Topik hangat hari ini.
PM announce petang tadi yang PKP ini dipanjangkan selama 14 hari lagi sehingga 28 April. Kira sebulan setengah la.
Namun demikian, ada beberapa jenis bisnes yang dibenarkan beroperasi tapi perlu mengikut SOP yang ketat. Antaranya adalah kedai dobi (bukan layan diri), workshop, kedai letrik, kedai hardware dan yang paling orang nak adalah kedai gunting rambut. Senyum aney-aney diluar sana.
Aku jujurnya akan simpan rambut sehingga tiba waktunya untuk aku potong. Ya, aku jenis yang suka simpan rambut. Haritu dah simpan panjang dah tapi nak pergi interview PTD punya hal, aku potong la kemas-kemas. Gua jiwa rock!
Masa kerja dengan company sekarang pun ada la juga aku potong. Tapi memandangkan ada peluang untuk tak potong, aku rela tak potong. Aku tahu bela rambut ni rimas. Nak kena selalu shampoo dan sebagainya. Belum masuk panas. Rambut aku jenis menggerbang dan cepat kembang. Selalu masa ambil gambar dulu-dulu masa sekolah, rambut aku kembang menyenget macam Sami Vellu.
Gomen ambil langkah ini untuk atas nasihat KKM dan lihat trend negara lain. Negara yang tiba-tiba off PKP, terus akan lonjakan kes dan terpaksa repeat all over again. Ya, semua orang tak sabar nak get the gears of economics moving. Tapi kalau disrupted in the middle tak guna juga kan?
Ada juga yang share yang ini sebenarnya peringkat ketiga dari lima peringkat. So boleh expect lagi sebulan setengah iaitu sampai 27 May. Bukan apa, walaupun trend di Malaysia nampak tak mengikut prediction dari JP Morgan itu hari, tapi apa-apa boleh jadi.
Lagi-lagi sekarang ada indikasi "Kluster Elit", yakni mereka yang baru pulang bercuti / bekerja dari luar negara.
Ada segelintir frontliner yang tiba-tiba rindukan pesakit-pesakit tabligh. Kenapa? Sebab mereka adalah individu paling senang dirapati, mereka tidak lokek berkongsi ilmu, mewarnai wad yang suram dengan aluanan azan, zikir dan bacaan quran.
Antara mereka juga golongan Elit, tapi Dunia di tangan mereka bukan di hati. Tapi entah mengapa, ketika kes banyak dari kluster Tabligh, ramai yang menjadi batu api, kecam sana-sini bagai selama ini ada suatu kemarahan dan kedengkian dalam hati mereka.
Kesian kan?
Nah, lihat la sekarang. Duduk hotel pun komplen makanan tak ada class. Minta dijauhkan dengan sifat dan perasaan sebegini dalam jiwa kita. Aminn...
Konsep zuhud ini bukan bermaksud kita kena pakai low class dan menolak kemajuan. zuhud yang senang faham adalah, duniawi ini tak memberi apa-apa kesan pada dirinya. Kalau ada masih rendah diri dan bersyukur, kalau tak ada masih berusaha memperbaiki dan pada masa yang sama bersyukur dengan apa yang ada.
Masalahnya ini apa yang dilihat masyarakat terhadap golongan Tabligh - sebuah perkumpulan yang dilihat mentaliti 'mundur' , lebih angkat tangan berdoa dari usaha , dan budaya gaya hidup yang melawan arus. Terus kena label 'pemalas' (lol)
Oh ye, kena tukar tajuk lagi la nampaknya ni!
Malaysia Covid-19 as of 1700 10 April 2020
Cases : 4346 (+118)
Death : 70 (+3)
YOU ARE READING
Liku-Liku PKP
No FicciónCoretan harian penulis ketika negaranya menghadapi kekalutan Covid-19