(Sungneul POV)
"Sunbaenim?"
Yeonjung mengerut muka apabila melihat aku.
"Kau...perempuan dekat bilik pengetua hari tu kan?"tanya Yeonjung.
"Nae...sunbaenim buat apa dekat dapur ni?Nak minum air?"kataku dengan sopan.
Iyelaa..Somi dengan Daehwi cakap perangai 2 orang perempuan dekat bilik sebelah ni macam jahanam.Jadi aku nak tengok laa macam mana 'tahap jahanam' dia
"ha-ah..nak minum air..."Yeonjung memandang aku dari atas ke bawah sambil mengacau air coklat yang dibancuhnya.
Eh ehh..dia ni pesal tengok aku camtu?Buruk sangat ke baju aku?Baju pink t-shirt hello kitty dengan seluar kuning coklat petak² aku ni buruk sangat ke?
"Kau ni pakai baju tido ke pakai baju aiskrim?"tanya Yeonjung setelah memerhati aku lama.
Jap..dia cakap apa tadi?
Aiskrim?...AISKRIMMM?!!!
Aku memandnag pantulan aku di cermin.
Iye ke macam aiskrim?
Yeonjung menggelengkan kepala dan menghirup air coklatnya.
Aku masih lagi tak puas hati dengan pakaian aku.
Tang mana aiskrim dia?Aku tengok elok je baju aku.Fashionista bagai rupa aku.
"Hari tu baju sekolah..ni baju tido pun rupa aiskrim.Tak malu ke adik kepada 'Prince' pakai baju macam ni?"sindir Yeonjung.
Amat pedas ayatnya.Sepedas cili padi di kebun halabeoji aku dekat kampung sana.
Aku memandang Yeonjung dengan muka tak puas hati.
"Ape pandang-pandang?Memang betol pun aku cakap"Yeonjung mengacau airnya dan menghirup seteguk dua.
"Cuba kau ubah sikit penampilan kau tu.Nanti kalau orang lain nampak diri sendiri yang sakit hati kene kutuk itu inilah..haihh"Dia hanya menggelengkan kepala dan mencuci cawan yang digunakannya tadi.
Yeonjung yang baru hendak meninggalkan dapur ditahan oleh aku.
"Kenapa sunbae beriya-iya sangat nak kutuk penampilan aku?Apa masalah sunbae dengan aku?"
Aku menatap tepat ke matanya untuk mencari kepastian.Apabila melihat Yeonjung mengangkat tangan,aku pun serta-merta tutup mata.
Erm..bukan takut eh.Secara spontan ok.
Aku dapat merasai bahu aku diusap dengan lembut.Aku pun membuka mata dan melihat wajah sayu yang dipamerkan oleh Yeonjung.
Senyuman pahit yang ditunjukkan Yeonjung menyebabkan aku terkaku.
"Aku cuma..taknak benda yang sama berulang dengan kau"Yeonjung pun menepuk bahu aku dan meninggalkan aku.
Apa maksud dia?
Benda yang sama?
(Yeonjung POV)
Aku pun duduk di katil aku.Doyeon pula sedang dibuai mimpi.Dengan kaki sekali bersila.
Aku merenung Doyeon yang tengah tidur.Entah mengapa..memori silam mula terlintas di fikiran aku.
{FLASHBACK}
Sedang aku menatap skrin di telefon, seseorang menutup mata aku.
"Cuba teka siapa ni"Suara yang dibuat-buat garau kedengaran di telinga aku.
YOU ARE READING
The Prince Story || Wanna One || (Malay)
Fanfiction11 orang jejaka yang dipanggil "Prince" kerana datang dari keluarga bangsawan terkaya di Korea.Namun di sekolah, para pelajar lebih gemar memanggil Prince ini dengan gelaran "Wanna One".Namun, hubungan Wanna One ini bukanlah macam serapat yang disan...