Bab 4

6 3 0
                                    

Hari Ahad datang lagi!
Seperti biasa,Akmal akan mendapat banyak hadiah.Glamour!
Waduh-waduh.Akmal tersenyum sendirian.Peminatnya yang ramai.Dengan sengaja dia mengenakan cermin mata hitam.Rakan-rakan perempuan bersorak dengan riang.Lelaki pula,siap bertepuk tangan lagi.Kebetulan guru bahasa melayu datang.Sempat beliau mengambil gambar bersama-sama Akmal.Kesemua pelajar bergambar bersama guru bahasa melayu yang sempoi.hihihi.Suasana penuh harmoni dan manis gitu.
Selesai berjenaka bersama anak murid,guru bahasa melayu itu memberikan satu tajuk karangan untuk disiapkan.Idea masing-masing mula dikeluarkan.Dalam satu minggu tugasan itu diberikan.Loceng kedua menandakan waktu pembelajaran kedua tamat.Guru bahasa melayu mula beredar setelah mengaminkan doa.Waktu rehat bermula.Hana dan Ira ke kantin.Hana membeli nasi lemak bersama-sama Ira.Hana jarang menikmati nasi lemak.Kolesterol tinggi.Tapi,sebab sahabatnya itu,dia sengaja membeli nasi lemak bersama telur.Hana membelanjakan Ira dengan air anggur.Harga 20 sen sahaja.Sewaktu ingin membayar air anggur.Kelihatan Akmal turut menghampiri Hana.Akmal membelanjakan Hana air anggur.
"banyak air awak minum."
"satu untuk saya,dan satu lagi kawan saya."
"oh,saya belanja awak dan kawan awak."
Tanpa teragak-agak,Akmal lantas membayarkan rm 1 kepada kakak kantin itu.Mereka beriringan berjalan bersama.Kemudian,Akmal mempamitkan diri ke meja makan pelajar lelaki yang lain.Ira pula,tersenyum-senyum sumbing menampakkan gigi arnabnya.Selesai makan,Hana dan Ira mencuci tangan di singki.Tiba-tiba,pinggan Ira terkena kepada baju Hana.Nasik baik hanya sedikit sahaja.Ira meminta maaf kepada Hana.Dia tidak sengaja.Kemudian mereka menuju ke singki.Hana mula musykil terhadap Ira.Kelihatan Ira tersenyum sinis.Satu riak wajah yang kurang enak pada pandangan mata Hana.Hana tidak mahu berprasangka buruk.Dia hanya merasakan perasaan merapu sahaja di benakknya itu.Dia mencuci tompokan baju yang comot itu.Tetap tidak hilang.Ira mengajak Hana untuk ke tandas.Nasik baik ada cucian tangan di tandas.Hilang sedikit bau nasi lemak pada pakaian Hana.Loceng mula berdering.Mereka mula masuk ke kelas.Sebelum ke kelas,kelihatan Safuan sedang tersenyum menampakkan wajahnya yang agak iras-iras kacukan cina.Kacak.Tanpa segan silu,Ira memegang tangan Safuan.Sepertinya mereka merencanakan sesuatu.Hana hanya memerhati dari hujung matanya.Hana mula curiga.Hana memanggil Ira,kerana cikgu sudah tercegat di belakangnya.Ira pantas berlari seperti lipas kudung.Hana hanya menggelengkan kepala.Guru bahasa melayu itu menasihati terhadap Hana kepada si Ira.Bahawa beliau menerima banyak aduan mengenai Ira.Ira memang playgirl.Tetapi nasihat guru bahasa melayu itu,menyedarkan kepada Hana sesuatu.Namun,Hana hanya memendam perasaanya itu.Guru itu memulakan pelajaran.Ira pula tertidur.Hana hanya menggelengkan kepala.Semakin lama,Hana mula merasakan perasaan rimas terhadap Ira.Dia tidak menyangka bahawa kes Ira menjadi tajuk utama para guru.Hana tidak berani menanyakan hal terbabit.Dia hanya memerhati sahaja.Waktu sesi pebelajaran tamat.Masa untuk solat zuhur bersama-sama.Hana mengajak Ira ke surau setelah mengaminkan doa.Hana menunggu Ira bangun dari tidurnya.Setelah itu,mereka mengunci pintu hadapan dan belakang kelas.Tanpa disedari,seseorang turut menunggu Hana dari belakang.Akmal.
Selesai solat zuhur berjemaah,Ira terus menyumbatkan kain telekung ke dalam begnya.Tanpa menunggu Hana terlebih dahulu,dia terus berlalu pergi.Tinggal Hana sendirian.Hana melipat telekungnya.Kemudian dia menunggu jemaah lain selesai memakai kasut mereka.Hana menutup suis kipas.Kemudian pintu surau satu persatu.Tiba-tiba lengan Hana ditarik lembut.
"awak rupanya"
"yea,saya."
"ada apa awak"?
"cuba awak pusing ke hadapan.",pinta Akmal.
Akmal menyarungkan seutas kalung kepada Hana.Hana hanya tersenyum tersipu malu.Akmal menyatakan bahawa kalung itu hanya kalung murahan sahaja.
"awak,bahaya lama-lama kat sini".
"nanti cikgu nampak.",Hana mula khuatir.
"yelah,jom pulang".
Kemudian mereka mula beredar.Hana pulang terlebih dahulu.Kemudian kelibat Akmal pula.Kebetulan,pada hari itu,Akmal membawa basikal.Jadi mereka bersama-sama mengayuh basikal.sweetnyew!
Akmal mengajak Hana untuk mencari air batu campur.Waktu matahari terik,memang lazat menikmati hidangan ais gitu.Akmal membelanjakan air batu campur kepada Hana.Mereka mengayuh basikal sambil menikmati air batu campur itu.Kemudian,Akmal menghantar Hana hingga ke pintu pagar rumahnya.
"sini rumah awak"?
"yea",kata Hana sepatah.
Sebelum berlalu pergi,Akmal tersenyum manis kepada Hana.Mereka berjanji akan berjumpa keesokan harinya.
Seawal jam 6.45 pagi Hana membonceng basikalnya.Tiba-tiba satu loceng berbunyi.
"hai awak",sapa Akmal ceria.
"hai awak",sapa kembali Hana.
"jom,cari kueh muih"
"kat mana awak?"
"kat depan tu aje".
"awak nak kuih yang mana satu?saya belanja awak".Hana hanya mendiamkan diri sahaja.
"satu beg plastik untuk awak dan satu beg plastik lagi untuk saya."
Hana hanya mengambil beg plastik itu.Dia mengunyah sebiji karipap berintikan ubi kentang.Secebis karipap tercomot di wajah Hana.Akmal mengeluarkan sapu tangan key.Lantas dia mengelap cebisan comotan itu.Kemudian,mereka meneruskan kayuhannya.Tepat jam tujuh pagi.Mereka ke kelas dahulu sebelum aktiviti pagi dimulai.
Mereka berdua-duaan di dalam kelas.Akmal mengajak Hana untuk menikmati sekali lagi kueh muih.Akmal menyuapkan kepada Hana.Kemudian Hana pula menyuapkan Akmal.Mereka menikmati air teh bercampur susu.Setelah itu,mereka ke tandas untuk membasuh tangan.Kemudian mereka ke dataran untuk perhimpunan di awal pagi.
Sesi pembelajaran bermula.Sejarah.Hana menguap beberapa kali.Ada beberapa orang pelajar tertidur.Ira,apatah lagi.Suasana aircond persis seperti di dalam air batu sahaja.Loceng berbunyi menandakan waktu kelas sejarah telah tamat.Hana menyiapkan nota sebelum berlalu pergi.Dia tergopoh gapah menyusun alat tulisnya.Rantai itu pula dia mengikat pada beg kainnya.Sewaktu dia melintasi cikgu sejarah.Cikgu itu memangginya secara tiba-tiba.Dia menoleh ke belakang.
"ada apa cikgu"?
"cuba kasi cikgu lihat beg alat tulis awak boleh?"
Hana memperlihatkan beg alat tulisnya kepada cikgu itu.
"awak,ni emas tulen lah"
"bukan lah cikgu,tu bukan emas"
"kat muka cikgu ada nampak tulisan menipu ke?"
"tapi..."
"ni emas putih,baik awak simpan elok-elok sebelum guru disiplin merampasnya."
"boyfriend awak yang kasi ya"?
"untung jadi awak,boyfriend awak memang penyayang."
"dah,simpan dalam poket,jangan bagi sesiapa nampak,ni antara kita aje,biar pecah di perut,jangan pecah di mulut".
Sporting betul si guru.Hana mendengar dan terus mematuhi arahan gurunya itu.Dia menyimpannya di dalam poket.
Dia bimbang jika pisang berbuah kali ke dua.Dia nekad untuk memulangkan semula kepada Akmal.
Seperti biasa,Akmal pulang bersama-sama dengan si Hana.Mereka berhenti seketika di taman permainan.
"awak,sapa hati awak tipu saya."
"tipu apa awak?"
"ni emas putih yang tulen kan"
"yelah".
"mana awak tahu?"
Hana menyerahkan kembali kepada Akmal.Dia khuatir terjadi lagi seperti dulu.Akmal meminta Hana untuk menyimpan kalung tersebut.Hana tidak mahu pada mulanya,namun setelah didesak beberapa kali oleh Akmal.Dia menyimpan di dalam poket.Dia mula merasakan ketulusan si Akmal.Hana hanya mendiamkan diri sahaja.Akmal hanya memerhati tingkah laku si Hana.Agak kekok.
Akmal menghantar pulang si Hana hingga ke pintu pagar rumahnya.Setelah mempamitkan diri,Hana terus memasuki perkarangan rumahnya.Akmal hanya memerhati dari arah belakang.

Dia...Where stories live. Discover now