[Ep 08]

93 8 11
                                    

[Author POV]
(Bilik Minhyun & Seungwoo)

Minhyun menyusun barang-barang yang dia sekali dengan barang Seungwoo.Dia tahu Seungwoo agak malas mengemas barang- barang dia.Seungwoo pulak?Dia tengah mandi.

Apabila mengemas barang-barang Seungwoo, terdapat satu benda menarik perhatian Minhyun.

Sebuah buku yang berwarna coklat bertulis 'Dear Diary'.

Dahi Minhyun berkerut seketika.

"Sejak bila Ong pandai buat diari ni?Buang tabiat ke dia nak buat diari bagai.."bisik hatinya.

Apabila Minhyun cuba untuk membeleknya buku tersebut, ada tangan merampas buku itu dari tangan Minhyun.Minhyun hanya sempat membaca sekilas nama pemilik buku itu.Minhyun mendongak didapati Seungwoo yang hanya bertuala sahaja.

"Kau buat apa sentuh-sentuh barang aku ni?!"marah Seungwoo dan dia meletakkan buku itu ke dalam almari dia.

"Mian...ak-aku cuma nak kemas barang kau je.Lagipun kau bukannya nak kemas barang-barang kau.Dan kau tau kan aku tak suka barang bersepah-sepah kan?"jelas Minhyun.

Seungwoo terdiam sebentar.Lepas itu dia pun memakai pakaian dia.Minhyun hanya memerhati tindak-tanduk Seungwoo.

"Kau dah kenapa tenung aku camtu?Kau jangan Minhyun..jangan.."Seungwoo pun menyilangkan tangannya dan memeluk diri.

"Aishh kau ni..ke situ pulak!Tak hingin aku!!"Minhyun pun membuat muka 'Euw'.

"Betul apa..kau tenung-tenung aku camtu..seram aku"Seungwoo pun duduk di katilnya yang bersebelahan dengan Minhyun.

Minhyun malas nak melayan Seungwoo bila topiknya macam kunyit semacam.

"Diari tu...Mina punya kan?"

Pertanyaan Minhyun membuatkan Seungwoo yang dok acah-acah protect tadi pun terdiam lagi.Kelihatan mata Seungwoo sedaya upaya mengelak dari pandangan Minhyun.

Minhyun mengeluh berat.

"Ok..kalau kau taknak bagitau aku ok takpe cuma nak bagitau kau satu benda je"

Seungwoo masih dengan posisi dia yang cuba mengelak dari pandangan Minhyun.

"Kalau Daniel tau kau pegang diari Mina..dia takkan lepaskan kau.Kau tau kan dia tak suka kau sentuh barang dia kan?"kata Minhyun.

Tiada respon dari Seungwoo.Minhyun pun meneruskan percakapannya.

"Aku tak tau cam mana kau dapat buku tu..tapi kalau tu ada kena mengena dengan apa yang berlaku dekat Mina..aku takkan nak diam je kan?"Minghyun masih memandang Seungwoo.

Kali ini Seungwoo memandang Minhyun.Lepas itu, dia memandang kebawah.

Diam..

"Haih..aku taktau laa aku cakap dengan tunggul ke..dengan katil ke..orang cakap bukannya nak balas.Baik aku cakap dengan vacuum..tak pun pencuci tandas ke..sejuk mata memandang.."Minhyun pun mengambil tuala dan menuju ke bilik air.

Seungwoo masih lagi dengan posisi tadi.

"Tu je satu-satunya memori dia yang aku simpan Minhyun.."kata Seungwoo perlahan.

[Sungneul POV]

Sudah seminggu aku duduk di Spring Villa.Namun, yang peliknya manusia dalam villa ni hantu ke apa?Dalam villa ni ada 15 orang tapi selain Sungwoon, Jisung oppa, Daehwi dan Somi je aku selalu nampak.

Kekadang aku ada gak jumpa Seungwoo sunbae dan Minhyun sunbae. Yang lain?Ntah laa..

Yang pompuan yang Somi cerita tu pun aku tak pernah tengok apatah lagi Prince yang lain.

The Prince Story || Wanna One || (Malay)Where stories live. Discover now