"Cinca?"
"Ha? Natang apa kau cincau?" Soal Hani bersama kerutan di dahi. Nak tergelak Arleen melihat kehodohan wajah sahabatnya.
"Tak tak maksud aku 'betul ke?'. Bahasa Korea." Sengih Arleen kerana merasakan dia comel tersengih begitu. Padahal tak.
"Betul ke yang kita akan ada cikgu baru? Handsome tak?" Soal Arleen gatal. Sudah lama dia mengimpikan cikgu yang muda dan handsome datang ke sekolahnya. Namun apakan daya, yang berpindah masuk semua tua-tua! Semua laki orang! Haish.
"HENSEMMM!" Hentak Adira pada meja Arleen. Terkejut anak dara dua orang tu. Mahu tergolek kerusi diorang.
"Kau dah tengok ke muka dia, Dira?" Soal Hani.
"Belum."
"Dah tu kau tahu dari mana dia handsome?" Tanya Arleen pelik.
"Budak tu bagitahu." Adira menunjuk ke arah seorang perempuan lawa sedang membaca novel di dalam kelas.
"Woi, Alisha. Kau tahu dari mana cikgu baru ni handsome?" Tanya Hani pula. Alisha berpaling memandang Arleen, Hani dan Adira.
"Tahulah."
"Yelah tahu dari mana?"
"Mimpiiiiii." Jawabnya sambil tersengih sehingga menampakkan gigi arnabnya. Tak boleh dinafikan Arleen, Hani dan Adira bahawa gadis itu amatlah comel dan sedap mata memandang.
Arleen, Hani dan Adira menunjukkan riak hodoh kerana tidak percaya dengan Alisha.
"Ehh betul lah. Mimpi aku tak pernah salah!" Bantah Alisha.
"Hmm betul lah..betul lah.." Kata tiga orang tersebut redha dan malas untuk melayan budak comel itu.
Tiba-tiba kekecohan di luar kelas telah menarik perhatian mereka.
"Apa hal tu? Ada orang jual burger ke dekat luar?" Soal Arleen bingung.
"Entah, jom tengok. Kutnye betul ada orang jual burger." Adira melayan Arleen yang bodoh itu. Mereka bertiga keluar dari kelas ke balkoni di mana ramai orang berkumpul diikuti dengan beberapa orang pelajar di dalam kelasnya. Bukanlah beberapa orang tetapi kesemuanya.
"Wei tak ada pun orang jual burger." Melilau mata Arleen mencari penjual burger. Tergeleng Hani dibuatnya.
"Wei pehal ni?" Hani menyiku orang sebelahnya, Wawa.
"Tuuu!! Cikgu baru yang handsome!" Ujarnya gedik sambil melompat bintang. Tak arh bukan melompat bintang pun, melompat macam binatang.
Wawa menunjuk ke arah tingkat bawah di mana ada seorang lelaki yang segak dengan kemeja biru cair sedang berbual dengan Cikgu Ramli.
"Ooooo." Hani memandang Arleen. Semua orang memandang ke bawah, dia seorang sahaja yang mencari-cari di balkoni tersebut. 'Kenapalah kawan aku ni bengap sangat?' Omel hati Hani.
"Arleen! Orang duk tengok bawah kau sorang je yang macam orang hilang anak dah." Hani menarik lengan Arleen.
"Kenapa? Orang jual burger dekat bawah ke? Jom, aku dah bawak duit." Dia menunjuk dompetnya sambil tersengih seperti orang bangang.
"Arleeeeeeeen. Tak ada orang jual burger laa dekat sekolah kita. Tu! Orang tengah tengok cikgu baru dekat bawah tu." Hani menarik Arleen untuk melihat ke tingkat bawah.
"Woahhhhh! Handsomenyaa. Dia ke yang jual burger tu?" Soal Arleen teruja.
"Tak! Tak! Tak! Aku dah kata tak ada orang jual burger! Tu cikgu lah, bengap!" Marah Hani. Boleh naik gila dengan perangai lurus bendul Arleen itu.
YOU ARE READING
Ryder
RomanceBerkahwin pada waktu muda amatlah klise bagi sesebuah novel melayu. Tetapi itulah yang ditakdirkan untuk si gadis malang lagikan comot ini, Arleen Khayrina. Memang tiada dah yang dipaksa berkahwin pada waktu sekolah, tetapi biarlah author ingin menu...