22 |

853 112 28
                                    

ada ke yang tunggu update? tahu takda AHAHAHA.
-

Seminggu kemudian...

Hana semakin pulih. Balutan di kepalanya sudah dibuka. Taehyung berasa lega melihat keadaan isterinya yang sudah sembuh. Tiada lagi kerisauan di hatinya.

Selama seminggu juga dia terperap di rumah tidak masuk kerja kerana mahu menjaga Hana. Ada juga isterinya itu menyuruhkan pergi kerja tetapi Taehyung tidak mahu. Baginya, kesihatan Hana lebih penting.

" Sayang, kat sini awak rupanya. Ingatkan dekat dapur tadi. " Taehyung melabuhkan punggung di sebelah Hana. Melihat Hana yang memasukkan kaki ke dalam kolam, Taehyung juga ikut.

" Dah siap buat kerja awak tu? Bila nak masuk office ni? " soal Hana. Yelah, sudah seminggu kut Taehyung dekat rumah. Ada jugalah lelaki itu membuat kerja semasa di rumah.

" Hampir separuh siap. Esok saya dah masuk pejabat. Mesti bertimbun kerja saya dekat sana. " Taehyung mengeluh pendek. Sebut pasal kerja, dia terus rasa malas. Mungkin sebab lama sangat duduk di rumah. Tapi nak tak nak kena kerja jugalah. Kalau tak siapa nak urus syarikatnya itu.

" Saya suruh awak masuk pejabat taknak. Degil nak jaga saya dekat rumah. "

" Mestilah saya jaga awak. Awakkan isteri saya. Lagipun saya risau nak tinggalkan awak dekat rumah dengan keadaan awak tak sihat lagi. If something happen macam mana? " bebel Taehyung panjang lebar. Hana terpaksa tadah telinga mendengar bebelan dari encik suami.

" Yelah yelah. Terima kasih sebab jaga saya masa saya sakit. " ucap Hana sambil tersenyum manis. Menampakkan lesung pipitnya.

" Sayang jangan senyum macam tu. " suara Taehyung berubah serius.

" Kenapa? Awak tak suka? "

" Awak buat saya geram. Saya rasa macam nak terkam awak je sekarang ni sayang. " terus membulat mata Hana. Lengan Taehyung ditampar. Lelaki itu ketawa terbahak - bahak.

" Eii gatal! " jerit Hana lalu dia menjeling Taehyung.

" Gurau je sayang. "

Taehyung memeluk pinggang Hana. Dia melentokkan kepala di atas bahu isterinya. Sebenarnya, Taehyung ingin bertanya sesuatu mengenai kecederaan yang di alami Hana haritu. Dia mahu gadis itu jujur. Tetapi adakah Hana mahu ceritakan hal yang sebenar?

Taehyung meleraikan pelukan di pinggang Hana. Dia memusingkan tubuh gadis itu supaya menghadapnya.

" Sayang, saya nak tanya sesuatu. Saya harap awak jujur dan bagitahu perkara yang sebenar. "

" Maksud awak? Saya tak faham. " balas Hana, dia terkebil - kebil. Perkara sebenar? Apa yang Taehyung maksudkan?

" Apa yang terjadi dekat awak malam tu sebenarnya sampaikan awak cedera? " Hana diam. Dia melarikan pandangan ke arah lain apabila Taehyung merenungnya.

" Jangan diam. Saya tanya ni. " Taehyung memegang kedua bahu Hana. Gadis itu bingung, bagitahu nenek yang buat atau menipu? Tetapi Hana juga risau jika dia memberitahu hal sebenar. Pasti Taehyung akan memarahi neneknya dan mungkin dia akan menyebabkan hubungan Taehyung dan Puan Gaeun rosak.

Tapi kalau dia menipu, itu juga tidak baik. Lama - lama perkara ini pasti akan terbongkar. Hana buntu.

" Saya curiga dengan nenek. Jangan - jangan dia yang buat semua ni? Lagipun benda ni berlaku lepas awak jumpa dia malam tu. " Hana terus memandang Taehyung. Terkejut. Dia menelan air liur.

" A-apa awak cakap ni? Bukan nenek lah yang buat. S-saya terjatuh lepastu kepala saya terhantuk bucu katil. " Hana mencipta alasan. Taehyung tergelak kecil. Dia tahu Hana menipu.

" Dengan orang lain awak boleh tipu tapi dengan saya tak. So semuanya dah jelas sekarang ni. Memang neneklah punca awak jadi macam tu kan. "

" Saya kecewa dengan awak. Kenapa awak masih nak tipu saya? Kenapa awak nak bela nenek sedangkan dia yang buat awak cedera. "

kata Taehyung membuatkan Hana terdiam.

" Taehyung... saya minta maaf. " Hana memegang kedua tangan Taehyung. Matanya berair. Dia tahu dia salah kerana tidak menceritakan hal yang sebenar.

" Bukan saya taknak bagitahu tapi... saya takut. Saya taknak disebabkan hal ni hubungan awak dengan nenek rosak. Saya tahu, kalau saya bagitahu hal yang sebenar, awak mesti akan marah nenek kan? Lepastu awak dengan nenek bergaduh. Hubungan korang pun renggang. Saya taknak semua tu berlaku. " ujar Hana panjang lebar. Dia berharap yang Taehyung akan faham.

Lelaki itu mengeluh berat.

" Awak nak tahu sesuatu tak? "

" Apadia? "

" Awak ni terlalu baik sangat. " Taehyung mengelus pipi Hana.

" Taehyung, boleh awak janji sesuatu dengan saya? " pinta Hana.

" Janji apa? "

" Apa yang berlaku dekat saya ni biarlah. Benda dah lepas. Saya taknak kita bercakap pasal ni lagi. Janji dengan saya boleh? "

" Berat sangat permintaan awak ni. "

" Please.... awak sayang saya kan? " Hana separuh merayu.

Taehyung mengangguk.

" Okay saja janji. Kalini je tau. "

--

entah apa yang aku tulis kt chapter ni hmm (:

lepasni akan ada konflik lagi dan fanfic ni pun akan tamat tak lama lagi.

jgn lupa vote dan komen. Tq.



















random tag

Aisyaholaa kanghanmin iamyourhope_ jungoojams wintersky- pottaetto haninish RaraNadirah airayoona taeces yummyriel ChmyJj __anasolehah seoljinnie backstabbed-
lattaeta Alyynn__ aqeeya

[C] KIM WIFE Where stories live. Discover now