Arleen hanya bermain dengan kukunya. Fikirannya menerawang ke tempat lain. Siapa pulak ye minah Awadah tu.
(Flashback)
Baru sahaja Hayyan dan Arleen mahu keluar dari rumah agam itu namun dihalang oleh Awadah.
"Hai Hayyan." Sapa Awadah penuh kemanjaan sambil tersipu malu. Entah apa yang dimalukan sangat. Perasan betul. Kemudian matanya tertancap kepada Arleen.
"Maaf ye, kau dah kenapa berdiri sebelah dia. Berani betul kau. Setahu aku tak ada perempuan selayak aku berada di sebelahnya. Ok?" Terjegil-jegil mata Awadah menerangkan dengan penuh sindiran. Dia menyilangkan tangan dan meniup rambut hadapannya yang terjuntai.
Panas hatinya melihat Arleen yang tidak kurang cantiknya. Macam ada mix pulak budak comot ni.
"Ohh yeeekee." Wajah Arleen dibuat-buat terkejut.
"Tak tanya pun. Hahahahahaha." Arleen tergelak. Suka betul melihat wajah Awadah yang tak puas hati. Dengan hidung kembang-kembang menahan marah.
Hayyan menahan senyumannya.
"Eh kauu!" Baru sahaja Awadah mahu bergerak ke arah Arleen untuk mencekik budak itu namun dihalang Hayyan.
"She's my girlfriend. So, keep your step away from her." Tenang Hayyan berkata. Arleen yang berada di belakang Hayyan mahu pengsan dibuatnya. Kuat nak mampus perfume Hayyan. Khayal sekejap.
"Ha?! It can't be! No! No! No! Hayyann I dah lama kut tunggu youuuu. Sampai hati youu!" Awadah mencebik sambil menghentak-hentakkan kaki seperti budak kecil yang nak berak.
"It can be." Hayyan tersnyum sinis dan menarik tangan Arleen keluar dari situ.
Inilah salah satu tujuan dia membawa Arleen bersama. Tak mahu diganggu oleh minah Awadah tadi. Nak je dia hantar Awadah tu dekat orang asli buat bini. Menyemak hidup orang je.
(End Flashback)
Arleen memandang Hayyan yang fokus dengan pemanduannya. Ok, baru dia perasan. Hayyan ni ada iras-iras seseorang. Entahlah. Dia pun tak ingat. Yang pastinya. Hayyan memang seorang yang kacak.
"Encik.. Encik tak nak bercakap ke?" Soal Arleen setelah agak lama berdiam diri di dalam kereta. Sunyi bukan main. Ini bukan kehidupan Arleen kalau penuh dengan kesunyian.
"Ha! Apa kata kita main teka-teki?" Tanya Arleen lagi sambil tersengih seperti kerang busuk. Hayyan hanya merespon dengan tak buat apa-apa. Dia hanya memandang ke arah hadapan jalan. Malaslah nak layan budak tak cukup umur ni.
"Sotong kalau potong dua jadi apa?" Tanya Arleen dan cuba menahan ketawa. 'Mesti tak boleh jawab' omel hati kecil Arleen.
Hayyan hanya mendiamkan diri. Apa yang dikatakan oleh Arleen hanya lesap diterbangi oleh angin aircond kereta.
"Ha? Dah puas?" Terkekek-kekek Arleen ketawa kecil. Seram pun ada bunyinya.
"Jawapannya SOTONGAH HAHAHAHA!" Arleen ketawa seperti dirasuk. Inilah padahnya apabila dia makan kek coklat di rumah istana tadi. Kebudak-budakkannya aktif.
Beberapa minit kemudian, mereka sampai di rumah Arleen. Arleen pula tidak sabar-sabar mahu keluar dari kereta. Baru sahaja dia mahu membuka pintu, namun dihalang Hayyan. Dia memandang Hayyan keliru. Pehal dooo
YOU ARE READING
Ryder
RomanceBerkahwin pada waktu muda amatlah klise bagi sesebuah novel melayu. Tetapi itulah yang ditakdirkan untuk si gadis malang lagikan comot ini, Arleen Khayrina. Memang tiada dah yang dipaksa berkahwin pada waktu sekolah, tetapi biarlah author ingin menu...