M&F 20

157 25 1
                                    

"Yeay, Kak Iqa dah balik!" seorang kanak-kanak perempuan berlari mendapatkan Iman lalu dipeluknya penuh kasih sayang.

"Raidhah, panggil dia makcik lah!" usik seorang wanita, kelihatan lebih berusia daripada Iman.

"Apa kau ni? Tak baik ajar anak kau benda bukan-bukan. Kan, Raidhah?" Iman mencium pipi Raidhah yang sedang didukungnya. Mengekek gelak kanak-kanak itu melihat ibu dan ibu saudaranya bertekak.

"Betullah. Dah kau makcik dia yang sah " usik Amani.

"Sukahati kau lah. Mama mana?" soalnya.

"Nenek kat butik. Atuk work" petah anak kecil itu berbicara.

"Atuk work?"

"A'ah" Raidhah senyum, menampakkan giginya yang tersusun.

"Daddy dengan atok?" Raidhah mengangguk.

"Ok. Akak nak masuk mandi dulu. Nanti baru boleh play dengan Raidhah" kata-kata Iman disambut dengan tepukan gembira daripada Raidhah.

"Cepat masuk. Kemas barang apa semua" Amani mengangkat bagasi Iman, masuk kedalam bilik Iman.

"Nantilah kemas, Iman tidur dulu ye kak" Iman sengih sebelum meninggalkan kakaknya didepan bilik.

Iman menghempas badannya ke katil. Terasa segar semua otot dan sendi di badannya yang lenguh.

Sesekali Iman bergolek-golek diatas katil sebelum matanya tertancap ke arah sebuah bingkai gambar.

Dia mengambil bingkai gambar itu lalu dibeleknya. Rindu mula menerpa apabila teringatkan wajah-wajah kesayangan.

Ia adalah gambar candid yang diambil Arip sewaktu mereka semua sedang bergurau senda. Gambar ini ketika mereka menyambut hari lahir Iman di sebuah pondok tepi lab. Iman tersenyum mengingat kembali segalanya yang pernah dia lalui bersama mereka. Satu-persatu wajah disitu dia usap.

Bingkai gambar itu diletakkan kembali di tempatnya. Dia berbaring diatas katil empuknya. Lalu kantuknya mula mendatang...

**********

"Eh, tepilah! Aku nak duduk sini" Iman menolak-nolak kakaknya, berkeras juga mahu duduk disebelah Puan Madihah.

"Jangan tolak lah Iman! Jatuh masuk kolam nanti baru tau" tegas Puan Madihah bersuara.

"Iman masuk kolam, Pa dengan Ma tak nak tanggung apa-apa tau" Tan Sri Amiruddin menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan didepan muka Iman.

"Dahlah, semua sayang Amani! Iman merajuk lah camni" Iman menarik muncung.

Dia duduk disebelah adik lelakinya Aiman. Mana taknya, Aiman disebelah Amani, Amani disebelah Mama dan Raidhah, mestilah Papa duduk sebelah Mama, sebelah Papa pulak ada Khairul. Takkan Iman nak duduk sebelah Khairul pulak? Mau kena sekeh dengan Amani nanti.

Mereka satu keluarga sedang duduk merendam kaki didalam kolam. Awalnya, Tan Sri Amiruddin yang mengajak, katanya dah lama tak duduk bersama satu keluarga. Iman sibuk dengan matriks, Aiman baru pulang dari asrama. Waktu inilah peluang yang digunakan sebaik mungkin untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Iman duduk. Merendam kakinya didalam kolam. Sambil itu, dia merenung keatas melihat langit yang dihiasi berjuta bintang.

Sungguh indah ciptaan tuhan yang terbentang luas dihadapan mata. Semuanya telah diberi tanpa memerlukan bayaran walau satu sen.

Maka, nikmat apakah yang kamu dustakan?

"Seronoknya macam ni selalu" gumam Iman perlahan.

"Memanglah seronok. Kau je yang tak nak balik sini" ujar Aiman.

Man&FalWhere stories live. Discover now