PART III

14 0 0
                                    


Aizat terbangun daripada pengsan. Dia membuka matanya dan berasa aneh dengan persekitarannya. Aizat kini berada di sebuah kamar yang sangat besar. Bilik itu dihiasi dengan bunga mawar merah serta mutiara yang berjuntai pada dinding dan tiang-tiang bilik itu. Aizat merasa kagum dengan seni bina serta ukiran yang sangat terperinci di setiap sudut itu.

Disebelah kiri Aizat terdapat sebuah meja yang di atasnya terhidang makanan yang kelihatan cukup lazat. Ada segelas air yang berwarna merah jambu. Aizat tertarik lalu mengambil gelas itu lalu meneguk airnya dengan gelojoh kerana terlampau dahaga.

Hampir tersembur air yang diminum Aizat apabila dia disapa oleh oleh dua orang pemuda yang entah daripada mana datangnya.

"Korang ni sape? Aku kat mana sekarang? Aku dah mati ke? Ni syurga ke?"

"Kami dari kerajaan bunian. Saudara sekarang berada di Perkampungan Agliora Megnata. Ada seorang penduduk kampung kami mengatakan bahawa dia melihat saudara jatuh daripada sebuah lubang dari langit. Katanya lubang itu seperti puting beliung yang muncul seketika dan lenyap sekelip mata. Ia memuntahkan saudara ke kawasan kampung ini. Jadi pihak pertahanan dan pertubuhan teknologi futuristik alam bunian sedang melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian ini. Saudara sekarang berada dalam pemantauan kami"

Aizat dalam keadaan separuh bogel, hanya separuh badanya cuma dilitupi dengan selimut putih tebal cuma menampakkan dadanya yang bidang.

"Boleh berikan saya pakaian dan privacy sebentar?"

"Baiklah" -jawab dua orang pemuda itu serentak

Mereka pun beredar dari situ dan memberikan ruang kepada Aizat untuk memakai pakaian yang diberi mereka.

Sementara itu. Puak bunian di perkampungan itu sedang kecoh bergosip dan membawang tentang berita kemunculan Aizat. Banyak spekulasi, jalan penceritaan yang asli dan ditokok tambah telah disebarkan.

SENTUHWhere stories live. Discover now