Kelas bahasa melayu.Perpustakaan.
Hana membelek-belek buku rujukan.Kemudian dia terlanggar sesuatu hingga menyebabkan buku rujukan terjatuh.Nasik baik tidak terkoyak.Hana ingin mengambil buku tersebut,namun kelihatan Akmal sedang memegang buku itu.Sambil tersenyum manis.Kelihatan seseorang sedang memerhatikan gelagat mereka berdua.Safuan.Dia berlalu pergi hingga menyebabkan buku-buku lain turut terjatuh berteraburan.Hana dan Akmal berpandangan sesama mereka.Tiada orang.Mereka menyusun kembali buku tersebut di raknya.
"awak,nah,cuba hulurkan lengan awak.",pinta Akmal.
Akmal memakaikan seutas gelang kepada Hana.Kali ini bukan emas tulen.Gelang yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.standard.
"kali ni,bukan barangan emas awak saya jamin."
"janji?"
"yea,saya janji".
Hana dapat melihat ketulusan hati si Akmal.Di waktu rehat,Ira menanyakan perihal gelang.Hana memberitahu bahawa neneknya yang memberikan gelang itu.Safuan membelanjakan Ira dan Hana nasi lemak bersama telur.Hana curiga,namun dia mematikan perasaan syak wasangka itu.Tiba-tiba nasi lemak terjatuh ke lantai.Habis bersepah ke lantai.Ira terjerit.
Kemudian kakak kantin membersihkan nasi lemak itu.Safuan pula menjeling-jeling kepada Hana.Tanda tidak puas hati.Akmal memberikan sedikit kueh kepada Hana dan Ira.Mereka makan bersama-sama.Safuan pula hilang entah ke mana.Selepas itu Hana ke tandas.Dia berseorangan.Dia tahu akan perihal Ira,agak susah untuk menemaninya ke tandas.Selesai Hana membersihkan diri.Dia menaiki anak tangga.Tiba-tiba Hana hilang imbangan.Dia terjatuh dari anak tangga.Nasik baik tiga anak tangga dari atas.Hana tidak dapat bangun.Kakinya kejang.Tiada sesiapa.Hana mengurut kaki yang sakit itu.Hana terasa ada yang memimpin lengannya.Tanpa disedari,Akmal mengekori Hana dari belakang.
"awak okey ke tu"?,tanya Akmal kerisauan.
"sakit sikit aje awak".
Hana berjalan terjongket-jongket.Hana duduk di kerusinya.Kemudian dia mengeluarkan beg kain alat tulisnya.Hana mencari gelang pemberian Akmal.Tiada.Di dalam poket pun tiada.Hana mula cemas.Guru bahasa inggeris memulakan pelajarannya.Hana menunggu waktu pulang,mungkin gelang Hana terjatuh sewaktu kaki Hana tersadung tadi.Barangkali.Kelas pendidikan islam seterusnya.Ustazah memulakan pelajaran tentang adab dan akhlak islamiah.Tajuk itu membuatkan Ira dan Safuan menjeling ustazah.Tajuk itu tepat terkena pada batang hidung mereka.Dengan panjang lebar Ustazah menjelaskan perihal sikap seseorang.Buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat.Selesai pembelajaran.Kelihatan beberapa orang yang lain termasuk Ira dan Safuan.Mereka ke tandas.Tidak senang hati dengan tajuk yang diutarakan oleh Ustazah itu.Suasana kelihatan agak tegang.Hana hanya memerhati sahaja.Kakinya masih perit.Agak sukar untuk kehulu kehilir.Hana mengurut perlahan buku lalinya.Dia membuka stokin dan mengurut perlahan kakinya.Kemudian dia memakai semula stokin setelah kedengaran ketua kelas memberikan salam kepada guru matapelajaran sejarah.Ira tiada di bangkunya.Beberapa pelajar yang lain turut tiada.Ponteng.Nama mereka diambil oleh ketua kelas.Nasik merekalah,nama akan dipanggil pada perhimpunan perdana pada Ahad nanti.Tegas betul undang-undang sekolah.waduh waduh.
Waktu pelajaran sejarah mula tamat.Para pelajar mengemaskini buku teks dan alat tulis.Seperti biasa Hana akan menutup pintu tingkap,pintu hadapan dan pintu belakang kelas.Hana berjalan dengan perlahan sahaja.Hana menuruni anak tangga untuk melihat gelang yang hilang.Ternyata gelang itu telah terputus.Hanya manik-manik kecil yang tinggal.Hana mengutip manik-manik kecil itu.Satu persatu.Kemudian,Hana menuruni anak tangga untuk solat zuhur berjemaah.Hana dapat menjangka,para pelajar tingkatan satu hingga empat akan beratur menunggu giliran untuk mengambil wuduk.Sementara menunggu giliran,Hana.mengambil sedikit masa untuk mencari gelangnya itu.Hana berjalan dengan pergerakan yang perlahan.Dia menuruni anak tangga,namun hampir terjatuh.Pandangan Hana mulai gelap.Beberapa minit kemudian kelihatan Akmal tersenyum kepada Hana.Nasik baik si Akmal datang tepat pada masanya.hahaha.
Kemudian,Akmal memimpin Hana menuruni anak tangga.Apabila menuruni anak tangga terakhir,Akmal mempamitkan diri.Dia berlari ala-ala joging ke surau lelaki.Khuatir ada yang terlihat adegan mereka.Hihihi.
Romantis gitu!.
Keadaan mula lenggang,masih sempat untuk Hana solat berjemaah,setelah qamat dilaungkan.Ira pula telah berada pada saf barisan hadapan.Hendak pulang awal,mestilah saf di barisan hadapan.Pintar betul si Ira.waduh waduh.Kemudian,para pelajar bersalaman dan mula beredar untuk makan tengahari.Seperti biasa,Hana merupakan Ajk surau.Dia akan memastikan keadaan surau dengan kipas yang ditutup,tingkap dan pintu surau.Hana berjalan perlahan untuk pulang.Tiba-tiba ada seseorang yang menghampiri Hana dari arah belakang.Tidak semena-mena dia mengendong Hana.Nasik baik pelajar lain telah pulang ke asrama dan rumah.Hana memarahi Akmal kerana mengendongnya.Namun Akmal hanya tersenyum bak kerang busuk.Dia meneruskan jua.Pak guard pula bertepuk tangan bersorak girang.Merah padam wajah Hana.Kemudian,Akmal meletakkan Hana di bawah pohon rhu.Akmal mengambil anak kunci daripada Hana.Kemudian dia mengambil basikal Hana.Dia mula mengayuh basikal.Anak kunci Hana digarikan pada basikalnya.Akmal membawa Hana pulang ke rumahnya.Hana hanya duduk sahaja.Mana tidaknya,kaki Hana mulai bengkak.Hana menahan sakit pada kakinya.
Hari cuti hujung minggu bermula.Hana pergi ke taman yang berdekatan.Dia membawa Odah bersamanya.Walaupun sedikit bengkak pada kakinya,dia tetap membawa Odah bersiar-siar ke taman rekreasi.Hana berjalan-jalan di gigi air bersama Odah.Tiba-tiba kaki Hana terasa perit.Hana melihat sekelilingnya.Ternyata Safuan sedang berdiri dengan wajah yang bengis.Hana hairan,macam mana dia boleh mengetahui bahawa Hana berada di taman rekreasi itu.Hana hanya mengaduh kesakitan.Safuan mula memaki hamun Hana.Dia memarahi Hana pasai nasi lemak pemberiannya tempoh hari.Hana hanya terduduk lemah.Kaki Hana semakin berdenyut.Odah dengan riang bermain buaian.Tidak lama kemudian,Safuan mula beredar.Dia melempar manik-manik gelang pemberian Akmal.Hana mengutip satu persatu.Ternyata si Safuan yang merampas gelang Hana.Lengan Hana sedikit kemerahan pada waktu itu.Hana berdecit sedikit.Mata Hana basah dek air mata.Satu lembaga muncul di bawah sinaran matahari.Pandangan Hana mulai gelap.Apabila Hana membuka matanya kelihatan Akmal dan Odah yang turut mengalirkan air mata.Akmal membalut pergelangan kaki Hana dengan kain keynya.sweetnyew.
Selepas itu,Akmal mengendong Hana.Dia membawa Hana menaiki van pak ciknya.Basikal diletakkan di bonet belakang.Akmal meminta pak ciknya pulang ke rumah Hana.Sampai tepat di hadapan rumah lagi.Pak cik dan ibu Hana mula berbincang pasal Hana.Ada riak gelisah di wajah ibunya.Hana hanya memerhati.Kakinya terasa perit.Mungkin Hana memerlukan cuti satu hari mungkin.Akmal tidak menyangka bahawa si Safuan sanggup berbuat sedemikian kepada Hana.Dia bertekad untuk melindungi Hana daripada diganggu oleh Safuan.Padahal Safuan sudah mempunyai 'buah hati'.Si Safuan agak tamak,al maklumlah bahawa ibu dan ayahnya bekerja di sektor awam.Itulah dia eksen sikit.Berlagak!Hana berehat beberapa hari dirumahnya.Sewaktu petang,Akmal datang melawat dengan membawa twisties dan kacang soya.Mereka makan bersama-sama.Setelah hari hampir gelap,barulah si Akmal pulang ke rumahnya.Akmal juga memberitahu bahawa beberapa kerja sekolah yang perlu dibuat.Mereka turut bersama-sama membuat kerja sekolah.waduh waduh.
"hari ni ada kerja sekolah matematik,biar saya ajar awak,okey."
"okey,mukasurat berapa awak"?
"mukasurat 24."
Sehingga lewat petang,mereka berdua menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.Setelah hari ketiga,kaki Hana beransur surut dari bengkaknya.Sepertinya Hana sudah boleh mengayuh basikalnya.Dia khuatir banyak pembelajaran yang terlepas.Mungkin Hana akan berangkat kembali ke sekolah pada keesokan hari.Mereka berjanji akan berangkat tiba ke sekolah bersama-sama.Sebelum pulang,Akmal tersenyum bak madu kepada Hana.Hana pula melambaikan tangan menandakan ucapan selamat tinggal kepada Akmal.Besok ketemu lagi.Ke sekolah bersama-sama.sweet gitu!
Sekian.Yang benar.
YOU ARE READING
Dia...
Teen FictionSeorang jejaka 'sweet',yang digilai ramai kenalan.Namun hanya seorang yang bertahta di hatinya. "kotak pensil awak terjatuh" kata Akmal Arif. "suka hati la,jangan menyibuk okey,pi main jauh-jauh". marah Hana Haiza. Selalu bergaduh kecil,namun bila...