Bab 18

100 1 0
                                    

Avillion, Port Dickson

"MEEN, jom la."

"Nak tidur la. Sunrise baru kejut."

Pap! Pintu bilik ditolak dari dalam. Rayuan Fareez untuk menemaninya memancing tidak dihiraukan. Kalau jarum pendek dah mencecah nombor tiga, otak pun boleh naik sewel tak tidur-tidur lagi ni. Ikan pum sedap tidur waktu cenggini. Desis hati Jasmeen sambi matanya merayap ke segenap bilik.

Sungguh tak menyesal ikut Fareez ke sini. Pemandangan yang terhad pada pagi yang gelap ini tetap tidak memudarkan suasana resort yang gah. Walaupun sampai sahaja di Avillion, perasannya bercampur baur. Pertamanya, rasa macam seronok sangat berada di tempat yang menarik dan mendamaikan hati. Keduanya, rasa macam jalang pun ada mengenangkan diri yang tengah mengekori seorang jejaka. Nasib baiklah Derrick, yang menyambut kedatangan mereka juga selaku tuan tanah awal-awal lagi sibuk memberitahu semua permintaan Fareez sudah tersedia. Pelik pula, bila masa Fareez tempeh bilik siap lengkap alat memancing.Hish...pelik! Ajaib!

Premium Water Chalet ini dilengkapi katil four-posture king size. Hiasan bilik juga amat moden dan santai dengan set cadar berwarna putih bersih. Di tepi tingkap disediakan pangkin day bed. Patutlah Fareez sempat buat lawak antarabangsa tadi.

"Meen, kalua aku mengantuk aku tidur kat pangkin, kau tidur kat katil."

"Kalau awak nak mati lemas sila la."

Kesudahannya Derrick yang tergelak sakan melihat telatah mereka berdua.

Di dalam bilik juga lengkap dengan televisyen flat screen, kemudahan Internet, peti sejuk mini, bilik air yang lengkap dengan tab mandi dan yang paling menarik perhatian Jasmeen ialah open sky bathroom. Marvellous baby! Terasa macam kat Hawaii pulak kalua dapat mandi sambal menghirup Udara laut yang segar dan nyaman ini.

Jasmeen melangkah ke tingkap. Ditolak sedikit tingkap dan di luar tersergam private balcony yang menghadap Selat Melaka. Hanya pintu gelangsar dua pintu memisahkan bilik dengan balkoni tersebut. Pagi esok pemandangan mesti cantik tak 'hengat' punya. Terasa seperti tidur di dalam sebuah rumah yang dibina di tengah-tengah laut apabila yang menyapa mata hanyalah seluas lautan yang masih gelap dan diterangi oleh bintang-bintang di langit sahaja. Thank you Fareez, this is so lovely. Bisik hati Jasmeen menyembunyikan senyumannya. Apa-apa pun kita tidur dulu!

Derrick tersengih-sengih melihat pasangan ini. Nampak sangat kelainan di wajah Fareez. Air mukanya yang sayu tapi mata yang bersinar-sinar apabila memandang Jasmeen.

"Wazzup?"

Fareez tersenyum. Batang pancing dicampak ke laut. Melihat lampu balkoni yang telah ditutup, Fareez yakin Jasmeen sudah memulakan peraduannya. Sleep tight, Meen!

Tempat memancing mereka punya cool, depan bilik Jasmeen sahaja. Apabila Derrick ajak pergi memancing kat port biasa mereka, Fareez membantah. Alasan dia, tak nak kalau Jasmeen tiba-tiba bangun nanar mencari mereka. Ingat Jasmeen budak tadika ke?

Derrick mencampakkan juga batang pancingnya.

Fareez mendiamkan diri. Soalan Derrick dibawa angin lalu. Tempat ini sejak diperkenalkan oleh Derrick yang sama-sama menuntut dengannya dalam bidang arkitek dulu terus menjadi tempat santainya yang wajib. Di kala hatinya kusut, di sinilah Fareez membawa diri. Fareez amat gemar dengan persekitarannya yang damai.

Gadis Edisi TerhadWhere stories live. Discover now