Part 21

6.6K 355 0
                                    

Setelah itu, Kris dan Tiffany kembali ke dalam pondok usang itu semula

"Apa yang aku tengok tadi tu?" Tiffany bertanya kepada dirinya sendiri

"Itulah kisah silam aku" Kata Kris

"Dan muka yang sama sepeti aku tadi tu mama kau?" Tanya Tiffany

"Ya, Itulah mama aku. Dan sampai aku mati, aku tak dapat berjumpa dengan orang seperti mama aku" Kata Kris dalam nada sedih

"Janganlah bersedih lagi. Sekarang kau dah jumpa aku kan?" Kata Tiffany cuba memujuk Kris

Kris hanya mampu memandang Tiffany dengan raut wajah yang muram

"Sekejap. Kau tak bagi tahu aku lagi macam mana kau boleh mati dan jadi..." Tiffany teragak-agak untuk meneruskan percakapannya

"Vampire?" Kris meneruskan ayat Tiffany

"Ya" Kata Tiffany

Tiba-tiba kedengaran perut Tiffany berbunyi kerana kelaparan.

"Nantilah aku cerita. Kau lapar kan? Jom keluar cari makanan" Kata Kris

"Cari makanan di mana?" Tanya Tiffany

"Di mana-mana sahaja" Kata Kris

"Tapi makanan apa yang ada di hutan ni?" Tanya Tiffany dalam keadaan risau

My Boyfriend is a VampireWhere stories live. Discover now