6 |

1.2K 130 49
                                    

" Unnie, ada apa-apa yang Jaera boleh tolong? " soal gadis itu sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang dapur. Hana yang sedang membancuh air terus menoleh ke arah adik iparnya.

" Erm.. rasanya takda kut. Semua dah siap. Tinggal air je. " Hana mengangkat jug kaca yang berisi air laici itu. Ah, pasti sedap jika dikenakan pada waktu panas. Segar je bila air laici sejuk mengalir di tekak.

" Cepatnya unnie buat kerja. "

puji Jaera. Hana cuma tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

" Mestilah, my wife kan. Bukan macam kau. Buat kerja lambat! "

Jaera mengetap bibir apabila ada satu tangan menunjal dahinya. Siapa lagi kalau bukan abangnya yang hanat itu, Kim Taehyung.

Hana sekadar menggeleng, Taehyung suka sangat cari pasal dengan adiknya.

" Unnie, Jaera nak ke ruang tamu kejap. Malaslah nak duduk sini. Ada kingkong tua. " jelingan tajam dihadiahkan buat Taehyung sebelum kakinya dihayun menuju ke ruang tamu rumah.

Hana pandang Taehyung. Lelaki itu menaikkan sebelah keningnya.

" apa? "

" Kingkong tua? " terus terburai ketawa Hana disitu.

Taehyung ketap bibir sambil memejam mata rapat. Geram. Jaera punya pasal lah ni.

" Puas gelakkan saya? "

" Belum. Lepas dinner nanti saya sambung balik ya husband. " sempat Hana menarik pipi Taehyung sebelum membawa jug air ke meja makan.

Lelaki itu mengeluh pendek kemudian mengikuti langkah Hana dari belakang.

Kelihatan Tuan Kim, Puan Kim dan Jaera sudah menunggu di meja makan.

" Sorry lambat. Omma dengan appa mesti dah lapar kan. " kata Hana kemudian melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Taehyung.

" Yeayy! Time to eat! " ujar Jaera, riang. Tak sabar - sabar. Mesti dah lapar sangat ni. Puan Kim hanya menggeleng perlahan melihat anak perempuannya itu.

Ding Dong!

" siapa yang datang tu? " soal Tuan Kim.

" Biar Taehyung pergi tengok. " lelaki itu bangkit dari duduk kemudian berjalan ke ruang tamu rumah.

Tombol pintu dipulas. Terpacak seorang wanita tua bersama seorang gadis yang umurnya tidak jauh beza dengan Hana.

" N-nenek dengan Y-yejin buat apa dekat sini? "

-
hi, lama tak update ff ni. Ada yang rindu tak? ehe.

jgn lupa vote dan komen. Tq.














random tag

Aisyaholaa chimday_ heitsmehari cacakila sugaminlines kanghanmin volcanjeon jmn_trash wintersky- pottaetto omgjin- Chupychup jungoojams natadecoco- -jellycream
iamputr1 iamyourhope_ roseanneparkratu

[C] KIM WIFE Where stories live. Discover now