku mengingatkan seungkwan supaya lekas.

•••

" tanam tanam ubi, tak perlu dibaja— orang berbudi, kita berbahasa " , gembira seungkwan menyanyi sambil melukis kartun animasinya.

Ni sedap jugak ni kalau aku lempang muka dia suruh senyap, memekak je tahu— kalau sedap sangat takpe jugak.

Dahla nyanyi lagu upin ipin.

" semarakkan harini ini, kita nyanyi— "

" baik kau senyap sebelum muka kau aku hentakkan dekat skrin ni " , cantas aku pantas. Terdiam terus seungkwan.

Aku menghelakan nafas tenang lalu teruskan aktiviti melukis kartun animasi aku dengan fokus.

Ya aku mengambil fakulti seni grafik, dimana aku memilih bahagian animasi. Dan seungkwan jelah kawan rapat aku di kelas buat setakat ini.

Yang lain pun aku berkawan cuma aku tak begitu rapat dengan dorang.

Rakan aku dua orang lagi pun mengambil fakulti seni grafik, tapi mereka lebih berminat dengan bahagian application.

Ala yang buat apps bagai tu, itulah—

Kalau aku prefer animasi, nanti boleh buat anime sendiri ehek.

" prof! Saya dah  email hasil kerja saya dekat prof " , kata aku pada professor aku.

" baik, nanti saya tengok— awak boleh pergi balik kalau takde apa dah " , kata professor mengizinkan aku untuk pulang awal.

" baik prof " , balas aku ringkas.

" eh jangan tinggalkan aku! " , seungkwan merayu kepada aku agar aku menunggu dia menyiapkan tugasannya.

" eleh, tulah tadi syok sangat menyanyi menyanyi happylah konon— ha sekarang baru merangkak rangkak nak siapkan betul betul " , balas aku sinis.

" ala temanlah! " , rengek seungkwan.

" yelah yelah! Ergh " , aku mengalah lalu duduk disebelahnya dengan muka tak rela.

" seungkwan sayank awuck muah " , kata seungkwan dan dia sambung melakukan kerjanya.

Annoying betullah dia ni.

•••

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" √ " ♡ Abang Boba • JJKWhere stories live. Discover now