💣 Bab 50 (Part 2)💣

3.1K 118 7
                                    

Di bilik Rose

Semenjak balik dari rumah Leon,Rose asyik memikir soal perbualan dia dengan Leon di tepi kolam tadi.

"Esok aku akan bagi jawapan dekat Leon. Wish me luck for tomorrow untuk bagitahu perasaan aku dekat Leon harap esok tak ada gangguan je. Masa untuk tidur"

************************************

Di sekolah

Leon sedang menunggu Rose di pondok sekolah. Dia sudah siap bersedia mendengar jawapan dari Rose.

"Morning Elize"

"Ehh err morning. Awal kau datang hari ini bukan biasanya kau selalu datang akhir ke"

"Macam mana awak tahu saya selalu datang lewat. Tak sangka awak ambil tahu hal saya pula selama ini"

"Ya ampu  aku dah lupa ke sekolah ini aku punya sebab tu aku tahu hal displin pelajar dekat sekolah ini. Ohh ya kita pergi ke rooftop dekat sini tak selesa sangat nak bagitahu hal semalam"melihat kawasan sekeliling

"Yelah,aku terlupa pula hal itu. Jom kita pergi ke sana sekarang"

Tanpa Leon sedari dia telah menarik tangan Rose sampai di rooftop Leon baru perasaan bahawa dia menarik tangan Rose sepanjang mereka pergi ke rooftop.

"Err sorry aku bukan sengaja nak pegang tangan kau. So apa jawapan kau hal semalam"

"It's okay.. Jawapan a...a..akuu..."

"Relax, jangan terlalu nervous sangat tak apa aku terima je apa jawapan dari kau"

"Yess,aku terima kau tapi kau kena ingat apa yang aku pernah lalui selama ini. Aku harap kau guna peluang ini sebaik mungkin"

"Terima kasih kau terima aku juga akhirnya. Aku berjanji akan bahagiakan kau. Lepas sekolah nanti aku nak bawa kau pergi ke satu tempat. Dah jom masuk ke kelas"

"Sama² ermm baiklahh jom!"

************************************

Di dalam kelas

Kelas Rose sangat riuh sekali setelah mengetahui kemasukkan pelajar baru di dalam kelas mereka.

"Kau tahu ke siapa budak baru tu"

"Aku belum pergi lagi ke pejabat pengetua lepas rehat nanti aku pergi ke sana"

Rose baru sahaja masuk ke kelas suasana tadi sangatlah bising terus menjadi senyap. Rose tersenyum sinis dengan pelajar di dalam kelasnya .

"Asal diam pula tadi bukan main lagi korang bising dalam kelas. Dari kantin aku dengar korang bising datang je aku semua terus senyap"

Tiada satu orang pun berani melawan sejak geng We Are Princess menghilang begitu sahaja tanpa diketahui lagi.

Tok! Tok! Tok!

Cikgu Zaana masuk ke dalam kelas Rose. Cikgu berasa hairan biasanya kelas itu lah paling bising sekali tapi hari ini kelas itu sangatlah senyap tiada sorang pun bercakap sesama sendiri.

"Baguslah kalau kamu semua senyap tak adalah cikgu kena arahkan kamu semua senyap.. Ohh ya hari ini kamu semua ada kawan baru dari Perth. Dipersilakan masuk"

Semua orang menanti siapakah gerangan pelajar tersebut dikatakan oleh Cikgu Zaana. Sebaik saja pelajar baru masuk kelas ters menjadi bising.

"Waahh handsome nyerr dia"

"Tapi Leon lagi handsome"

"Dia singel ke taken"

Rose sangat bengang dengan murid di dalam kelasnya.

"Boleh tak korang diam. Korang ingat ini pasar ke"

M.A.F.I.A (S.U)Where stories live. Discover now