Bab 2

145 16 2
                                    

Arleen hanya termenung ke luar tingkap. Hatinya gusar memikirkan keadaan sekarang.

Siapakah Hayyan dan seorang lagi lelaki tu? Bagaimana mama dan Hayyan boleh kenal? Apakah hubungan mereka? Kenapa Hayyan bawak dia sekali? Semua itu tidak pernah berlegar dalam minda Arleen. Apa yang difikirkan ialah spongebob di rumah. Bagaimana agaknya sambungannya?

Arleen mengeluh.

"Kenapa? Bosan?" Soal Hayyan di sebelah. Arleen mengerlingnya sekilas.

"Hmmm..nak tengok spongebob tadi." Arleen berkata sambil bermain dengan kukunya.

"Tak payahlah tengok cerita bodoh tu. Macam budak-budak." Hayyan memusingkan stereng untuk memusingkan kereta. Entah nak bawa kemana anak dara orang malam-malam ni.

"Mana ada bodoh! Spongebob tu dia bijak." Bantah Arleen. Hayyan hanya diam. Malas nak melayan. Makin dilayan, makin annoying.

"Oh ya, tak ingat nak tanya." Arleen berpusing menghadap Hayyan.

"Encik umur berapa?"

"26." Membulat mata Arleen. Lah 26 rupa-rupanya. Hayyan memandang Arleen sekilas.

"Kenapa? Aku nampak muda sangat ke?" Hayyan tersenyum sinis.

"Tak. Encik nampak tua." Kini mata Hayyan membulat. Ade pula dia kata aku nampak tua.

Hayyan memilih untuk diam. Sungguh dia malas mahu melayan.

"Encik asal mana?"

"Tanah."

"Nama panjang Encik?"

"Pak belalang."

"Hobi?"

"Hidup."

"Makanan kegemaran?"

"Eh kau ni banyak soal lah. Tak reti duduk diam ke?" Meninggi suara Hayyan. Geram betul!

"Alah saya nak tulis biodata Encik je." Kertas dan pen yang berada di tangannya dipandang sayu.

"Kau ambik dari mana kertas dan pen tu?" Tanya Hayyan. Arleen menunjuk ke arah dashboard.

"Siapa bagi kau ambik?" Tegas Hayyan. Takut-takut Arleen menyimpan balik kertas dan pen itu ke dalam dashboard.

"Dah tak ambik dah." Ujar Arleen perlahan sambil menunduk. Hayyan mana nak kesian. Tak ada masa dia nak kesian.

Tiba-tiba keretanya berhenti di hadapan rumah agam yang besar macam istana itu.

"Ok, dengar sini." Hayyan memandang Arleen serius.

"Sekarang ni ulang tahun perkahwinan parents aku. Ramai orang-orang berpangkat besar datang. So, I want you to act like you're my girlfriend. Faham?" Arleen mengerutkan dahi.

"Laa kan saya dah pilih lelaki sorang lagi tu, yang ada tahi lalat dekat tepi mata dia tu." Hayyan mengeluh. Siapa lagi kalau bukan Rafael. Yang dia main dididi daun keladi tadi.

"Ok, yang tu suka hati kau lah nak apa-apa dengan dia. But now, it's urgent. Just one night, ok?" Akhirnya Arleen bersetuju.

"Oh ya, don't call me encik. Call me Hay or whatever." Hayyan menegur sebelum keluar dari Audi kecayangannya. Arleen turut keluar.

Entah kenapa sejak dia kena marah dalam kereta, dia berfikiran waras sedikit. Sikit jelah. Tengok tadi, senang je dia setuju berlakon jadi girlfriend Hayyan even memang dia tak kenal apatah berjumpa.

"Hug my arm." Arah Hayyan ketika mereka berjalan hendak masuk.

"Heh? Stupid what are you? HAROM~~. DOSEEE~~~." Arleen berbisik. Ya, dia amatlah menjaga batas antara lelaki dan perempuan. Tadi masa Hayyan tarik tangan dia pun, dia tak suka. Ni nak peluk bagai. Heh tempah tapak kaki nampak.

RyderWhere stories live. Discover now