BAB 5

4.2K 145 36
                                    

SAKIT dan pegal, di seluruh badan dan kepala. Apabila dicuit sedikit, rasa berbisa. Pergelangan tangannya diusap-usap, terdapat kesan lebam di sekelilingnya. Dek cengkaman ganas Pedro, kini kulitnya dipenuhi birat-birat. Terfikir soal Pedro, kemana dia pergi? Ruang itu terasa sepi. Tiada tanda-tanda keberadaannya di situ. Sekilas, Sofea melirik ekor matanya ke arah jam yang tergantung di dinding. Sudah lepas waktu sarapan pagi, nampaknya Sofea terlajak tidur. Tubuh lemahnya cuba digagahkan berdiri, tetapi tidak berjaya. Rasa bisa mengatasi segala-galanya. Perlahan-lahan Sofea bangun kembali. Sofea tidak boleh lemah, dia harus kuat agar dapat menempuh hari-hari yang akan mendatang. Inilah takdirnya, bersuamikan lelaki sadis seperti Pedro.

Untuk tidak membuang masa, Sofea segera langkahkan kakinya ke bilik air. Niatnya hanya ingin bersendirian, tidak mahu keluar dari bilik tidur. Kerana badannya tidak berdaya, terlalu lemah dan lenguh.

Air pancuran dibuka besar, dibiarkan sahaja ia terus mengalir di seluruh kulit. Kelopak mata Sofea terpejam rapat sambil memikirkan dirinya yang acapkali ditimpa malapetaka.

Pedro. Nama yang seperti asid, membakar dari dalam. Langsung tiada ucapan maaf darinya. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sudah masuk dua kali dirinya diperlakukan persis hamba. Tiada tempat untuk Sofea mengadu nasib atau mencurahkan rasa sedihnya. Dia impikan seorang pelindung, seorang suami. Ternyata semua itu hanya angan-angan yang tak akan pernah tercapai.

Lima belas minit berlalu pantas, pili paip dipulas tutup. Tubuh yang kedinginan terus dibalut dengan tuala pendek. Selesai membersihkan diri dan menyalin kepada pakaian yang baru, terus Sofea membawa dirinya ke balkoni. Bunga teratai yang terapung di permukaan air menambahkan keindahan tasik tersebut, tetapi tidak mampu menarik perhatian Sofea. Dia ralit merenung pemandangan rumput hijau di hadapannya. Fikirannya jauh menerawang entah ke mana-mana.

Monolog panjangnya berkecai saat pintu biliknya diketuk tiga kali. Sofea malas hendak melayan atau membuka, tetapi ketukan itu sedikit sebanyak mengganggu halwa pendengarannya. Rimas! Setelah lima minit berlalu, barulah dia bergerak malas menuju ke pintu. Sebaik dikuak, kelihatan seorang lelaki berpakaian kot serba hitam berdiri bagaikan patung di hadapannya. Wajahnya garang dan menakutkan, pandangannya juga dingin.

"What do you want?" Tanya Sofea perlahan.

"Your husband has requested your presence."

Mendengar itu, dada Sofea sudah bergendang kencang. Bibirnya juga terkelu untuk bertanya lebih lanjut. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia membuntuti langkah lelaki itu tanpa sebarang bantahan. Timbul rasa curiga, tetapi Sofea abaikan sahaja. Setibanya di sana, pintu bilik bacaan sudah dibuka dari dalam. Perlahan-lahan Sofea memasuki ruang itu bersama debaran di dada. Kelihatan Pedro sedang berdiri di hadapan seorang lelaki, badannya terbongkok-bongkok kemudian dia melutut ke lantai. Kedua-dua pergelangan tangannya pula sudah terikat, tidak dapat melarikan diri lagi.

Melihat keadaan lelaki itu membuatkan kaki Sofea segera terhenti kaku. Perasaan takut mula menyaluti hatinya. Firasatnya kuat mengatakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku hari ini.

"She's here." Maklum lelaki tadi kepada Pedro.

"Finally, il mia more!" Bersama senyuman bermakna, Pedro tarik dan bawa Sofea ke tempat lelaki itu melutut. "Severin, I like to introduce you to my lovely wife. This is Sofea." Beritahu Pedro seakan berbangga memperkenalkan Sofea kepada lelaki tersebut.

Tiada senyuman yang terbit melainkan tatapan cerlung seperti hendak membunuh. Air muka lelaki itu menggambarkan kebencian sewaktu Sofea merenungnya tidak berkelip. Apa tujuan semua ini? Sofea hanya berani bertanya di dalam hati.

"Don't be rude, Severin. Say hello to my wife." Arah Pedro.

Tak semena-mena dia melepaskan air ludah, tepat jatuh di hadapan kaki Sofea. Sudah pasti perbuatan itu mengundang kemarahan Pedro, sekelip mata wajahnya ditumbuk berkali-kali sehingga bibirnya mengalirkan cairan merah hingga ke dagu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bullet Through Heart Where stories live. Discover now