Bab 22

173 2 4
                                    

"BOS." Jaclyn sudah lenguh mengetuk pintu.

Bukannya dia tak Nampak Fareez yang sedang bersandar di kerusi sambil memejamkan mata. Tahu sangat bosnya tengah mencari ilham kalau bersandar tenang, pejam mata dan CD terpasang menyuntik aura bekerja yang santai.

Atau kali ni betul Fareez tengah tidur? Pernah di awal perkhidmatannya di Modenreka, Jaclyn menyangkakan Fareez tengah tidur dengan gaya begitu. Lantas, dia menyusup masuk perlahan ke dalam bilik Fareez dan meletakkan dokumen di atas meja. Sempat Jaclyn mengomel mengata Fareez yang sedap tidur. Alih-alih Fareez membuka mata sambil tersenyum dan buat-buat tanya 'I beg your pardon?'. Saat itu Jaclyn terus rasa macam nak ghaib aje dari muka bumi ini. Malu!

"Bos!" Jaclyn meninggikan suara mengharapkan Fareez berpaling.

Tak habis-habis dengan rock kapak. Macam mana entah dapat ilham dengar lagu 'keras' macam tu. Jaclyn merungut dalam hati. Lagu yang kerap dimainkan apa lagi kalau bukan House Of The Rising Sun. Jaclyn pun dah hafal lagu tersebut. Silap hari bulan, suruh main gitar lagu tu pun Jaclyn boleh. Macam dah terngiang-ngiang dalam kepala irama lagu tersebut.

"Masuk, Jaclyn." Fareez membuka mata apabila menyedari Jaclyn yang berada di luar bilik sambil mengepit beberapa dokumen.

"Ada apa?" Fareez menyuruh Jaclyn duduk dan perbualan terus berarah ke urusan perniagaan

"Two things."

"Shoot."

"Firstly, this new project. Ada apa-apa revision lagi?" Jaclyn membuka fail projek perumahan yang baru dianugerahkan kepada Modenreka dan menunjukkan beberapa keping pelan kepada Fareez.

"Jap." Fareez menolak kerusi beroda yang didudukinya ke arah set audio canggih yang terletak di sudut bilik dan mengambil alat kawalan jauh di atas meja tepi.

"Aik, lagi kuat bos? Ingat nak tutup terus lagu tu," tegur Jaclyn apabila Fareez memegang alat kawaln jauh pemain CD yang disangkanya mahu ditutup tetapi diulang kembali oleh Fareez lagu tersebut dengan kuat.

Oh mother tell your children

Not to do what I have done

Spend your lives in sin and misery

In the House of the Rising Sun

Fareez menyanyikan lagu tersebut sambil tangan dibuat gaya memetik gitar.

Haruklah bos aku ni. Desis Jaclyn dalam hati melihat gaya Fareez.

"Can you catch up anything relates to your work in this song?"

"Like what?"

"How misery it will be to live in the House of the Rising Sun. Does it enough to knock your idea?'

'Corner lipat' la pula bos aku ni. Jaclyn merungut-rungut dalam hati dengan sikap Fareez yang tak pernah berubah. Nak menyampaikan sesuatu mesti nak suruh orang berfikir dulu.

"Well incorporated, boss. All units will be built with a north-south orientation to limit heat build-up inside the house to reduce the need for mechanical cooling."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gadis Edisi TerhadWhere stories live. Discover now