PART II

17 1 0
                                    

Flashback [30 minit sebelum kejadian]

"Weh macam nak hujan ni. Jom ah balik. Takut nanti tak sempat balik rumah. Dahlah jauh lagi ni"-May

"Jap aku tanya siri. Hey siri, show me the current weather."-Aizat

Siri pun menjawab soalan Aizat dengan paparan info ramalan 60% hujan bakal turun pada 10 malam.

"Sempat lagi ni. Takpala pi sat ja kat kedai tu. takut kempunan pulak budak ni nanti."

Mereka pun pergi ke sebuah rumah yang membekalkan aiskrim Malaysia yang menjadi bualan penduduk di kawasan itu.

"Assalamualaikum.Saya nak beli aiskrim ni"- Aizat

Keluar serang pakcik usia lewat 40-an

"Walaikumussalam. Ada. Kejap ye. Nak aiskrim apa?"

"Jambu satu, asam boi satu"

Pakcik itu pun mengambil aiskrim dalam peti ais yang ada di kawasan dapur rumahnya dan menghulurkan kepada Aizat. Aizat memberikan duit 20sen sebanyak 3 keping dan 50sen sekeping. Bersamaan dengan RM1.10.

Pakcik tu mengambil duit daripada Aizat tanpa melihat jumlahnya. Lalu Aizat membuat isyarat ke tangan pakcik tu bahawa dia patut memberikan baki sepuluh sen kerana sebatang aiskrim cuma berharga 50sen.

Pakcik itu tersipu malu dan masuk mengambil duit baki. Pakcik itu menghulurkan duit baki bersama sebatang lagi aiskrim warna pelangi yang kelihatan sangat menarik. Sedekah katanya. Aizat pun mengambil aiskrim tu dengan wajah yang bersinar-sinar sambil berkali-kali mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

"Muka rezeki beb. Ko tengok aku dapat eskrim free. Nah yang free ni untuk Natrah. Aku nak asam boi. Jampu amek kat May"-Aizat

Mereka pun menikmati aiskrim itu di tepi jalan. Sehingga ke titisan akhir aiskrim itu kerana terlalu sedap.

Bak kata Natrah "sedap yakmat"

SENTUHWhere stories live. Discover now