T-Minus 2 Minit sebelum 18 March 2020

1.8K 16 8
                                    

Chaos.

Itu yang boleh aku katakan malam ini.

Bermula lebih kurang 24 jam lepas, masyarakat resah, gelisah, tak faham dan buat-buat tak faham

Disuruh jangan panic, esoknya (17 March) sudah beratur panjang di depan pasaraya.

Disuruh duduk rumah, ramai pula yang balik kampung.


Hanya satu arahan mudah. Restricted Movement Order atau Arahan Pergerakan Terhad.

Semuanya ditutup kecuali premis-premis bekalan makanan dan sektor penting yang menyokong kelangsungan masyarakat. 

Dan arahan ini beri kesan kat semua orang. Diri aku tak terkecuali. 

Dua minggu kena work from home.

Dua minggu kena jaga anak juga sebab nursery tutup.

Dua minggu kena mereput masa weekend tak dapat buat aktiviti sihat.

Dan ramai anggap ini cuti free.


Kononnya malam ni nak santai-santai, tenangkan minda. Scroll twitter, layan movie kat rumah dan sebagainya.

Tapi bila tengok Terminal Bersepadu punya ramai orang nak naik bas...

Bila tengok orang ramai pergi balai polis nak isi form balik kampung...

Aku macam - naharey! Korang ni jenis bodoh pekat tak boleh bawa bincang ke?

Jelas arahan stay indoors, duduk je la rumah.
Jelas arahan kalau nak rentas negeri, datang la balai isi borang tunjuk sebab bila dah tengah malam, datang sebelum tengah malam.
Jelas suruh jangan panic buy, kau pergi bila stok makanan macam duit nak kiamat dah.

Yang aku paling kesian adalah students Uni.
Dah la kena halau asrama, nak balik kena naik bas berpusu-pusu.
Bukak socmed pula kena kecam sebab dah macam mass gathering.
Lepas tu kena isi borang rentas negeri pula sebab arahan tak clear.
Boleh jadi diorang malam ni tak ada rumah nak tidur.

Last-last malam ni, diorang tarik balik larangan rentas negeri.

Kartun.
U-Turn.
Tak Pandai.

Selepas pengumuman Arahan Pergerakan Terhad dari PM, semua menteri lain diam membatu. Sebab? Diorang memang tak tahu nak buat apa.

Maka jadilah Chaos seperti ini.

Matipun still salahkan Langkah Shei-Ton.



Malaysia Covid-19 Count as of 0020 18 March 2020
Cases : 673
Death : 2

Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now