Kecoh.
Malam tadi selepas menulis coretan hari ke 17, masa tengah scroll twitter, ramai yang complain berlakunya transaksi 'Debit Card' yang tidak di ketahui oleh tuan punya akaun. Rata-rata adalah pengguna CIMB bank.
Transaksi bukan berlaku sekali, tapi berkali-kali dengan nilai yang berlainan.
Aku pun dengan gelabahnya pindah duit ke akaun Maybank aku. Masa tu pukul 1 pagi.
Esoknya aku usha Twitter sekali lagi. Kebanyakannya meroyan mengenai transaksi berkenaan dan merasakan kemungkinan besar data dan informasi kad mereka sudah diceroboh dan dimiliki oleh penggodam.
Aku (entah kenapa aku nak korek macam mana boleh jadi macam tu) , mengagau dalam internet yang menjumpai berita yang berlakunya data breach untuk beberapa buah bank termasuk CIMB. Tapi CIMB deny perkara tersebut.
Ada yang kat HouseParty app menyebabkan app berkenanan menyedut dan merekod transaksi dalam talian seperti Uber, Spotify dan Netflix. HouseParty menawarkan 80 000 pound untuk buktikan yang app mereka sudah ternoda.
Ada rakan pejabat yang sudah terkena. Kata mereka mungkin itu adalah transaksi Netflix dan Spotify sebagaimana yang dikhabarkan oleh pihak CIMB sendiri. namun nilai transaksi adalah tidak sama seperti sebelum ini. Boleh jadi yang oleh sebab yuran subscribe adalah dalam dollar, bank terpaksa tunggu tiga hari untuk dapatkan nilai sebenar penukaran wang asing antara USD dan MYR.
Perpun, demi keselamatan, duit aku dibawah jagaan Tok Rimau Kaya. Kata orang belum ada hacker yang berani godam Tok Rimau. Mengaum kuat. Lagi-lagi boleh menyamar jadi orang sebelum cekup orang jahat. haa.. tak tau!
Memang kecoh. Terutama di twitter. Tapi di Facebook? Krik krik.. whatsapp group keluarga pun senyap lain macam. Rata-rata sebenarnya tak awar pun ada situasi berkenaan. Eh? Milenials sahajakah yang menghadapi masalah ni?
Alhamdulillah aku rasakan harini cukup produktif. Beberapa video untuk youtube sudah siap dan juga mula mendapat kembali momentum untuk edit novel.
Terfikir nak jual ebook sahaja novel tersebut, tapi risau orang plagiat pula atau cetak rompak pula. Nak hantar ke Publisher, rasanya memang tak sempat la kalau nak release harini. Youtube pula sekadar no commentary walkthrough. Berangan nak buat channel vlog juga pada masa yang sama. Tapi masa mana masa?
In terms of macam, yeah aku over eating lagi harini. adeyh.. naik badan la aku ni nampaknya..
Malaysian Covid-19 as of 2330 4 April 2020
Cases : 3483 (+150)
Death : 57 (+4)
YOU ARE READING
Liku-Liku PKP
Non-FictionCoretan harian penulis ketika negaranya menghadapi kekalutan Covid-19