Petang tu saya buka facebook setelah selesai menyain checkroll. Banyak sangat post al-fatehah dari rakan-rakan di estet lama tempat saya bekerja. Setelah baca komen satu persatu, barulah saya faham, seorang pekerja di sana telah meninggal dunia akibat kemalangan. Mati on the spot. Sebenarnya saya kenal sangat dengan mangsa tu sebab dia kerja dibawah jagaan saya dulu. Nama dia Aloy.
Saya terus tanya kawan saya yang juga nurse di estet itu.. Dia bagitau, kejadian tu sekitar jam 2:00 -2:30 petang. Masa kami chat tu dalam jam 4.15pm, saya masih di office.
Hampir tengah malam tu, sekitar jam 11.40 pm saya buka facebook lagi. Saya terbaca post dari Tommy yang kini menetap di Shah Alam kerana bekerja di sana. Sebenarnya dia ni dulu kerja di estet lama tempat saya kerja, family dia pun masih bekerja di sana, cuma si Tommy saja yang telah memilih mau bekerja di bandar.
Banyak post gambar kenangan dia dengan Aloy. Oya, Tommy ni sebenarnya seorang yang sangat peramah dan baik orangnya. Itulah orang² di estet tu suka berkawan dengan dia.
Tapi yang menarik perhatian saya ialah caption yang dia letak bagi gambar-gambar dorang."Aku masih tak percaya dia pergi. Kami baru chatting tadi petang jam 2:30-4:00pm"
Dalam post dia tu, ada satu video yang memaparkan messenger Chat antara dia dan AloyAku cepat² pm dia melalui Whatsapp
"Tom, betulkah ko chat sama si Aloy tadi?"
"Tuan.. betulkah tu si Aloy passed away? Aku inda percaya?" Dia tidak menjawab sebaliknya menanya saya semula.
"Ya betul tu Tom."
"Tuan pastikah? Aku ada berchat dengan dia petang tadi sebelum aku masuk kerja jam 5:00"
"Kau biar betul Tom, dia meninggal dalam 2:00-2:30 petang tadi tu. Bukan kemarin ka kamu chat?"
"Tidak tuan. Betul kami chat tadi petang. Sebentar aku bagi tuan video tu."
Dengan sabar saya menunggu video dari Tommy. Dia rakam video tu dengan menggunakan hp lain. Ya betul kalau dikira jam yang dorang chat tu memang dalam sekitar 2:00-4:00pm hari yang sama! Tapi yang lebih mengejutkan saya, si Aloy chat secara voice. Memang sah suara dia. Mana mungkin saya tidak kenal suara tu 7 tahun saya bersama dia!
"Saya gilakah ni tuan? Tuan.. aku gilakah ni?" bertubi-tubi Tommy bertanya kepada saya. Saya tiada idea.
"Entahlah Tom. Cuba kau chat lagi sama dia. Sebab dia sekarang di hospital akan dibedah siasat."
"Tuan, esoklah ya.. belum siap kerja ku. Lagipun aku naik seram bah tuan tengah malam gini."
Sebenarnya Tommy sedang berehat masa tu. Dia shift malam, kerja kilang.Keesokannya Tommy hantar mesej di Whatsapp kepada saya.. "tiada balasan sudah tuan."
Sampai sekarang kami masih memikirkan perkara itu. Kalau dia chat secara text, mungkin boleh jadi ada orang yang menyamar sebagai dia. Tapi ini.. voice mesej dengan suara memang milik Aloy.
![](https://img.wattpad.com/cover/217451928-288-kd185bd.jpg)