BAB 4

2.4K 113 4
                                    

TERPISAT-pisat Sofea cuba membuka kelopak mata ketika simbahan cahaya matahari memancar tepat di wajahnya. Tubuh separuh terdedah itu menggeliat untuk meregangkan urat saraf yang berselirat dek tidur panjang. Perlahan-lahan Sofea menongkat badannya dengan lengan sambil melihat waktu yang terpampang di jam dinding. Sudah pukul 11 pagi rupanya. Mengantuk sungguh, Tuhan sahaja yang tahu. Malam tadi dia tidak dapat melelapkan mata gara-gara menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sofea sekadar ikutkan kemahuan Pedro walaupun penat. Jika dilawan, dia yang menjadi mangsa nanti.

Monolog panjang Sofea terus berkecai di kala telinganya terdengar bunyi pintu bilik air dikuak luas, kemudian muncul kelibat Pedro yang hanya mengenakan tuala di pinggang. Dalam keadaan mamai, Sofea menelan gugup. Serba tak kena dibuatnya sewaktu figura itu sudah menghampiri katil.

"Buongiorno." Ucap Sofea perlahan.

Pedro duduk di sebelah sambil tersenyum pendek. Matanya terus memerhati, tidak beralih sedikit pun sehingga Sofea menundukkan wajahnya. Pedro bencikan reaksi begitu. Lalu jarinya kembali mengangkat dagu Sofea menghadapnya.

"Buongiorno, bella." Perlahan-lahan Pedro rapatkan wajahnya, lantas sebuah kucupan lembut dihadiahkan di bibir isterinya.

Ciuman yang lembut kini bertukar ghairah. Dari bibir, ia meliar ke rahang kemudian ceruk leher dan naik semula ke bibir. Sungguh bernafsu sehingga Sofea tidak sedar dirinya sudah hampir telanjang. Walaupun sikap suaminya terkadang menakutkan, tetapi dirinya akui sentuhan dan belaian Pedro mampu menghanyutkan jiwa. Seolah-olah dia merelakannya tanpa menolak.

Ketika bibir isterinya sudah puas dilumat, anak mata yang menghitam itu seperti mahu menerkam. Dahi bertemu dahi, kedua-duanya mengatur nafas yang tak keruan dek sesi hangat tadi. Hujung jari semakin rancak bermain di kulit dada Sofea yang putih melepak. Begitu halus dan mulus. Baunya pula menggoncang naluri seks Pedro. Keinginannya meluap-luap. Tetapi, Pedro tahankan sahaja.

"Malam tadi kau dapat tidur lena?" Tanya Pedro sambil mengelus pipi halus itu.

Sofea sekadar mengangguk.

"Use your word. Setiap kali aku tanya, jawab ya atau tidak. Faham?"

"Ya." Sofea menelan air liur yang kesat di tekak.

"Good. Sekarang kau pergi mandi dan bersiap. Kita sarapan bersama." Sejurus itu, Pedro bingkas bangun dan bergerak ke pintu bilik.

Sofea memerhatikan sahaja daun pintu yang sudah lama tertutup. Ralit termenung sambil memikirkan apa yang bakal terjadi hari ini. Setelah beberapa minit berlalu, dia kemudiannya berganjak dari katil dan menyusun langkah malas ke bilik air. Usai membersihkan diri dan bersiap, Sofea bergegas turun ke tingkat bawah dan terus ke dapur. Sesi sarapan kali ini sedikit berbeza dari sebelumnya, disulami dengan gurauan dan usikan dari Pedro. Walau bagaimanapun, jauh di sudut hati Sofea berasa kekok dengan layanan tersebut.

"Kau suka sarapan kali ini?" Tanya Pedro seraya menyuap roti bakar ke dalam mulut.

"Suka." Sofea menelan sisa kunyahan di laluan tekak.

"Bagus. Aku harap mood kau tetap begini setiap kali bersarapan dengan aku."

Sofea mengangguk sedikit ketika bertentang mata dengan Pedro. Agak terkesima dengan senyuman manis yang suaminya hadiahkan. Senyuman itu tidak seperti selalu, ia lebih ikhlas dan lebar. Nampaknya, angin Pedro benar-benar baik hari ini.

"Do you know how to cook?" Tiba-tiba soalan itu ditanya.

"Kenapa awak tanya?"

"Saja. Aku nak tahu apa specialty isteri aku. So?" Pedro bertanya lagi.

Bullet Through Heart Where stories live. Discover now