"Perhatian kepada pelajar puteri tingkatan satu, anda diminta untuk berkumpul di kompaun aspuri dalam masa lima minit "
Eili menyarungkan kasut di kakinya.
"Hei, jom pergi sekali"
Terpampang seketul muka Memey di kaca mata Eili.
Eili tersenyum sungging. Terkejut dengan kehadiran Memey.
'Tadi tak dak pun budak ni. Terkejut aku'
"Eili?"
Memey melambai lambai di hadapan Eili yang termenung seketika itu.
"Ha ha. Jom"
Mereka berdua turun dari aspuri menuju ke kompound aspuri yang berada di bawah sekali tapi masih di dalam kawasan asrama.
Semua pelajar perempuan tingkatan 1 berkumpul di situ untuk mengambil kehadiran sebelum bergerak ke pintu gate utama untuk berkumpul dengan pelajar lelaki untuk memulakan aktiviti hari ini, mendaki Bukit Tumpul.
"Sini pun hang Eili, punya lah aku duk cari"
Tegur Rita.
"Aku pun tak nampak hang.Duk caghi gak mana hang ni."
Mata Rita yang tertumpu pada Eili beralih pada Memey di sebelah.
"Ei, budak ni pun ikut kita kenapa ni?"
"Rita, tak baik cakap macam tu"
Tegur Eili.
"Eleh, biarlah kat aku. Eili tak kata ape pun," kata Memey sambil menjulingkan matanya ke atas dan memuncungkan mulutnya.
"Ei, dia ni. Annoying lah. Aku rasa nak sepak ja dia ni"
"Eleh, kau tu pun annoying lah. Macam lah kau tu bagus sangat."
Kedua dua mereka bertentang mata dengan Eili yang berada di tengah. Eili hanya mengeras di situ tapi dengan wajah yang cuak, risau jika keadaan jadi lebih buruk.
"Okay okay, semua berkumpul dalam kumpulan."
Kedua dua mereka berhenti dan berpusing ke arah fasilitator yang sedang bercakap itu.
"Alaaa, kenapa pergi ikut group?Aku nak daki satgi dengan hang," kata Rita sambil memuncungkan mulutnya.
"Tak pa, nanti kita jumpa la kat puncak satgi. Amik gambaq sekali," kata Eili.
"Ok, cun"
"Cepat cepat bergerak, tunggu apa lagi. Nak tunggu matahari terpacak,burung burung berterbangan pulang ke rumah, langit pun mulai----"
Seorang fasilitator perempuan merampas megaphone yang dipegang oleh fasilitator lelaki itu. Fasilitator lelaki itu menggaru kepala sambil tertawa kecil.
"Semua cepat beratur lepas dah duduk dalam kumpulan. Buat empat line. Okay gerak sekarang"
Eili yang melihat kejadian itu tertawa kecil kemudian bergerak ke arah kumpulannya. Semua pelajar bergerak dan berbaris seperti yang diarahkan.
"Okay, boleh start jalan dah ye. Mula dengan kumpulan satu dulu jalan diikuti dengan kumpulan dua dan seterusnya"
Semua pelajar tingkatan 1 dengan dipantau fasilitator fasilitator berjalan kaki menuju ke Bukit Tumpul memandangkan jarak Bukit Tumpul dengan sekolah mereka yang dekat itu. Sememangnya mendaki Bukit Tumpul merupakan satu tradisi yang akan dilakukan ketika orientasi pelajar tingkatan 1 di sekolah itu.
Sesampai sahaja di hadapan Bukit Tumpul itu, pelajar pelajar makan roti sebagai sarapan sebelum memulakan pendakian.
"Okay, adik adik semua. Akak nak nak hampa semua naik sampai puncak. Berjalan dengan kumpulan hampa, tak nak jalan sorang sorang. Kalau ada sakit tiba tiba, bagitau akak or abang fasi okay. And kumpulan akan digabungkan supaya berjalan nanti tak berselerak. So, kumpulan 3 berjalan dengan kumpulan 5.Kumpulan 1 with kumpulan 6 dan kumpulan 2 dengan 4"
"Eili, kita jalan dua lah satgi. Yeay, ada jugak geng," kata Memey dengan raut wajah yang ceria.
Eili turut tersenyum lebar sambil mengangguk angguk.
"And satu lagi akak lupa. Sekarang pukul 9 pagi, hampa ada masa 2 jam lebih untuk mendaki and turun balik. Pukul 12 tengahari kena berkumpul dekat bawah ni balik. Faham tak semua?"
Semua mata fokus pada akak fasilitator itu.
"Faham"
"Ala, takleh jalan dengan hang Eili," kata Rita dengan raut wajah yang sedih.
"Tak pa, aku ada boleh teman Eili."
Kata Memey sambil memeluk lengan Eili.
Eili hanya tersenyum sungging.
"Ish dia ni. Wekk," Rita menjelir lidah kepada Memey.
Memey pun membalas.
"Dah dah, semua nak gerak dah tu."
"Yelah."
Balas Rita, lemah.
"Kau jalan elok elok tau. Nanti kita sampai puncak kite bergambar"
"Yelah. Hang tu pun, jalan elok elok dengan Eili. Eili tu kadang kadang kuat berangan, pastu dia jadi lambat lah"
"Haha, biar betul..."
"Ish, kau ni mana ada. Dia tipu tu," kata Eili sambil mencubit lengan Rita sekejap.
"Adui, haa jom. Jalan dulu bye"
"Bye"
"Bye"
Kelibat Rita dan kumpulannya hilang dari pandangan.
"Okay, last group.. Group 1 and 6.All the best. Kasi menang. Kasi bangga abang Jojo kita," kata abang Said sambil tangannya disua ditunjuk ke arah abang Jojo yang sedang memegang kameranya sambil tersenyum.
Mereka pun memulakan pendakian. Mereka dikehendaki mendaki bukit itu menggunakan jalan tar berbanding jalan trek hutan yang memakan masa lebih lama.
YOU ARE READING
LoVe You LiKe A LoVe SoNg
Romance~Kerana aku keliru, kau ialah satu mimpi atau realiti?..~ How can it be only a dream if my mind can remember your fragrance? I will live till that day come. I will wait and see whether you are my destiny or only a plaything dream. There is the tim...