:(1

12 0 0
                                    

-2009-

Eili membuka matanya perlahan perlahan. Dia mengusap kepalanya pada bahagian yang sakit terhantuk pada batu itu.

"Geng"

"Geng"

"Pipa dah bangun"

Jerit seorang budak lelaki yang kelihatan sekitar umur 8 tahun yang berada di hadapan Eili.

Dua orang budak perempuan yang berada agak jauh dari kedudukan mereka lantas berlari menuju ke mereka yang berada di bawah pokok.

"Wah, selamat kita"

Kata seorang budak perempuan dengan nafas tercungap cungap.

Kedua dua orang budak perempuan itu menarik nafas lega.

"Kau okay ke tak ni Pipa?" 

Eili  kelihatan bingung dengan segala yang terjadi. Matanya memandang ke kiri dan kanan. Tiba tiba Eili menangis.

Mereka yang lain terkejut melihat Eili menangis. Mereka segera memujuk dia.

-2014-

Eili tersedar dari lamunannya. Jauh fikirannya terimbau kenangan lima tahun lepas. Di saat si DIA muncul, muncul dalam fikirannya.

"Eiliyana? Berdiri, berdiri cepat"

arah senior perempuan di hadapannya itu. Mukanya kelihatan seperti menahan marah. Dia tersenyum fake ke arah Eili.

Sebelah tangannya memegang mikrofon dan sebelah tangannya lagi menunjuk gaya suruh berdiri ke hadapan.

Eili segera berdiri . Tiada sedikit pun getar yang kelihatan di raut wajahnya.

"Akak cakap punya lah panjang lebar kat depan ni. Hampa termenung tengok apa kat tingkap tu?"

"Sorry"

Hanya sebaris perkataan itu yang terlucut dari bibirnya.

Fasilitator itu melepaskan nafas keluhan.

"Okaylah duduk. Semua please fokus untuk dengar akak briefing aktiviti esok. Akak tak nak apa apa yang buruk jadi waktu tengah daki Bukit Tumpul esok. Boleh tak semua fokus?"

"Boleh"

~~~~

"Eili, hang ni dah kenapa?" tanya Rita ketika mereka berjalan keluar dari dewan besar.

"Entahlah,aku pun tak tau apa yang merasukiku," balas Eili.

"Amboi, macam lirik lagu je tu," balas Memey yang baru saja datang itu.

Dia meletakkan tangannya di atas bahu Eili yang berada di tengah tengah antara mereka.

Eili dan Rita  melihat ke arah Memey pelik.

"Apa? Jalan la"

Arah Memey.

Mereka berdua pun mulai berjalan meninggalkan dewan besar diikuti Memey yang berada di belakang.

Suasana tengah malam pukul 12 yang sejuk dan sunyi tanpa bunyi,hanya bunyi cengkerik yang kedengaran waktu itu.

"Haih, nasib kita dua lah.. Kena jalan dengan dia ni" cakap Rita kepada Eili perlahan.

"Aku dengarlah".

Kata Memey kuat kuat.

Sejurus selepas Memey bercakap,kedengaran bunyi  tikus yang dilakukan oleh pelajar lelaki apabila mereka melalui sebelah aspura (asrama putera). Hmph. No coice.Laluan itu merupakan laluan terdekat yang mempunyai lampu untuk  menuju ke aspuri (asrama puteri).

Mereka bertiga berjalan laju laju meninggalkan kawasan aspura.

"Bunyi apa tu? What is that?" tanya Rita.

"Tu bunyi bila lelaki catfishing. Tapi kat sini depa panggil, test power. Based on what yang akak dorm aku cakap lah."

"Pastu, kenapa diaorang nak buat bunyi macam tu?" tanya Memey yang tiba tiba  menyelit di tengah.

"Sebabnya depa nak test lah, kalau perempuan tu tengok belah lelaki yang buat bunyi tu.. Means perempuan tu belen.. Macam perempuan yang easy lah kiranya."

"Eh, boleh pulak kira macam tu."

kata Rita, hairan dengan pemikiran lelaki di situ dengan disokong oleh Memey yang mengangguk angguk di tengah.

"Entahlah wei. Pelik pelik kan sini? "

Kedua dua mereka mengangguk angguk bersetuju dengan  statement Eili.

"Dahla, aku naik bilik aku dulu Rita. Jumpa esok pagi orientasi," kata Eili sebaik sahaja mereka tiba di aras 2.Dorm Rita di aras 2 manakala dorm Eili di aras 4.

"Bye bye."

Eili melambai tangan ke arah Rita dan menunggu serta melihat dia masuk ke dalam dormnya.

Dia berasa agak sedih kerana tidak dapat sebilik dengan Rita, rakan baiknya itu sejak dari tadika lagi. Walaupun mereka berdua pergi mendaftar bersama, mereka tidak mendapat dorm yang sama. Walaupun Rita berkeras hendak mereka berdua bilik bersama, sehinggakan dia menangis dan duduk di lantai, tidak mahu bergerak..tetap tidak mampu mengubah keputusan pelajar yang menjaga pendaftaran waktu itu.

"Yang hampa ni dorm mana Memey?" tanya Eili.

"Bilik 3C4/A"

"Oh, really?"

"Yap kenapa Eili?"

"Dorm hampa sebelah kami lah kalau macam tu"

"Wah, ini ialah takdir" kata Memey

"Hahaha," gelak Eili.

"Btw, I am so sorry dengan  Rita tu."

"Tak ape lah. Dah biasa. Saya tau, memang semua orang tak suka saya pun"

"Hmph. Dia tu, nampak je kasar.. tapi dia tu baik hati. Kadang kadang, dia ni cepat percaya dan terikut orang. Maafkan dia ya. Kami harap kita bertiga boleh jadi kawan rapat"

Memey mengangguk sambil tersenyum lebar. Matanya kelihatan bersinar sinar mendengarkan apa yang keluar dari mulut Eili.

"Jujur kamj cakap, kami seronok dapat berkawan dengan hampa. Hampa satu satunya budak girl batch yang nak kawan dengan kami."

"Alah, awal awal ni.. Nanti lama lama, semua orang okay punya dengan hampa. Just bear it for a while ok?"

Memey mengangguk sambil tersenyum.

Mereka berdua sambung berbual sambil menaiki tangga.



LoVe You LiKe A LoVe SoNgWhere stories live. Discover now