Bab 2

34 5 0
                                    

Ifa berjalan kaki sendirian ke kuliah pagi ni Sambil mendengar lagu disney. Macam budak budak pula. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sebelahnya.Ifa menoleh.

"Eh?? , hmm.. Macam kenal je? ", kata ifa sambil mengecilkan matanya supaya dapat melihat siapa di dalam kereta itu.
Tingkap kereta tiba-tiba diturunkan,
"Assalamualaikum, ifa. ",lelaki itu melambaikan tangannya.

"Siapa pula ni? Tak pernah nampak pun, macam mana dia tau nama aku? ",kata ifa sendirian.
Aku terfikir sesuatu lalu tersenyum jahat tapi aku tak tunjukkan.
"Umm.. Pakcik ni siapa eh? ",aku menahan ketawa ,segaja aku panggil lelaki itu pakcik, lagipun mana aku kenal dia, entah-entah nak culik aku tak?

Lelaki itu senyum. "Awak ni... Saya muda lagi lah".
Awak?! Ewww..gelilah aku tak pernah panggil orang awak, aku selalu panggil kau, aku atau nama khas untuk orang tu je macam chef is.
"Awak kenal saya tak? ", lelaki itu bertanya.
Aku? Apa lagi,  aku cabut lari lah! Malaslah tetibe je datang lagipun aku ada kuliah pagi ni takut nanti lambat lagi.
"Ehh??? Ifa! ",jerit lelaki itu memanggil nama ku. Ifa tak menghiraukan lelaki itu apatah lagi menoleh ke belakang.

*                 *                   *                  *

Ifa tercungap-cungap apabila sampai ke kuliah.Syikin dari jauh nampak ifa .
"weh, kau dah kenapa? Leklah, kuliah belum mula lagi lah", kata syikin.
"A.. Aku.. ",ifa tak dapat bercakap dengan betul. Lah aku berlari laju tadi. Aduhhh bodoh lah aku ni. Ifa menepuk dahinya.
Syikin menghulurkan botol air kepada ifa, "ambil ni, minum, aduuuh macam dah kena kejar hantu je aku tengok kau ni...".
"A..aku lari dari pakcik pelik tadi", sambung ifa sambil meneguk air.
"Pakcik mana lagi ni??? ", tanya syikin
Kehairanan. Ifa menceritakan kepada
Syikin apa yang berlaku tadi dari A sampailah Z.
"weh, nasib baik kau lari terus tau! ".
Ifa hanya mengangguk. "Tapikan macam mana pakcik tu tau nama kau eh? ", syikin kehairanan, aku pun samalah. Yalah,  mana aku kenal orang tu tibe je tau nama aku.
"Ish! Sudahlah aku tak nak serabut fikir benda ni nanti susah aku nak belajar, jom ah!", ajak ifa dan syikin hanya mengangguk lalu mereka berdua beredar.

Beberapa jam kemudian, ifa ke dewan makan Uni. Ifa membeli makanan.
Mana aku nak duduk ni, bisikku dalam hati. Tapi dari jauh lagi aku dah nampak batang hidung syikin.

"Bae!!! ",teriak aku.
Syikin hanya menggeleng dan menepuk dahinya sambil berkata,"macam manalah aku boleh berkawan dengan budak ni".
Syikin dan ifa pun duduk.
"Macam mana tadi?? ",tanya aku.
"apa yang macam mana tadi? ",syikin
Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh ifa.
"kan tadi kau hadap ngan En.hensom tu... Ya allah, alpha betul kau ni",aku mengeluh.
"Lahh ok je, tak la sampai aku merenung En. Hensom tu lama lama nanti kantoi aku!",jawap syikin.

Semasa ifa dan syikin rancak bercerita, tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang lelaki.
"Eh? Cari sape?? ",syikin berhenti bercerita.
Aku perlahan-lahan menoleh ke belakang. Bulat mata aku melihat lelaki tu." Wehhh!!! Laki tadi kot!? Macam mana dia tahu aku ada kat sini! ",teriak aku dalam hati.
Aku terus memandang ke arah syikin semula sambil buat isyarat mata.
"laki tadi weh!! ", kataku.
"yeke?! ",Syikin membalas menggunakan isyarat mata.
"Muka dia hensom weh! ",sambung syikin.
"Dafuq, bae?! ", balas aku.

"Um.. Boleh saya duduk sini? ",tanya lelaki tu.
"Mestilah boleh!",kata syikin.
Aku pandang syikin,"kenapa kau setuju bongok! ",aku membuat bahasa mata.
Syikin hanya senyum. Omg!!!

"Um.. Aku pegi beli kejap eh,  korang bercerita lah dulu", syikin memandang ku dengan senyuman sinis.
Aduhhhhh!!! Apa kau buat ni syikin!!
"Hai,  ifa kan? ", lelaki itu bertanya sekali lagi.
"Hi...a'ah... ", sambil aku senyum yang tak sampai hujung nya.
"Nama saya Alif Irfan".
Aku hanya memandangnya sebab dia duduk di sebelah aku je.
Alif ketawa, "Okaylah biar saya terus terang je dengan awak".katanya.
"Terus terang?? ",aku kehairanan.
"Awak ni betul betul tak ingat la, awak ingat lagi tak lelaki instagram yang awak selalu chat dulu?? ",tanya alif.
"Mana satu eh? ", aku berfikir.
"Lah yang selalu lawan pickup line dengan awak tu? ", sambungnya lagi.
Lama kami diam dan akhirnya aku memecahkan kesyunyian.
"Oh ya!! Ig A. Liffan_ tu ke??", aku meneka. Setahu aku dia sorang je aku berlawan pickup line.
"ya!! ", jawapnya mendengar aku berkata begitu sambil senyum happy.
"Eh jap,  kau...kau...jangan kata kau iffan???", aku bertanya.
"Aku lah tu", sambil dia senyum.
"wehhh!!!! Kau iffan tu ke?!! ", aku terkejut beruk.
Iffan ketawa, "ye, itu akulah.. "
" Aku...aku macam tak-", belum aku menghabiskan kata kataku iffan memotong.
"Akulah iffan tu,  sekarang aku dah kerja , kau ni tak baik tau tak kenal kawan lama", iffan memuncungkan mulut nya.
"mana lah aku tau itu kau! Aku ingat pakcik mana lagi!", jawap ku.
"kenapa aku makin Hensom ke?? ", tanyanya sambil mengusap dagunya.macam lah aku terpikat.
"Bolehlah,  berbeza kot daripada dulu! ", aku terkejut sangat sangat. Yalah iffan yang aku kenal dulu chubby sekarang kurus dah! Manalah aku kenal?!

Syikin pun datang ke arah ifa dan alif yang dari tadi rancak betul berbual macam sedara je.
"Seronok nampak korang bercerita",
Syikin mencelah perpualan mereka.
Aku menoleh ke arah syikin lalu berkata,"kawan lama lah".
"Kawan lama?? ", syikin buat muka macam tak percaya je. Yalah sebelum bukan main anti dengan alif ni, tibe je mesrah semacam. Dan begitu lah seterusnya kami berbual.

          *            *              *               *

Ifa senyum ke arah lelaki yang bernama iffan itu, " thanks iffan",
Kata ku.
"Eh takde papelah ",balas iffan.
Well dia hantar aku sampai kelas masakan kot, aku tak minta pun, dia yang mahu sooo itulah.
"Okayy bye! ", aku melambai tangan ke arah iffan sambil berlari anak menuju ke kelas. Tapi aku tak sedar aku terlanggar seseorang dan aku nak jatuh wehhhh!!! Omg!!!
"Arhh!! ",jerit aku.Aku buat mata burung hantu sebab orang yang aku langgar tu sambut aku.Aku hanya renung mata dia, aku terkejut weh!
Ifa terus berdiri tegak supaya dapat beralih badan daripada disentuh lelaki tadi, aku tau dia tolong aku cuma aku...aku boleh rasa tangan dia kat belakang badan aku.
Lelaki itu bertanya, " Dek okay? ".
Aku perlahan-lahan melihat lelaki itu,
Lelaki tu pakai mask macam doktor ,pakai topi putih dan tinggi lampai macam tiang telekom sebab kepala aku ni dibawah dagunya.
"Awak okay?? ",lelaki itu bertanya semula. Aku terpinga-pinga sebab aku merenung dia tadi, mesti dia nampak aku tenung dia tadi!
"Ah! Saya okay! ", jawapku sambil mataku terkebil-kebil. Aku boleh rasa pipiku yang panas macam lava gunung Everest ...Muka aku merah ke? Panas semacam ni, bisikku dalam hati.
"Okaylah yang kali pandang depan kalau berlari tau", sambung lelaki itu
Yang hendak pamit.
Aku tiba-tiba tercakap,"um! ". Apa aku buat ni?!
Lelaki itu menoleh ke arah ku, "ya? "
"umm.. Sorry terlanggar a... Aa... Kau,"
Aku gagap sedikit .
Lelaki itu memandang tepat ke dalam iris mataku sambil senyum dan pamit daripada pandangan ku.

Iffan yang dari tadi melihat insiden itu lalu bersuara, "kau okay? ".
Aku memandangnya sambil mengangguk kepala.
Aku pun berjalan ke pintu kelas masakan, dan aku macam sempat dengar iffan kata,"jangan terpikat dengan dia tau".
Aku menoleh tapi aku melihat iffan melambaikan tangannya dan beredar daripada pandangan mataku. Apa dah jadi hari ni?... Aku membisu...


           Okayyo!!^o^ done bab 2

_Mystery Sweet Prinz_Where stories live. Discover now