Bab 3

27 2 0
                                    

BAB 3
(Darah Manusia Makanannya...!)

HILMI serba salah sama ada mahu melangkah masuk ke dalam gua atau menyelamatkan dirinya sahaja. Ketika ini, kaki dan tangannya bagaikan kaku. Dia hanya mampu melihat Nazirul bagaikan dipukau oleh satu susuk seperti lembaga lelaki tua berjubah hitam yang
berdiri di muka pintu gua.

“Nazz,” panggil Hilmi dengan suara terketar-ketar.

Kini, Nazirul sudahpun berada di pintu gua. Angin kencang yang masih melanda persekitaran langsung tidak menjejaskan pergerakan Nazirul. Tetapi tidak pula Hilmi. Tubuhnya terhuyung-hayang, cuba mengimbangi badannya yang gempal itu. Aku tak boleh biarkan Nazz ke sana! Getus Hilmi.

“Nazz! Jangan masuk!” laung Hilmi yang sudah
mendapatkan semula semangatnya.

Sosok lelaki hitam berjubah sudah tidak kelihatan. Hanya Nazirul yang kelihatan berjalan perlahan menuju ke dalam gua. Hilmi tidak mahu mengalah. Kali ini, dia nekad untuk melawan ketakutan yang menjalar dalam diri. Dia membuka langkah melawan asakan kuat angin yang menderu demi menyelamatkan sahabatnya. Jaraknya dengan pintu gua sekitar 20 kaki.

Namun begitu, Hilmi terasa begitu sukar hendak menelusuri angin kencang. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak mahu Hilmi mendekati pintu gua itu.

“Aku kena kuat! Aku kena kuat!” Kata-kata semangat dilemparkan kepada diri agar
terus gagah melawan segala gangguan.

Walaupun detak hatinya ketika ini jelas terasa tidak enak, malah reroma di tubuhnya tidak henti-henti dari terus berdiri. Ada sesuatu yang buruk bakal berlaku pada malam ini. Namun Hilmi tidak mahu memikirkan perkara itu. Demi Nazirul, dia perlu kuat.

“Nazz, berhenti!” laung Hilmi yang semakin hampir di pintu gua.

Namun, Nazirul langsung tidak mengendahkan laungan Hilmi. Dia semakin tenggelam ditelan kegelapan gua batu kapur itu. Ketika Hilmi sudah tiba di mulut gua, bayangan Nazirul sudah tidak kelihatan lagi. Hilmi bergegas meredah kegelapan gua yang pekat kehitaman pada pandangannya. Entah berapa kali dia
tersungkur kerana tersadung bongkah-bongkah batu yang tidak terlihat dek matanya.

Ketika dia masih berusaha meraba-raba dalam
kegelapan, Hilmi tersentak. Wajahnya panik kala terdengar jeritan nyaring seorang lelaki tidak jauh dengan tempat dia berdiri. Detak jantung Hilmi semakin laju. Resah perasaannya bergelojak dengan gelombang penuh kebimbangan.

“Nazz!” laung Hilmi dengan sekuat hati. Suaranya bergema dan melantun-lantun di dinding gua yang sangat gelap dan dingin itu.

Namun, tidak ada sahutan. Hilmi tidak mengalah. Saat dia teraba-raba di dalam kegelapan gua yang sungguh mencengkam itu, dia tetap menjerit nama Nazirul berkali-kali tanpa henti walaupun ketika ini hatinya sudah tidak tertahan lagi diasak rasa ketakutan bercampur kesal. Kesal kerana menyokong rancangan Nazirul untuk datang menyelongkar gua itu. Gua yang pernah digelar Gua Puteri Beradu itu.

“Nazz... kau kat mana? Aku... aku takut...” rintih
Hilmi sambil menangis teresak-esak.

Semakin dia melangkah ke dalam gua itu, semakin tidak kelihatan semanik cahaya pun pada retina matanya. Kegelapan yang sungguh menyesakkan. Dan pada ketika harapan untuk mendengar sahutan Nazirul semakin tipis. Dari kejauhan, sayup-sayup Hilmi seperti terdengar sesuatu. Sesuatu yang dirasakan cukup kenal
sekali akan lantunan suara itu.

“Mie... sini... aku... aku... sini...” Suara mirip Nazirul kedengaran lemah dan kedudukan suara itu seperti tidak jauh dengan Hilmi. Suara Nazirul seperti merintih di hadapan.

“Aku dengar kau, Nazz. Aku ada kat sini. Aku datang, aku datang!”

Ada secebis harapan muncul dalam minda Hilmi. Dia yakin, Nazirul tidak jauh dari tempat dia berada ketika ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

7 KEMATIANWhere stories live. Discover now