PART I

34 2 0
                                    

Ketika sedang berjoging, tiba-tiba rintik hujan menyentuh cermin mata Natrah. Hujan yang pada mulanya manja bertukar ganas jatuh memanah ke kulit Natrah dan kawan-kawannya.

Mereka berlari sekuat hati mencari tempat berteduh. "Weh kat situ ada rumah lama, stop situ beb, lebat gile nih" - May.

Mereka membututi May ke arah rumah usang tak berpenghuni itu. Ada beberapa buah kerusi dan meja di perkarangan rumah itu, mereka menumpang duduk sambil melepaskan carutan keras kerana terperangkap di situ.

Aizat cuba menghubungi mama dan abahnya
untuk mendapatkan bantuan melalui iphone 11 Pro Max, tetapi tidak berjaya. Mereka mula redha dengan menunggu hujan berhenti.

Aizat yang mula bosan mengalihkan tumpuannya dengan melayan rakaman video masuk air di Youtube, Natrah pula melayan Tiktok lelaki hot dan May memandang air hujan dari langit yang membentuk lopak air sambil merenung nasib.

Tiba-tiba lampu jalan terpadam. Sekelip mata kawasan itu menjadi gelap yang tidak berpenghujung. Natrah mula panik, sambil terkumat kamit bertasbih. Dia dengan gelojoh menekan punat flash light daripada telefonnya.

Ketika Natrah menghalakan flash light ke kiri dan kanan. Natrah tiba-tiba dirasuk ketakutan. Nafasnya menjadi pendek, dan dengup jantungnya menghentam laju. Fikirannya bercelaru.

Natrah sendirian di rumah usang itu. May dan Aizat sudah tiada lagi di sisinya. Natrah mula duduk merangkul tubuhnya. Dia terlalu takut sehingga menggigil.

Di manakah Aizat dan May? Apakah mereka disembunyikan? Dimana mereka menghilang? Natrah berilusi atau ini cuma prank gila seperti dalam rancangan televisyen Bang Bang Boom?

Tinggalah Natrah keseorangan di rumah usang yang gelap dan sejuk dengan hujan yang makin lebat menghentam bumi.

Tiba-tiba pintu rumah usang itu bergegar dengan sangat kuat. Seperti dihentam dengan penuh amarah. Natrah yang terkejut automatik terbangun dan setapak menjauhi kawasan pintu rumah itu. Tubuhnya kini basah terdedah dengan hujan kerana telah melepasi kawasan berbumbung.

Natrah cuba menghalakan cahaya flash light telefon pintarnya ke arah pintu yang sedang bergegar itu. Sedetik kemudian, pandangan Natrah terpaku pada sepasang mata yang sedang memerhatikannya di kawasan tingkap yang pecah dari sebelah dalam rumah usang itu. Mata itu seperti mengejek kepada Natrah dengan penuh sinis.

Natrah cuba untuk berlari menjauhi rumah usang itu, namun kakinya dirantai. Terikat dan tak mampu bergerak. Dia mula menangis sambil menjerit memanggil Aizat dan May. Dia memejam rapat matanya sambil menampar nampar pipinya. Dia berharap agar semua ini hanyalan khayalan atau dia cuma sedang bermimpi. Namun semua itu hanya sia-sia.

Natrah mendengar suara May dan Aizat dari kanan memanggil namanya dengan intonasi yang mendayu-dayu. "Natrah... tolong kami... Natrah... to oo lonn gg..."-May dan Aizat.

Natrah membuka matanya perlahan-lahan. Natrah sangat terkejut kerana sekarang dia seperti berada di dimensi yang lain. Dia berada di suatu dimensi yang gelap dan tiada penghujung, Natrah terapung di tengah dimensi ini. Dia melihat cuma ada satu cahaya yang muncul jauh di suatu sudut.

Natrah cuba menolak badanya seperti gaya berenang tetapi tidak berganjak. Tiba-tiba graviti menariknya ke bawah. Dia terjatuh dan muncul satu lubang besar menyedut tubuhnya mengelongsor ke dalam satu saluran. Tubuhnya dibaham saluran itu sehingga ke penghujung yang misteri.

Akhirnya saluran itu tamat dan lenyap. Natrah terjatuh di sebuah padang pasir yang sangat panas. Di situ cuma ada Natrah, padang pasir dan sebuah pokok sebesar raksasa dengan anggaran 5 kilometer jauh dari tempat dia terjatuh.

Natrah terlalu letih dan dahaga. Dengan langkahnya yang longlai dia cuba menuju ke pokok gergasi itu, semakin dia ke hadapan, semakin jauh pokok itu darinya. Tenaga dan kudratnya mati dibaham terik mentari. Fikirannya melayang, pandangannya semakin kabur. Natrah jatuh tersungkur sendiri di tengah padang pasir yang sangat tandus. Kini hanya desiran angin dan debu pasir yang menemaninya.

SENTUHWhere stories live. Discover now