Bab 1

10 4 0
                                    

Hari khamis bermula!
Besok cuti! Kesemua pelajar mula bersorak pabila guru bahasa melayu mengucapkan 'selamat berhujung minggu'.Semua pelajar bersurai pabila loceng menandakan waktu rehat bermula.Dapat makan percuma lagi.Hihihi.
Pelajar tingkatan lima sastera mula menuju ke kantin.
Hana Haiza sepertinya acuh tidak acuh sahaja.Ira Iris mengajak Hana ke kantin,namun dia seperti bermasalah sahaja lagaknya.Setelah dipujuk,akhirnya Hana membontoti jua Ira Iris.Mereka berdua menikmati juadah nasi minyak itu beserta air sirap limau nipis.
Loceng kedua menandakan waktu rehat mula tamat.Para pelajar mula bergegas untuk masuk ke dalam kelas masing-masing.Ira Iris nampaknya sedang membincangkan sesuatu dengan Safuan Saifullah.Kelihatan sesuatu yang penting.Kemudian mereka beriringan menuju ke kelas.Sebelum ke kelas,Hana ke tandas,namun ditemani oleh Ira Iris.Hana terharu ditemani oleh sahabat baiknya itu.Tetapi ada suatu perasaan musykil tentang tingkah laku Ira Iris menemaninya ke tandas.Namun,Hana mematikan perasaan syak wasangkanya itu.Dia tidak mahu bergaduh dengan sahabat baiknya itu.Aman damai menandakan harmoni.peace yoo!.
Setelah mengaminkan doa al 'asr.Guru matematik mula beredar.Para pelajar mula sibuk menyusun buku-buku.Mereka berlumba-lumba untuk pulang ke rumah masing-masing.Hari cuti katakan.Time tidur!Bagi Hana,dia menunggu kesemua rakan sekelas pulang dahulu.Sengaja dia ingin pulang akhir sekali.Ira pun sudah pulang.Langsung tidak mengendahkan Hana.Hana sudah terbiasa.Begitulah Ira,sekejap okey sekejap tidak okey.Hana terasa pening.Dia sedikit demam.Setelah mengunci pintu hadapan dan belakang bilik darjah,Hana ke tandas.Tanpa disedari seseorang mengekori Hana secara diam- diam.Akmal Arif.Kekasih hati rahsia Hana.Mereka bercinta secara diam-diam.Akmal khuatir jika secara terang-terangan akan dihidu oleh peminat fanatiknya.Al maklumlah Akmal digilai rakan sekelasnya.Setiap hari Ahad,Akmal akan mendapat sepuluh kotak hadiah.Sarat dalam meja si Akmal.Berwarna warni lagi,corak bintang pun ada.Bentuk hati usah dikata.Corak hati paling banyak sekali.Hihihi.Gadis ini sahaja yang mencuri hati Akmal.Akmal tersenyum penuh makna.Dia gembira,dia mahu dating dengan si Hana.Walaupun lima belas minit sahaja.Lima belas minit sudah beerti buat Akmal.Kelihatan agak mengambil masa si Hana dalam tandas.Nasik baik,para guru ada agenda penting tengahari begini.Satu mesyuarat tergempar diadakan.Pelajar bebas untuk tidak solat secara berjemaah.Akmal mula merasakan sesuatu.Dia menuju ke tandas perempuan itu.Pintu masih dikunci.Menandakan Hana masih di dalamnya.Akmal mengetuk pintu sebanyak tiga kali.Namun diam seribu bahasa.Hana hanya merenung air paip itu.Sengaja dia membazirkan air paip itu.Jam di tangan sekilas pandang,menandakan jam satu lima belas minit petang.Hana berkira-kira untuk pulang.Nasik baik hari ini jadual harian para guru sibuk.Sengaja dia menghabiskan waktu di dalam tandas.Dia hendak bersendirian!
Hana membetulkan tudungnya.Kemudian dia pulang menuju ke pondok pengawal.Tanpa disedari,seseorang daripada belakangnya menyapa pak guard itu.Mesra lagi.Macam kawan.Hana hanya menjeling kosong.Lantas dia mengambil basikal untuk pulang.Sewaktu dia melintasi wakaf,kelihatan seseorang turut baru pulang sepertinya.Sangkanya,dia menyiapkan kerja sekolah sebelum pulang.Bagus.Best student.Hana melihat pelajar itu dengan pandangan kosong.Dahi Hana berdenyut-denyut.Dia ingin cepat pulang.Hendak dicuci kepala kasi lega gitu.Padahal si Akmal.huhu.Hana mengayuh basikalnya.Akmal sengaja membawa perlahan motorsikalnya.Akmal mengenyit mata terhadap Hana.Hana hanya mengeleng.Sangka Hana pelajar itu telah pulang ke rumahnya.Namun masih bersiar-siar dengan motornya sambil makan aiskrim kon.Sekejap ada sekejap tiada.Hana meneruskan kayuhannya.Sebelum tiba ke persimpangan kediaman Hana.Hana menjenguk ke belakang.Kelihatan pelajar itu melambai dengan senyuman manis bak madu.Hana agak kaget.Manisnya senyuman! Hana hanya memerhatinya dari arah belakang.Dia terus menuju ke destinasinya.Hana tersenyum sumbing.Siapalah pelajar itu.Mungkin pelajar baru mungkin.Mungkin rakan sekelas Hana.Pelajar kelas agak ramai.Hana tidak mengambil tahu perihal rakan sekelasnya.Dia hanya menumpukan pada pelajarannya sahaja.Ibu si Hana akan berleter jika dia ditangkap bercinta dengan mana-mana pelajar.Ini membuatkan Hana kecut perut!.Perut Hana mula bernyanyi kecil.

Dia...Where stories live. Discover now