M&F 29

192 20 0
                                    

          "Abang buat apa tu?"

          "Huh?"

          "Berangan eh? Sejak bila pandai berangan ni?" Iman cuit hidung Naufal.

           "Tak beranganlah. Just, teringat kenangan lama" Naufal sengih. Entah macam mana dia boleh teringat saat-saat Iman diculik.

           Tak tragis, tak sedih sangat. Tapi bila fikir balik, kelakar pun ada. Apa bendalah diorang ni?

          "Hey twinnie. Are you awake?" Naufal lekapkan telinganya ke perut isterinya. Menghitung hari untuk Iman melahirkan.

          "Janganlah selalu sangat panggil diorang twinnie. Bagi nama boleh?" Iman cekak pinggang. Twinnie, twinnie.

          "Oh, abang tak bagi tahu sayang lagi ke abang nak letak nama diorang apa?" Iman geleng. Seingat dia, takde.

           "Najmina Aulya dengan Nukman Awwaz. Okay kan?" Naufal angkat kening.

           "Ee sedapnya nama! Pandai abang pilih" Iman bertepuk tangan suka. Tangannya mengusap perut yang sudah memboyot.

          Iman mengambil tempat berhadapan dengan Naufal diatas katil. Dia pegang kedua dua tangan Naufal. Mata memandang tepat kedalam anak mata satu sama lain.

          "Abang, saya nak cakap something boleh?"

          "Hm?" kening Naufal terjungkit.

          "Let it out" Naufal senyum, walaupun dihatinya penuh tanda tanya.

          Iman mengambil nafas seketika. "Abang sayang saya tak?"

          "Sayang kenapa ni?" Naufal mengusap wajahnya. Memandang anak mata yang telah membuatnya jatuh cinta. Anak mata yang akan menjelingnya sekiranya Naufal mengutuknya.

          "Abang..jawab" Iman menggesa.

          Naufal pekup muka Iman "Mestilah abang sayang sayang abang ni. Sampai akhir nyawa abang, abang tak akan berhenti sayang sayang".

          Iman menunduk. "Kalau saya dah takde nanti, abang-"

          Belum sempat Iman menghabiskan bicara, Naufal meletakkan jari telunjuk di bibirnya."Shh, apa cakap macam ni Iman? Sayang kenapa ni sebenarnya?" dagu Iman dia tolak memandangnya.

          Laju Iman memeluk Naufal sebelum bahunya bergegar menahan tangis. Naufal terpinga, namun dia masih membalas pelukan Iman.

          "Saya sakit, Naufal. Saya sakit. And it become worse. I'm afraid to tell you before this"

           Pernyataan Iman membuat Naufal merasakan jantungnya berhenti berdegup.

           "Sakit?"

           Naufal leraikan pelukan. Dia pandang Iman, namun Iman tunduk menggenggam cadar.

          "Sayang sakit? Kenapa abang tak tahu? Sayang sakit apa?" bertubi-tubi soalan daripada Naufal membuatkan hati Iman menjadi lebih sebak. Adakah ini masa yang sesuai untuk dia memberitahu Naufal tentang keadaannya yang sebenar?

          Macam tak. Tapi dah terlanjur kata, tak boleh berpatah balik.

         Iman kesat air mata dengan tangannya. "Takde siapa tahu. Family saya pun tak tahu. Maira je yang tahu".

          Naufal tepuk dahi. Dia memandang siling diatas. Liurnya ditelan.

          "Sayang, stop lah cakap pasal ni okay? It's not good for babies you know?" Naufal cuba nak sedapkan hati sendiri.

Man&FalWhere stories live. Discover now