M&F 26

171 22 0
                                    

First of all, aku nak bagitahu, aku malas nak buat part diorang nikah. Anggap je dah. Okay? Haha.







Iman duduk di meja soleknya. Melihat diri sendiri. Didalam persalinan baju pengantin berwarna krim cair menyerlahkan lagi sisi jelitanya.

Iman mengeluh. Tadi, sewaktu akad nikah, dia nampak. Dia betul-betul nampak, Hafiy datang ke majlisnya. Namun usai Naufal melafazkan akad nikahnya, Hafiy berlalu pergi begitu sahaja. Tiada ucapan tahniah, mahupun berbual walau sedikit. Riak wajahnya ketika berpaling tadi nampak sangat kecewa.

Pintu bilik dikuak dari luar mengejutkan Iman yang tengah berangan. Alamak, baru lepas nikah terus berangan si Iman ni.

"Awak" Naufal memaniskan muka. Walawei Naufal jangan senyum lama-lama nanti Iman jatuh cinta kali kedua lagi!

"Hmm" nak tak nak Iman menjawab.

"Kenapa ni? Penat ke?"

Iman geleng.

"Lepastu, ni kenapa monyok ni?" Naufal menekup muka Iman. Iman makin mencebik lagi buat Iman nampak comel. Ish, geram pulak Naufal rasa macam nak picit-picit pipi Iman tu.

"Awak" Iman berpusing menghadap Naufal.

"Saya...rasa bersalah" perlahan Iman menundukkan muka.

"Kenapa? Bersalah sebab?" soal Naufal lembut.

"Awak nampak Hafiy tak tadi?"

Naufal mengeluh. Hafiy lagi.

"Awak nampak tak?"

"Tak"

"Dia datang tadi, sekejap. Tapi belum cakap apa-apa, dia terus pergi" cerita Iman.

"Awak nak kata yang awak rasa bersalah sebab tolak dia dan terima saya?" mata Iman dia tatap lembut.

"Tak, saya-"

"Iman, awak patutnya bagitahu saya awal-awal kalau awak nak-"

"Bukan Naufal, bukan! Saya just, terasa bila dia buat macam tu. Lagipun dia dah selamatkan saya. Dua kali" Iman menyatakan luahannya. Berharap agar Naufal dapat memahami isi hatinya.

"Iman" Naufal bangun dan peluk Iman dari belakang. Sedikit sebanyak menyalurkan haba dari badannya.

"Awak isteri saya sekarang. Jadi saya harap awak boleh lupakan dia. Dia takde kena mengena dengan hidup kita. Saya kan ada?" kata-kata Naufal buatkan Iman rasa terpukul. Tapi itu benar, dia isteri Naufal sekarang buat apa dia memikirkan tentang Hafiy lagi?

Iman mempunyai tanggungjawab baru sekarang. Taat kepada suami. Suaminya, Adam Naufal.

Naufal meleraikan pelukan sebelum Iman menarik semula tangannya "Let it be. Iman suka macam ni".

Mereka berdiam diri sambil berpelukan, dua-dua berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing dan cuba untuk mengekalkan hubungan ini.

"Iman, Naufal-" terpaku Puan Wardah melihat Iman dan Naufal yang sedang berpelukan, terkejut keduanya terus meleraikan pelukan.

Puan Wardah tersenyum "Rehat dulu. Malam ni resepsi pulak" lalu dia menutup semula pintu. Sempat dia mengomel sendiri "Teringat waktu kahwin dulu".

Naufal menggosok lehernya. Malu pun ada. Pipinya memerah. Aduh, kantoi blushing!

"Awak, pergilah mandi. Saya tunggu" kata Iman. Dia juga masih malu dengan kejadian tadi.

"Takkan saya seorang je mandi? Awak tak nak mandi sekali?" usik Naufal.

"Eee, Naufal gatal! Pergilah mandi sana, busuk!" Iman berpura-pura menutup hidung.

"Hey, mana ada busuk! Saya wangi lagi tau. Jangan macam-macam. Nak bau?" Naufal tersenyum gatal.

Man&FalWhere stories live. Discover now