Part 10

7.3K 382 7
                                    

"Baiklah pelajar. Esok, kamu akan mendaki gunung Bukhan pada jam 7 pagi. Jadi, saya nak kamu berkumpul disini pada jam 6.30 pagi" Kata Mr Jongkook

Kedengaran pelajar-pelajar seperti mengeluh

"Cikgu, esok nak bawa apa?" Kedengaran suara seorang pelajar lelaki

"Kamu boleh bawa air minuman lebih dan makanan ringan kalau perlu kerana kita akan mendaki selama lebih kurang 10 jam" Kata Miss Yuri

"10 jam? lamanya" Kata Tiffany

"10 jam kalau tiada apa-apa halangan" Kata Miss Yuri

"Halangan apa Miss Yuri?" Tanya Tiffany untuk mendapatkan kepastian

"Contohnya pokok tumbang , Jalan berlecak, mendaki kawasan curam dan sebagainya"Kata Miss Yuri lagi

"Baiklah pelajar, sekarang dah masuk jam 11 malam. Kamu semua boleh masuk ke dalam khemah. Sila berkumpul semula pada jam 6.30 pagi"Kata Miss Ji Hyo

"Baik"Kata pelajar

*****************

"Macam mana Tiffany? Okay tak tadi?"Tanya Jessica

"Okay apa. Aku kena kacau tadi" Balas Tiffany

"Kacau macam mana?" Tanya Taeyeon pula

Tiffany menceritakan apa yang terjadi sambil berbaring diantara Taeyeon dan Jessica

"Kau nampak tak muka kris tu? Tanya Taeyeon

"Tak. Sebab aku tengah takut sangat" Kata Tiffany

"Ish kau ni. Mana tahu itu Mr Kwangsoo ke"Kata Jessica

"Entahlah aku malaslah nak fikir tentang benda ni lagi. Lagipun esok kena bangun awal. Aku nak tidur dulu"Kata Tiffany lalu memejamkan matanya

My Boyfriend is a VampireWhere stories live. Discover now