Hyena mengira hari.. Sudah hampir 4 bulan dia berkahwin. Tapi hubungan mereka tidak pernah ada sebarang perubahan.
Jaehyun hanya menurut permintaan ibu bapa. Dia tidak kisah siapa pasangan dia, mahupun buruk, cantik, kaya atau miskin. Dia tidak kisah langsung. Dia hanya fokus pada kerja.
Dia buat kerja dia. Aku buat kerja aku. Perkahwinan ini tidak membawa sebarang nilai. Itulah prinsip kedua-dua insan yang telah menjalinkan hubungan sah sejak 4 bulan yang lalu.
Sehinggalah satu hari, keadaan Jaehyun yang tidak berapa bagus. Mengundang hubungan mereka untuk melangkah maju ke hadapan.
"Hei, dah berapa lama kau broken ni. Kau pun sama, bodoh sangat lambat sedar kau suka minah tu. Dah kenapa?" Hyena memberi tisu kotak kepada Jaehyun. Semalam, Jaehyun dan Hyena menghadiri perkahwinan kenalan Jaehyun. Barulah dia sedar bahawa kenalan yang telah menjadi milik orang lain, rupanya cinta yang terkubur lama di hati Jaehyun. Jaehyun sahaja yang lambat sedar perasaan dia, kalau dia sedar pun. Dia memilih untuk melepaskan cintanya."
"..."
"Ahh sumpah, kau ni bebal betul. Lain kali kalau suka perempuan, kejar dia sampai habis." Hyena memberi nasihat kepada Jaehyun.
"Kau tak marah aku suka perempuan lain?"
Hyena menepuk kuat bahu Jaehyun. Dia tergelak, "Kenapa aku nak kisah? Kita tak ada perasaan yang dalam pun antara satu sama lain. Kalau kau nak curang, curanglah! Kalau kau nak cerai, cerailah! Kenapa kita nak memaksa perasaan?" Hyena mengambil semula cawan yang berisi jus oren, terus dia teguk.
Jaehyun terdiam dengan kata-kata Hyena. Kalau begitu, kenapa dia masih bergantung pada perkahwinan yang kosong? Sekadar untuk memenuhi kehendak ibu bapa? Jaehyun tidak faham permikiran wanita itu.
"Haha kau ni bosanlah, asyik sedih je. Biar aku ajar kau cara untuk enjoy!" Hyena menarik tangan Jaehyun, dan dia terus menari, mengikut rentak lagu yang dibuka.
"Takpe aku tahu badan kau ni tak reti menari, ikut je rentak aku. Jangan jatuh!"
Malam itu, Jaehyun tidak faham segala perbuatan yang wanita itu lakukan. Tapi hatinya terasa satu jentikan yang membuat dia timbul minat terhadap isterinya.
"...Kita kawan?" Jaehyun bertanya, matanya memandang tepat ke muka Hyena.
"Boleh, boleh!"
YOU ARE READING
Love Song - Jaehyun NCT
Fiksi PenggemarKalau benang merah itu telah ditakdirkan dengan cinta kita. Apa lagi yang engkau inginkan? "Ah, aku menyesal ikut cakap orang tua." Hyena, seorang wanita yang telah terjatuh dalam lubang gelap, jauh daripada jalan hidup kebahagiaan yang dia inginkan...