Bab 16

124 2 3
                                    

Rumah Datin Julia, majlis sambutan ulang tahun Gina.

"BANYAK kali aku call, Bob Marley kau dah bisu ke apa?"

Jasmeen beriak selamba dan tersenyum nipis. Suka hati oranglah, orang punya telefon. Apa hak mamat handsome ni nak arah-arah orang gaya Hitler ni. Orang datang ni pun dah cukup baik. Bob Marley pula dimarahnya.

Sejak subuh tadi (di Port Dickson) Fareez galak mengusiknya kerana menggunakan lagu Bob Marley, No Women No Cry sebagai ringing tone. Semuanya berpunca daripada panggilan telefon daripada Ferhad yang bertalu-talu.

Ferhad ni pun kalau call tak boleh berhenti selagi Jasmeen tak jawab. Faham sangat kerisauan Ferhad apabila pesanannya malam tadi akan kembali semula mengambil bibik tapi mana disangkanya idea 'otak senteng' jejaka di hadapannya ini mengundang seribu kekalutan. Pengahirannya dihantar mesej kapada Ferhad menyatakan Jasmeen bermalam di rumah sepupu mereka, Hana.

"I'm talking to you Jasmeen." Garau suara Fareez dalam kereta kira even, macam tu pun nak 'aci' main culik anak orang. Letak dalam bili diam-diam aje, kan? Jasmeen tersenyum sinis. Nak panjangkan hal tak pun tak guna sebab apabila melihat jarum jam mencecah tujuh setengah malam, pintu almari baju seluas empat pintu dibuka kesemuanya semata-mata membuat persediaan untuk melangkah ke sini. Ke sini, tempat yang tiba-tiba membuat Jasmeen menjadi bisu!

"Okey..."

Jasmeen terus jadi tak okey apabila melihat kelibat Gina yang muncul anggun dengan panne-velvet-maxi dress membalut tubuh Gina yang langsing. Bukan setakat tak okey, terus jadi bisu sehingga tak mampu menghabiskan ayatnya.

Dengan idea Fareez, pertemuan kedua Bersama Gina terasa serba-serbi tak kena. Juga terasa kerdil dirinya apabila membandingkan yang dia hanya tampil ringkas dengan python-print-silk-mousseline-blousE YSL dan sepasang silk-crepe pants berwarna ungu gelap. Jasmeen melangkah meninggalkan Fareez dan juga tergamam melihat kelibat Gina yang menuju ke arah mereka.

"Stay!" Fareez menarik kasar tangan Jasmeen sehingga Jasmeen terdorong ke pelukan Fareez menyebabkan tote bag yang dipegangnya terjatuh.

Haruman Polo Safari menusuk ke hidung Jasmeen, membuai perasaannya jauh ke pedalaman indah dan mengasyikkan namun, Jasmeen segera melarikan tangannya dan berpura-pura mengangkat Miu-Miu wool-felt tote yang terjatuh tadi.

Sempat pula Fareez tergelak melihat Jasmeen yang menggelabah.

Kurang asam punya mamat. Bisik Jasmeen dalam hati, tersangat geram dengan lagak selamba Fareez. Senyumannya yang selamba dan dahinya berkerut sedikit menyerlahkan dagu terbelahnya. Kalau tolak warna kulit, rupa dan gaya Fareez persis artis terkenal Hollywood dengan kedua belah tangan yang dengan selamba diseluk ke dalam poket jaket hitam yang dipadankan dengan T-shirt putih dan jean biru laut.

"Happy birthday, Gina. Wish you all the best and may your dream come true."

Jasmeen menutup kekalutan dengan memberi ucapan selama hari jadi kepada Gina. Segera dia meminta diri dari terlibat dengan 'cerekarama' Fareez-Gina. Walaupun Jasmeen yakin dia mempunya sedikit 'rasa' terhadap lelaki bernama Fareez itu namun rebound relationship atau menjadi orang ketiga bukanlah pilihannya. No way!

Bukit Gita Bayu, Sabtu

"TEMANKAN aku. Please."

Gadis Edisi TerhadWhere stories live. Discover now