Bab 1

116 6 0
                                    

2019.

Syarleena.

Rasa bosan mula menyelubungi diriku. Aplikasi Plato itu aku perhati dengan rasa geram kerana ia mengingatkan aku kepada bekas teman lelaki aku dulu. Dia yang menyuruh aku download Plato sebab banyak permainan yang boleh dicuba.

Sejak kami berpisah, aku tidak lagi bermain aplikasi itu. Tetapi rasa sunyi yang menemani aku pada malam itu membuatkan aku menekan juga aplikasi Plato tersebut.

Aku masuk ke Bilik Melayu. Nak main game apa eh? Banyak sangat. Aku masuk ke ruang chat. Entah apa yang dorang sembang pun aku tak tau. Rancak betul. Yang spam mesej pon ada. Aku malas nak kesah pasal diorang ni.

Terus aku masuk ke ruang games pulak. Terdapat pelbagai game yang dibuka oleh manusia Plato ni. Aku taktau nak main yang mana satu. Dulu, aku cuma selalu bermain Ocho bersama bekas teman lelakiku.

Aku memang suka main permainan Ocho. Permainan yang serupa dengan Uno. Bukan nak riak, tapi dulu aku dipanggil Queen Of Ocho. Nak tau kenapa? Okay korang taknak tau. Tapi aku tetap nak bagitau hohoho.

Sebab aku sentiasa menang. Jaranglah nak kalah. Kalau aku main 10 games, 1 kali je kalah. Memang syok je kalau main masa tu. Lagi-lagi bila korang dah boleh baca taktik musuh kau macam mana. Memang semudah abc. Kah! Okay enough with my riak. Kang korang menyampah lak.

Kini, aku memerhati satu persatu permainan yang ada. Werewolf, Sea Battle, Pool, Dungeon Tales dan banyak lagi. Aku masuk ke dalam permainan Werewolf. Satu-satunya yang menarik perhatianku.

Ah sudah! Macam mana nak main ni? Aku menjadi bingung. Banyak sangat roles. Rasa menyesal masuk pun ada. Lantaklah apa jadi. Aku cuma nak berseronok je.

Permainan dimulai apabila sudah cukup 7 orang. Masing-masing mendapat role mereka sendiri. Aku pulak dapat villager. Aku malas nak baca rules permainan tersebut. Dahlah panjang. Ingat aku larat ke nak baca? Game pun sudah dimulai.

Unknown1: Siapa werewolf sini?
Unknown2: Bodohlah kau ni. Kau fikir orang nak mengaku ke dorang ww?
Unknown3: Sekarang ni jangan kill sesiapa dulu.
Unknown1: Janganlah marah. Aku baru je main kot.

Aku hanya memerhati gelagat mereka. Aku nak tanya macam mana cara untuk main game tu. Tetapi nanti dimarah pulak. Jadi aku memilih untuk berdiam diri saja dulu.

Unknown4: Seer rev sape ww.
Unknown5: Aku ww.. bunuh jelah aque. Satgi nak makan ni.
Unknown1: Ok sekarang kita nak bunuh dia guna pisau ke guna lembing?

Suasana menjadi sepi. Mungkin kerana lawak hambarnya itu tidak menghiburkan hati mereka. Oleh kerana tidak mahu suasana menjadi kekok. Akhirnya aku turut menyampuk jua.

Unknown6: Hahahaha.. kita guna pistol nak?
Unknown1: Ape barang guna pistol? Benda boleh kejar, buat apa nak tembak-tembak.
Unknown7: Dah2 la korang sembang entah pape. Seer check siapa ww cepat.

Sudah pastinya aku bukan werewolf. Jadi aku tidak perlu risau akan apa-apa. Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba ramai orang vote aku. Apa pulak kali ni?

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 27, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

PlatoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang