07|NIKAH

823 27 19
                                    

Dengan sekali lafaz sahaja, Safira Umairah sah menjadi isteri kepada Hayyan Rafael. Dia memandang wajah Safira yang manis ayu tertunduk malu dihadapannya.

"Oi budak, bak tangan kau" kata Hayyan perlahan.

Safira menjeling tajam Hayyan. Ceh! Baru nak acah-acah malu gitu. Spoil! Dia menghulurkan tangan kepada Hayyan. Hayyan menyarungkan cincin di jari manisnya. Kelihatan cantik cincin permata yang disarung dijarinya sebentar tadi.

Juru kamera yang sedang menangkap gambar mereka berdua mengarahkan mereka agar kelihatan lebih mesra. Mana taknya dedua duduk jarak 1 meter antara satu sama lain, nampak sangat macam tak rela.

"Rapat lagi pengantin perempuan dengan pengantin lelaki" arahan juru kamera.

Dengan mukanya yang tidak rela itu, dia merapatkan jurang antara dia dengan Hayyan.

"Okey cun! Pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan, pengantin perempuan cium tangan pengantin lelaki" arahan juru kamera lagi.

Safira dah tercegang. Halamak! Nak bercium pulak.

"Cepatlah cium tangan aku, bukanya dia suruh cium aku pun" kata Hayyan selamba.

"Eleh, memang la... Tapi, saya tak 'SUKA'" balas Safira sambil menekankan perkataan itu.

Juru kamera menangkap gambar mereka dengan profesional. Safira dah naik bosan dari tadi diarah untuk berbuat pelbagai gaya bersama Hayyan.

Keluhan berat dilepaskan.

"Belajar pun penat, kahwin pun penat! Uhh..." Mengeluh Safira sambil bermain cincin dijarinya.

"Ikan buntal macam kau, makan je tak penat" menyampuk Hayyan dari belakang.

"Sibuk je, suka hati saya la. And... Sesuka hati awak je erk, panggil saya ikan buntal!" geram Safira.

"Apa? Betul apa. Tengok pipi kau yang tembam tu. Sama kan macam ikan buntal" kata Hayyan sengaja mengapikan.

Dalam hatinya sudah bantai gelak melihat kemerahan wajah Safira menahan marah.

"Mana ada! Pipi saya kurus!" kata Safira menafikan.

"Tengok pun, dah terbukti pipi kau tembam"kata Hayyan bangga.

"Apa? Mananya bukti?" kata Safira mengecilkan matanya.

"Buktinya, aku geram nak cubit pipi kau" balas Hayyan.

Hayyan mencubit pipi Safira. Akhirnya dapat juga dia sentuh pipi gebu gadis dihadapannya.

"Ish! Apa ni cubit-cubit pipi orang!" marah Safira sambil menepis tangan Hayyan.

Hayyan menahan gelak melihat Safira marah. Amboi dua burung sejoli ni, nanti ada yang jatuh hati kang. Hehe.

"Amboi... Dua burung sejoli ni, bergurau senda" tegur Mama Hayyan.

"Mama! Tengok Hayyan, kacau fira" kata Safira sambil mencebik bibir.

Hayyan mengajuk kata-kata Safira. Safira menjeling tajam Hayyan. Urgh!

"Hayyan..." tegur Mama.

"Ala ma... Hayyan saja je, yelah... Kahwin dengan budak kan, terikut-ikut pulak" perli Hayyan sambil memandang Safira.

"Ish... Hayyan ni, buat perangai elok sikit. Kamu tu dah besar" kata mama

"Yelah... Yelah..." Mengalah Hayyan.

Takpe, kau tunggu aku kenakan kau malam ni. Idea nakal muncul di akal fikiran nya.

××××

MY HUBBY, IT'S YOU! ✓[HOLD]Where stories live. Discover now