PAP
"Adui, sakitlah.."
Eili berpusing ke belakang, melihat siapa yang menyepak dia itu.
Riz.
"Hang dah kenapa ni?"
Eili melihat Riz dengan wajah yang serious.
"Ingatkan beg sampah yang berjalan," balas Riz.
Darah Eili menyirap.Mukanya menjadi merah. Dia cuba menahan sabarnya. Dia menarik nafas dalam dalam dan menghembus perlahan lahan.
Dia tersenyum ke arah Riz.
"Sokay, dimaafkan"
Dia kata kemudian berlalu meninggalkan Riz.
Riz tersenyum dan ketawa melihat Eili yang berjalan di hadapan.
"Kau kenapa ni? Muka kau tak chill ni"
"Nothing lah."
"Tadi, kau dengan Riz kenapa tu?" tanya Memey.
"Tak ada apa," balas Eili ringkas.
"Eii, bunga bunga cinta dah berputik.. Wuuu,"kata Memey mengusik.
" Ish, apa hang merepek ni?"
" Taklah, tadi pun kena denda sekali.. Lagipun, aku perasan yang Riz ni dia tengok kau semacam jaaa"
"Hang berangan ja tu."
~~~~~~~~
Eili membuka matanya. Sudah seminggu berlalu semenjak hari hiking Bukit Tumpul dan bermakna sudah seminggu orientasi tamat.
"Perhatian kepada semua warga aspuri, anda mempunyai masa selama tiga puluh minit lagi sebelum inspection diadakan."
Eili segera bangun terduduk melunjur.
Dia mengambil jam di tepi katilnya.
Jarum besar menunjukkan pada nombor 8 dan jarum kecil pada nombor 12.
" Argh, shit"
Dia segera bangun berdiri. Dia kalut kalut mengambil towel dan baju. Dia berlari keluar dari dorm menuju ke tandas.
Selesai sahaja mandi, dia tergesa gesa menuju ke dormnya.Dia berjalan menuju ke lokernya.
"Eili,kami nak hampa buang sampah tau,"kata Kak Nana.
" Okay. "
Eili membawa keluar plastik sampah dari laci. Dia bergerak keluar dari dorm.
Plastik sampah dibuka dan di sarungkan pada bakul sampah itu. Kemudian dia menterbalikkan bakul sampah itu.
Plastik sampah yang sudah terisi dengan sampah diikat.
" Perhatian kepada semua warga aspuri, anda diminta untuk berkumpul di kompaun aspuri sekarang juga"
Eili berjalan menuruni aspuri bersama dengan plastik sampah yang hendak dibuang di tangannya.
"Hey, lambat naa haghi ni orang tu," tegur Rita
"Aa, aku mimpi hiking Bukit Tumpul hari tu."
"Oh."
"Pastu, kau mimpi apa ja?" tanya Memey yang beratur di sebelah.
"Aku mimpi dari awal sampai lah part Riz muncul."
"Haaa, Riz?" tanya Memey pelik.
Terlajak perahu boleh di undur, terlajak cakap, KO.

YOU ARE READING
LoVe You LiKe A LoVe SoNg
Romance~Kerana aku keliru, kau ialah satu mimpi atau realiti?..~ How can it be only a dream if my mind can remember your fragrance? I will live till that day come. I will wait and see whether you are my destiny or only a plaything dream. There is the tim...